Saturday, June 18, 2011

Lunch bersama Victor,Daniel,Armando..

ini begedil,hidangan wajib dari aku..haha~~gambar yang hampir nak habis.hehe.harini,Mass turut sama menolong hancurkan begedil..yeayy!kalau tak jenuh la sorang-sorang.
salam.sepatutnya hari tuh,aku cakap Daniel ajak lagi kan pergi Manzanillo,jumpa family dia kan.tapi,tak jadik la.sebab penat la kitaorang kehulu-hilir.memandangkan Ahad ini dia tak dapat datang untuk majlis makan nasi lemak untuk kawan-kawan dirumah,so,Mass decide ajak dia lunch hari ini.aku pun apa lagi kan,discuss lagi dengan Mass nak ajak Victor la..muahaha!rumah dia kampung sebelah aje kot!..entahla.haha~tapi,area Colima lagi la.then,ajak Armando,sebab dia jiran terdekat kitaorang la.


so,makanlah kami diberanda rumah.hihi.makanannya ialah nasi putih,ikan masak kicap,sup makaroni,begedil dan sambal bilis.ini aje mampu kan lauk bujang je..ngeee!hihi


 ha,ini sepatutnya tetamu yang dijemput.Daniel mai lambat.so,kitaorang makan dulu la.hehe.dia kena paksa habiskan semua..haha~memain je la.


ngee!Victor kata dia suka begedil,sup makaroni..aku yang buat tuhhhhh!!~~=)))


yang belah kiri itu Armando la.gelaran dia Teletubbies..haha!!sesuai kan?dia suka pedas-pedas.kebetulan,ikan masak kicap Mass yang buatkan dia suka.so,dia mintak Mass masakkan lagi untuk dia,dia kata nanti dia bagi kicap dan bekas untuk buat bekalan dia kat rumah.esok lusa kot dia mai.sebab rumah dekat aje kan.hihi.jiran katekan.haha.Armando ada tanya macamne masak nasi putih  ini,dia kata sedap.sampaikan dia tanya adakah aku meggunakan beras special ke kan?haha!lawak aje.nasib Naim kata,itu dari air tangan yang masak nasi..ehem!!~rasa nak sujud syukur aje masa tuh.HAHA!

ha,itu begedil dalam pinggan masih banyak sebelum dikutip oleh Naim dan Victor.haha~
so,inilah kitaorang..ngee!!sepet duk hujung sana.kan dia ketua keluarga..eh!!haha~ha,selepas makan ini,kitaorang keluar pergi ke history Hispanic place..nanti sambung k!.hihi.

nota aku:
awat aku makin pekat cakap utagha??sebab aku duk dengan Naim dengan Mass kot!.aku pun dah pandai cakap hang,hanpa,ayaq!haha~dulu,masa duk UUM,sket pun aku tak cakap utagha.sejak duk sini,reti pulak.haha~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Syabas dik bagi org asing mkn masakan kita hasil air tgn kamu sendiri lak tu pasti kelazatannya teingat2 sepanjang hayatnya..:)

Unknown said...

waaa...promote lauk m'sia nmpak..haha...nasib baik sedap..wee~~

Shafiq said...

waahh..mempromosi makanan Malaysia. :-) Korang berkomunikasi guna Bahasa Inggeris ke? Mesti seronok punya.
Ha, saya tag awak dalam satu contest. :-)

http://shafiq-asimplelife.blogspot.com/2011/06/contest-blog-saya-comel.html

rafina mimi abdullah said...

salam dari malaysia..singgah dari blog ben ashaari :)