Friday, July 16, 2010

SCORPIO : YANG RASIONAL


Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.

SCORPIO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.

Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.

Orang yang bernaung di bawah lambang TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) dan CANCER (21 Jun – 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.

Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ).

Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio – Gemini . Sifat Gemini yang keanak – anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.



SCORPIO : PERHUBUNGAN SEKS

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain.

SCORPIO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Scorpio ingin menjadi pemimpin.Namun, hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum, barangkali sebagaimana orang yang berlambang Leo. Cita-cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman-teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan, peguam, pengurus atau ahli bank. Dari segi kewangan pula, wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan. Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal, Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan mendapatkan wang semata-mata! Dari segi lain, kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi, perlu berhati-hati supaya tidak berlaku penyalah-gunaan kuasa wang! Walau bagaimanapun, biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.

SCORPIO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Scorpio sememangnya inginkan rumahtangga dan keluarga yang harmoni. Namun, cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung perasaan setiap ahli keluarga. Dalam hubungan ini, nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumahtangga. Anda sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktiviti keluarga sebagai satu pasukan, yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai. Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus, bersemangat dan sedia memberi penumpuan, jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak-ansur, boleh membawa ke arah sikap 'kuku besi'. Dengan yang demikian, sewajarnya Scorpio memperlajari ilmu dan teknik penjagaan anak, rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumahtangga secara persefahaman.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: