Wednesday, May 30, 2012

Perlukan pertukaran hati?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Apabila hati gelisah,tidak kiralah masalah apa sekalipun.hendaklah kita kembali kepada "pemilik" ketenangan, itulah Allah yang membolak-balikkan hati kita dan menguasai segalanya.

'Ketahuilah,dengan mengingati Allah hati akan menjadik tenang"

mudah bukan?Itulah firman Allah yang selalu memujuk kita,yang selalu ingatkan kita.tapi,kita juga yang seringkali melupakan-Nya.



Itu formula untuk dapatkan hati yang tenang.disaat aku sendiri rasa tidak tenang,rasa tidak bahagia dengan hidup ini.rasa gelisah yang tidak menentu.cuba recheck,dimana Allah dihati kita?




Itu sahaja.mudah.tapi,mahu menggapai,mencari semula hati tenang itu sangat sulit jika tidak disertakan dengan niat yang tinggi dan kuat untuk mencari keredhaan Allah.bukankah hidup ini,apa yang kita lakukan dalam hidup ini semata-mata mahu mencari redha Allah?

kegelisahan hati,ketidakbahagiaan dalam hidup ini dapat kita jauhi melalui:

  1. pergi ketempat yang menenangkan jiwa.Contoh: masjid,majlis ceramah agama.
  2. duduk bersama sahabat yang baik.dalam erti kata sebenar ialah sahabat yang sama jantina.
  3. melaksanakan ibadah diwaktu malam.contohnya: bangun qiamulail.

Menurut Ibnu Mas'ud cara-cara untuk menghindarkan rasa gelisah ialah melalui bawalah hati pada 3 tempat iaitu:
  1. ditempat orang yang sedang membaca al-Quran.tidak kiralah samaada kita yang mengikut membacanya ataupun kita sekadar mendengarnya sahaja.
  2. menghadiri majlis ilmu yang dapat ingatkan kita tentang Allah.
  3. mencari satu waktu yang sunyi.dan beribadatlah,memohon pada Allah agar diberi ketenangan dan kedamaian hati.
Jika selepas itu,masih juga rasa tidak tenang,mintalah hati yang baru dari Allah.kerana hati yang kamu miliki sekarang,bukanlah hatimu.




Lihat sahaja,itulah cara-cara nak hilangkan kegelisahan menurut Ibnu Mas'ud. Ini menujukkan betapa pentingnya hati yang tenang kepada orang muslim.sampaikan perlu meminta ditukarkan kepada hati baru..Masyallah!.tersangatlah penting sebenarnya setiap muslim itu memiliki hati yang tenang.

Ketenangan itu adalah satu nikmat yang patut kita hargai..

Bagaimana kita?

Adakah kita berusaha menghindar kegelisahan dan menjemput ketenangan untuk datang?

Atau kita yakin hati kita sentiasa tenang?

Atau hati kita sudah tiada kepekaan dalam mengesan satu peringatan?

Perlukan pertukaran hati?

Mintalah kepada "PEMILIK" ketenangan..

Sungguh Allah Maha Malu untuk menolak doa hamba-Nya yang bersungguh-sungguh memohon doa dari-Nya.



"Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"


nota aku:
bermula entry ini dan Inshallah post selepas ini untuk sepanjang Jun.aku akan mengolah dan berkongsi sedikit tentang buku yang dipinjamkan oleh Aufa Najihah untuk aku,iaitu "Langit Ilahi-Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita" yang dikarang oleh Hilal Asyraf..sekian..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: