Friday, June 17, 2011

pengalaman bersama toilet yang tak ada paip air

 ini toilet kat Airport Paris..hehe

tadi aku ada terbaca kat belog Yana Mib,ala isteri Ujang itulah,tentang perkara yang kak yana tak suka iaitu tentang tak da paip masa dia pergi Sibu.ini memang cerita aku ingat takmau cerita la kan.tapi,kena share jugak la..HAHA!!sebelum aku datang sini iaitu Mexico,kami dah diberitahu yang Mat Salleh ini tak suka toilet yang berlantai basah.So,aku dah faham mesti bila sampai nanti takda gayung/cebok kan.

memang cuak la kan.yela,toilet kat tempat wajib pergi hari-hari.perjalanan aku ke Mexico memang ada 3 transit.katanya lagi murah tiket  flight macam tuh.dari KLIA-Singapura Changi Airport-Paris Airport-Mexico City Airport-Guadalajara City Airport.

masa transit kat Singapura,ada lagi toilet yang ada paip air kan.lega aku.HAHA.masa dalam flight,of course takda kan.masa on da way flight berbelas jam dari Singapura ke Paris,aku ingat takmau pergi toilet flight.ingat nak tahan je.hehe.memikirkan perjalanan selama 14 jam lagi mau tibe,mananya aku nak tahan.terus cakap kat Naim dan Mass kat sebelah.

aku:weyh.nak g toilet la.
naim:toilet dia takda air.
aku;ha???
mass;sinki ada x?
naim:ada.
aku:ala,dah tuh?aku tak tahan dah nie.
naim:mass,bagi cawan tuh kat syafa.
aku:guna yang ini aje?
naim:dah tuh?
aku:giler kau?kecik la tuh..
naim:guna la banyak kali.tu pun nak kena ajar ke.hahaha
aku:hmm.yela.yela.

hahaha!!nak ke toilet pun masalah kan.itu baru dalam flight.nasib ada cawan yang dia bagi untuk makan dalam flight..lantak la pi guna aje.gayung ada dalam beg,kat atas.takkan nak bawak turun kot.malu la dengan pramuga-pramugara tuh.HAHA!

sampai kat Paris.aku memang nak pergi toilet lagi.lama kot dalam flight.masuk cun toilet kan.tapi,takda paip air.....................waaaaaaaaaaaaaa!!

memang mengutuk la aku dalam hati.!!camne nie...hihi.ha,nasib aku teringat aku ada bawak gayung/cebok siap-siap dalam beg sandang aku.terus guna,bawak aje masuk air dalam toilet.lantakla lantai basah ke tak.janji  aku rasa suci.ngeee!!.tak cukup la satu cebok kan.suh Mass kat luar amekkan air lagi..haha!!

lega la..hoho!!.then,naik flight lagi untuk ke Mexico City Airport.sampai sana pun,nak pergi toilet..hehe..then,aku takda pilihan dah.aku takmau keluarkan gayung,sebab ramai orang masa tuh dalam toilet.

tetibe aku ada idea la kan..amek tisu banyak-banyak.then,aku basahkan,hoho!!..guna sebanyak tisu dengan cara mengelap!..Oh tidakk!takanak ke nak ke,aku kena belajar hidup dunia tanpa paip air.hoho!

masa tunggu flight ketiga aku borak dengan Dr.Razli kat sebelah.

aku:prof,susahla macamnie,toilet takda air.
prof:la,itulah nak buat macamne,idop diorang memang lap-lap aje.haha.
aku:2lah pasal,nasib dah pergi toilet tadi.
prof: pastu macamne?
aku:saya basahkan tisu banyak-banyakla.LAP aje.ngee!!
prof:ha,pandai pun..kita kan ada belajar cara beristinjak kalau keadaan takda air.
aku:ha,betol la,yang penting yakin kesuciannya.haha.

okei.itu satu kan.sampai aje kat penginapan aku kat rumah ini.aku tengok toilet dulu.OMG!takda paip air jugak.ada tisu aje.haha!!mau pengsan aku.dahla toilet duduk.huhu.nasib dah bawak cebok dari Malaysia kan.next day tuh,aku kuar pergi beli baldi..haha!senang la aku..so,itu lah hidup aku dengan toilet kat sini.

ini toilet bilik aku..ngeee!!haha..lawa memang lawa,tapi takda paip..hoho

hari keberapa entah,aku tak ingat la.Madam Miriam ada tengok toilet aku,dia tengok basah,dia pelik kan.hehe.then,dia hadiahkan aku mop lantai suh lap..haha!aku amek aje la kan.itulah,sampai kat universiti pun,takda paip air.huhu.aku rela tahan sampai balik rumah.haha!

kalo pergi jalan mana-mana pun,aku cuba tahan.tapi,bahaya jugak main tahan kan.hehe.kalo tak,guna aje la,aku isi air dalm botol.then,guna aje.haha!!so,sekarang hidup dah terbiasa la macam tuh.balik Malaysia minggu depan mesti pelik toilet ada paip pulak!!haha!,masa aku buat Visa kat Menara Tan & Tan,Jalan Tun Razak pun takda paip kat toilet ~ngeee!!sekian!

nota aku:
islam itu mudah.dan islam telah ajarkan cara macamne nak beristinjak andai takda air.tisu jugak antara alat untuk beristinjak.sekian..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

Anati Soki said...

same goes here. anat g bercuti di china haritu pun toilet takde air. bawak la suung la botol air rata tempat sebab spare nk basuh lepas pee pee// T___T susah

Shafiq said...

cian ek..susah gak tandas takde paip air nie...hehe