Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Begitu banyak halangan.ye! kekuatan itu diperlukan untuk berubah.here, i share story from blog
Atikaah Madiah..nice story from her.Just read this:
Perubahan diri..itu yang perlu. Satu penghijrahan dalam diri.
Saya
dapat rasa diri saya berubah..
Nak
berubah bukan suatu perkara mudah, tapi perlukan 1001 kekuatan. Betul kan?
Orang yang berubah ialah orang yang hebat. Mereka dah tau pasti akan ada 1001
halangan dan dugaan yang menanti mereka di hadapan. Namun, apa yang menguatkan
kita? Hanya lah berfikir bahawa Allah sentiasa ada bersama (^^,)
Kenangan lalu
Dulu,
penampilan saya memang berbeza daripada sekarang. Saya bukan lah seorang yang
pakai tudung besar, masih pakai tudung yang jarang, pendek. Bila keluar, tak
pakai sarung kaki. Kesimpulannya : Hanya
pakai tudung, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Mungkin
waktu tu saya tak sedar, walaupun belajar di sekolah agama, mungkin kesedaran
tu masih tak wujud dalam diri. (Semua tu kenangan lalu, saje nak share =.=
)
Ada
seorang kawan yang muncul dalam hidup saya, dia yang telah mengubah penampilan
dan diri saya. Pada mulanya, saya susah nak terima. Lama-kelamaan..saya sedar
dan makin sedar. Akhirnya saya berubah. Berubah bukan kerana dia
tetapi saya ikhlaskan diri dan saya percaya bahawa semua ini adalah atas
perintah Allah.
Terima
kasih kerana hadir dalam hidup saya. Semoga Allah memberkati hidupmu sentiasa
:')
Hari ini
Ni bukan saya..ambil dari google je
:)
|
Bukan
nak mengaku diri lebih baik daripada orang lain dengan berpenampilan sedemikian
rupa. Tapi, saya bersyukur kerana saya mampu berubah. Biarlah
perubahan itu hanya sedikit, yang penting kita berubah dan biarlah kita mampu
mempertahankan apa yang kita perjuangkan itu. Bukankah lebih baik kita berubah walaupun sedikit
berbanding daripada tetap berada di takuk yang lama sahaja? Pastikan dalam
hidup kita, setiap hari kita berubah menjadi yang lebih baik, jangan pernah
berhenti kerana kita sentiasa perlu berubah!! Kuantiti
bukan menjadi ukuran, apa yang penting ialah kualiti. Biar sikit, asalkan
istiqamah.
Kenapa mesti bertudung besar?!
Tudung
kecil atau besar, bukan lah satu nilaian utama kepada diri seseorang. Tapi,
kadang kala ia juga menjadi satu penilaian orang lain kepada diri kita (jangan
pening baca ayat ni.hehe). Bukan tudung yang dinilai, tapi sejauh mana aurat
itu ditutup. Mungkin ada sesetengah wanita, hanya dengan memakai
tudung besar, auratnya akan tertutup dengan sempurna dan mungkin ada sesetengah
yang hanya pakai tudung biasa je, aurat dah sempurna ditutup.
Analogi
Saya pernah terbaca..pakai
tudung besar dianalogikan dengan memakai seat-belt (tali pinggang keledar).
Kenapa kita kena pakai seat belt?
Peraturan jalan raya, kalau tak..kena
denda.
Tak rimas ke?
Untuk keselamatan, kena la pakai.
Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak
berdosa pun..
Boleh je..tapi untuk keselamatan, pakai
la. Kalau tak pakai, tak dapat dosa.
Tak payah pakai, kita bawak kereta
berhati-hati. Konfirm tak kan eksiden..
Boleh jamin ke, kita dah
berhati-hati..tapi takut orang lain pula yang langgar kita. Kita sendiri tak dapat
nak jangka, lain orang..lain ragamnya.
Kalau pakai pun, eksiden mungkin boleh
terjadi jugak kan?
Memang la..tapi, sekurang-kurangnya
tidak lah secedera kalau tak pakai.
Ayat
rekaan sendiri, tapi isi nak disampaikan tu mungkin sama :) Mungkin ada yang
dah dapat tangkap, mungkin ada yang belum. Ok, saya cuba jelaskan..
Kenapa kena pakai tudung besar?
Salah satu saranan Allah dalam surah
al-Ahzab (33:59)
Maksudnya : Wahai Nabi,
suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan
yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
melabuhkan pakaian termasuklah tudung
juga kan..pakai yang labuh-labuh lagi baik.
Tak rimas ke?
Memang la kadang-kadang agak rimas,
tapi untuk keselamatan. Lebih baik kita pakai. Lagipun, niatkan kerana Allah,
insyaAllah dipermudahkan..biar panas di dunia, jangan panas di akhirat. Tak
sanggup.
Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak
berdosa pun..
Yang penting ialah menutup aurat, namun
digalakkan untuk melabuhkan pakaian.
Tak payah la pakai, tudung kecik pun
tutup aurat. Orang lelaki pun tak kan ganggu..
Kita sendiri pun tak dapat nak jamin,
tak dapat jangka. Tudung besar tu lebih kepada menjaga keselamatan diri sebab
lebih banyak anggota atau bentuk tubuh badan yang ditutup.
Kalau pakai tudung besar, konfirm ke
tak kena ganggu dengan lelaki?
Pastikan tudung dan pakaian yang kita
pakai, meskipun besar..tidak menjadi tarikan kepada kaum lelaki. Kita cuba
sehabis baik untuk menjaga diri sebab kita tak tau apa yang bermain dalam
fikiran lelaki yang ber"hidung belang" kat luar sana. Mungkin jika
diganggu pun, tidak seteruk mereka yang tidak menutup anggota badannya dengan
lebih sempurna.
Mungkin
dulu tudung sikat, sekarang dah jadi labuh. Mungkin dulu kainnya jarang,
sekarang dah jadi tebal. Bukan masalah tudung, tapi aurat. Mungkin juga dulu
baju ketat, sekarang dah jadi longgar. Mungkin dulu baju kecik, sekarang dah
jadi besar. Bukankah itu satu perubahan? Yang penting, kita sanggup berubah dan
tetap lah beristiqamah pada jalanNya. Alhamdulillah, ramai artis yang mula
bertudung, kita doakan semoga mereka berterusan dalam kebaikan.
Nak
berubah atau tidak? Tanya diri sendiri. Kata kunci nya, berubah!!
P/s
:
Tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, tidak berniat nak cakap mana yang
lebih baik. Cuma nak ajak kawan-kawan sama-sama berfikir untuk kebaikan
masing-masing..itu je c: Saya sendiri nak pastikan diri saya sentiasa berubah
menjadi yang lebih baik, bukan mudah nak "berperang" dengan diri
sendiri kan~
No comments:
Post a Comment