Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
masa kecik-kecik dulu,aku selalu suka termenung sambil tengok cermin yang sebesar saiz badan aku ketika itu .dan katakan pada diri:
"kenapa aku hodoh? kenapa kulit aku tak secerah kakak-kakak aku,adik aku"
ye,aku tahu.muka aku tak cantik pun.ini sebab tanda lahir yang kelihatan didagu aku dan ditepi mata aku.arghh! seringkali aku malu pada kawan sekelas.sebab mereka cantik,kulit putih.aku terlalu cemburukan mereka,kerana mereka cantik,cikgu sekolah sayang pada mereka.ini sebab waktu Tahap Satu,aku masih tak bertudung,so,itu membuatkan tanda lahir lebih jelas kelihatan.
aku tak tahu,kenapa perlu ada tanda lahir ini.aihh! orang lain,ada satu aje,itu pun tersembunyi.kenapa aku perlu ada dimuka.pernah satu hari,arwah ayah bawak aku pergi kedai gunting rambut,then,makin pendek rambut aku.membuatkan tanda lahir lagi jelas kelihatan.aku rasa malu nak pergi sekolah.=_=
ayah kata,tanda lahir aku,semakin hari semakin banyak..aku cakap takpun. mak saudara aku pernah syorkan kepada ayah aku suruh belikan ubat tompok hitam.tapi,tak hilang.dan aku mula yakin.tanda lahir akan kekal selamanya.aku rasa rendah diri yang teramat masa sekolah rendah.sebab kerana tanda lahir.lagipun,aku rasa aku paling gelap dalam adik perempuan aku. suatu hati,pernah abang aku kata macam ini.
"sopa bukan anak ummi dan ayah.ummi ayah ambil sopa kat tong sampah"
menangis tak berlagu la aku masa itu.apakah daya,aku hanya insan kecil.terus aku pergi tanya ayah.then,ayah menidakkan semua itu.abang aku terus dimarahi ayah.yess! puas hati aku.makin membesar,aku belajar bertudung.dan aku cuba menutupi segala tanda lahir. aku tahu kadangkala aku rasa muka aku cacat..=_=..pernah suatu hari,masa tingkatan 3,budak lelaki tanya aku.
" syafawati,apa yang kat dagu tuh"
haaa.dia perasan rupanya.bila masa dia tenung muka aku.aku pun tak tahu.haha.aku kata,itu tanda lahir,takkan hilang..=_=...masa diasrama sekolah menengah dulu pun sama,teringat arwah nadia,dia pernah kata kat aku.
"kalau tanda lahir itu takda,mesti sopa lagi cantik"
"masalahnya menda ini takkan hilang"
itu hakikatnya. kerana tanda lahir ini.aihh! semakin aku dewasa,aku cuba belajar menerima hakikatnya,bahawa tanda lahir ini akan kekal selamanya.aku belajar menghargai apa yang ada.bukankah Allah buat semua perempuan ini indah dan cantik.lagipun,tanda lahir ini tak memudaratkan aku pun.alhamdullilah.
aku percaya,cantik wanita itu pada sabarnya,pada akhlaknya.bukan pada putih melepaknya kulit itu.so, aku bersyukur dengan apa yang ada..hee.so,tanda lahir ke,apa ke,aku dah tak kesah.krim kan ada,boleh touch-up..hihi~.
sekarang,aku tak rasa rendah diri lagi.bagi aku,paras rupa bukan segalanya.syukur pada Allah! kerana mengurniakan aku badan yang sihat,dan sempurna segalanya.bukankah ini suatu kesyukuran?sekarang,perasaan cemburu dah takda pada orang yang cantik.kerana bagi aku,semua orang CANTIK. dan semua orang cantik dengan gaya tersendiri. cuma yang membezakan pandangan hati orang yang meihat diri kita aje..=_=
bersyukurlah! dan hargailah apa yang ada pada diri kita.ini kerana semua ini yang terbaik untuk diri kita.segala puji bagi Allah..(^__^)
1 comment:
kadang3 apa yang orang kata betapa buruknya kita, betapa peliknya kita, itulah keunikan kita yang ALLAH berikan.. =)
Post a Comment