Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
semalam semasa sesi usrah, ada seorang senior kos accounting kat UUM share something.yang membuatkan aku rasa berminat.tentang perakaunan islam. bukankah ilmu ini luas.walaupun bukan didalam ruang lingkup kos aku.so,aku google untuk dapatkan maklumat lanjut lagi.
Perakaunan di dalam bahasa arab disebut sebagai al-Muhasabah atau al-hisab. Ia bermakna mengira atau menyukat. Al-Quran menyebut hasaba sebanyak 48 kali.Ilmu perakaunan tidak disimpan dalam bentuk pemikiran. Ia adalah pergerakan dua bahagian ( keluar dan masuk ) wang @ harta dan ia sempurna bila kedua-duanya ditulis dengan teliti di dalam daftar dan disusun rapi.
Antara ayat yang ada menceritakan tentang perakaunan islam.
Surah al Nur:33
“ Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada sifat-sifat baik pada diri mereka..”
Surah al-Infitar10-12
Pada hal bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu, yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah al-Qaf 50: 17-18
Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
surah al Baqarah ayat 282.
“Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan berkaitan dengan hutang piutang yang bertempoh, maka hendaklah kamu menulisnya (hutang dan tempoh bayaran)”...........
Surah al Rahman ayat 9:
“Dan lakukanlah timbangan itu secara tepat serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang”
Hud 85:
“Wahai manusia, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan tepat”.
Surah al Nur:33
“ Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada sifat-sifat baik pada diri mereka..”
Para fuqaha mendefinisikan al-hisab/matematik ialah ilmu yang berasaskan angka-angka. Perkatan al-hisab diulang dalam Quran sebanyak 48 kali. Ini menunjukkan bahawa pengiraan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan.Al-Qalak Syindi mendefinisikan hisab sebagai rekod catatan harta benda meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan dengannya.Imam Shafie mengatakan bahawa sesiapa yang belajar matematik maka banyaklah ilmunya.
so,penemuan ilmu perakaunan dalam al-Quran dah lama ada.cuma kadangkala kita umat islam sendiri yang tak mengkajinya.hebatkan kalam Allah ini..Maha Suci Allah,AL-Quran memang tercatat segalanya..
No comments:
Post a Comment