Wednesday, January 27, 2010

`JEJAKA KACAK`


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan
Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf
yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,
bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat
mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang
mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa
Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang
yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu
akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai
termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan
pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar
dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu
supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman
orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa
sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak
akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya
masuk
kesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat
sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah
membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan
kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas
pertanyaan
Munkardan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang
kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera
yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat
dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya
sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita
sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah.
Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh
sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur
siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh sekali memberi
bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai
pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu
adalah benar.

Wallahu 'Alam...

"Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan
hati kami setelah Engkau beri hidayah
kepada kami, dan berikanlah kepada kami
daripada sisiMu Ya ALLAH rahmat kasih
sayang yang banyak. Sesungguhnya
Engkaulah Tuhan yang boleh memberi
segala-galanya. "" (HR An-Nasa`i)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

hasni said...

tanx syafa
entry memberi sedkt peringtn pada diri y lemah ini

Layyinul Harir said...

sama2..
mudah-mudahan ye hasni..
untuk diri syafa jugak