Sunday, May 13, 2012

Forum: Bila Hati Berbicara.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Alhamdullilah,baru sahaja pulang dari forum bersama Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi di Pusat Islam UUM tadi.so many input i got from that.mereka berdua sangat sweet..wahh! masing-masing memuji pasangan ketika forum berlangsung.haha..antara yang dapat aku share disini.adalah tentang cara bercinta yang sebenarnya sebelum nikah iaitu dengan mujahadah.maksudnya bersungguh-sungguh melawan nafsu.sibukkan dengan persediaan diri.itu yang sebetulnya.bukannya sibukkan diri dengan angan-angan kosong.



tambah beliau lagi,bila kita mujahadah memanglah pahit.yelah,dugaan jugak kan.kita aje takda kapel,tapi percayalah.bila kita bersungguh lawan nafsu,natijahnya manis nanti selepas kahwin.dan Allah akan berikan sesuatu yang terindah untuk diri kita.Bercinta itu tak salah jika disalurkan dengan cara yang betul.kena tahan nafsu,seolah-olah macam kita tahan nafsu makan masa puasa..hihi..mudah bukan? kalau dah rasa matang,boleh aje teruskan dengan pernikahan.



cara nak tahan nafsu kalau tak mampu nak kahwin ialah melalui cara ingat Allah,ingat Akhirat.dapat menghalang kita dari melakukan perkara yang tak sepatutnya.satu lagi cara nak kurangkan rasa keinginan membuak-buak kepada seseorang ialah dengan ingat kejelekkan orang yang digilainya contoh: bayangkan orang yang kita suka itu tengah sembelit ke.haha.ini antara cara yang dapat membuatkan kita lebih ingat Allah,Yang Bersifat Maha Sempurna.letakkan ALLAH nombor SATU.



tambah dr.Farhan Hadi,kata beliau.dengan bercouple sebelum nikah.akan berlaku pembaziran.iaitu masa,harta,dan tenaga. dengan bercinta jugak,membuatkan orang bercinta akan hanyut dalam dunia mereka.sampaikan tidak mahu terlibat dengan program yang bermanfaat. dengan couple jugak,akan runtuhkan karisma sebagai seorang islam.tapi,yang paling penting. persiapkan diri dahulu. dengan ilmu agama.mudah bukan?hehe..so,aku pun rasa macam tuh.aku nak kutip sebanyaknya ilmu agama sebelum hidup berumahtangga..weee~!!=)


Ujar Ustazah Fatimah Syarha.nak tahu bakal suami macamane.cuba tengok pergaulan dia dengan kawan-kawan.kalau asyik ramai kawan perempuan,bergaul bebas aje.cuba kaji semula.ini kerana, jika terlampau bebas.akan memberi risiko selepas kahwin.kerana risikonya,selepas kahwin nanti.mungkin si suami akan terbawa-bawa pergaulan bebasnya.apapun,yang terbaik,si bakal suami,tawan hati WALI dahulu.bukankah ini cara terpuji dan elak fitnah? subhanallah! islam itu indah.ikot cara guideline islam dah beri.lagi indah,lagi terpuji.


pendapat aku pulak,sebelum tiba masanya,tahanlah hatimu,tahanlah perasaanmu.persiapkanlah diri sebaik mungkin dengan pelbagai ilmu.doakan dengan yang terbaik.mohon pada Allah berikan pelengkap hidup yang terindah,yang soleh,yang sweeettt,yang boleh membawa perkahwinan kearah islam.untuk melahirkan generasi islam yang soleh dan bertaqwa.


ha,kata ustazah tadi.kalau tahan perasaan itu.tak rugi pun.biar lepas dah nikah nanti baru "meletup" kasih sayang tuh.bukankah itu lagi manis,menahan perasaan selagi belum tiba masanya..hehe.baru best,sebab "kenangan cinta" lagi terpelihara..Jagalah Allah,Allah akan jaga kita dalam rumahtangga nanti. sweet kan?..


haa.dapat bakal suami macam ini, mahu tak terkejut si WALI.hehe..ini baru gentleman..haha~


here,aku share gambar yang berjaya aku tangkap..hee..tapi,aku duk belakang.tak clear sangat.nak bergambar dengan ustazah pun tak dapat tadi.ramai sangat student tadi.


 so,kami bergambar dibelakang lah.merakamkan kenangan ini..ekeke~
dari kanan iza,hana,dayah dan ros..


haaa,lupe nak kenalkan..yang kanan itu shila,herni.dan yang kiri, Ros.herni dengan shilla itu,sahabat seusrah aku.mereka sangat baikkkk! Alhamdullilah Ya Allah KAU hadirkan mereka untuk aku.~


haaa.yang kiri aku itulah NurHidayah..dulu,doa mintak hidayah dari Allah.Alhamdullilah Ya Allah! kau berikan aku jugak hidayah dan sahabat juga yang bernama NurHidayah untuk diri ini.syukur!!=)


haaa..kan aku dah cakap,sangat ramai yang hadir tadi.huhu.tapi,takda rezeki bergambar dengan ustazah.takpe,aku redha..hehee~


akhir kata,doakan aku dan sahabat sama-sama dapat jadik wanita solehah..=)
Ameen..sekian.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: