gambar-gambar aje.malas nak wat info..haha!..anyway,aku balik raya kat rumah nenek aku,sebelah arwah ayah.itu aje..haha~sekian..
saat kau mula mengukir rindu dalam hatimu..telah lama aku ukirkan sayangku di ruang jiwa...
Tuesday, August 30, 2011
gambar hari raya 2011..
gambar-gambar aje.malas nak wat info..haha!..anyway,aku balik raya kat rumah nenek aku,sebelah arwah ayah.itu aje..haha~sekian..
Sunday, August 28, 2011
resepi kangkung goreng belacan
disebabkan belakang rumah banyak kangkung yang menjalar.so,umi suruh masak sayur kangkung masa berbuka semalam dan chicken chop!~euww!..western + masakan kampung rumah aku semalam.maklumlah Fullhouse sekarang..hoho.ini gambar aku ambil masa dalam kuali aje.malas nak take pict dalam pinggan.eh!.
sebab dah lama tak share resepi kan.so,skang aku nak share walaupun gambar ini agak comot.hihi
bahan ditumbuk halus
1-cili padi
2.belacan
3.udang kering
cara membuatnya:
1)panaskan minyak.tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang.
2)masukkan kangkung.
3)masukkan sos tiram
4)masukkan bahan yang ditumbuk.
5)tambah air sedikit.
6)goreng semuanya sepenuh hati.
siap!!~~taraaa!..selamat mencuba~~
cuit-cuit menjelang raya
raya sudah dekat!..hoho.baju raya dah siap,2 pasang sudah..watpe banyak-banyak.eh!!bukan,itu aje rezeki untuk raya taun ini.alhamdullilah~
ha,taun ini pakai selendang je.xmau pakai Pashmina!..sebab dah bosan pakai.eh!!~mana-mana aje lah.anyway,semalam aku sangat sedey.sebab aku kehilangan jam tangan yang disayangi selama ini.hilangnya jam itu,selepas beli jam baru!..masa tuh kan terus tanggalkan yang lama sebab eksaited yang baru..baru perasan masa dah siap shopping rayer mungkin tercicir jam lama.
sampai kecewanya,takda mood masa bukak poser..uwaaa!..oh jam tangan!okei!aku redha kehilangannya.apakah daya kan?..T__T..terus rasa nak demam je,tengah malam tuh,baru macam okei sket.tapi,masih terasa kehilangannya..T_______T
yang paling leganya,abang aku yang sulong dah belikan kerongsang raya..pandai pulak dia pilihkan..haha.alah,kerongsang yang ada anak dan mak tuh la..eh!..dapatlah satu set sorang untuk kitaorang yang perempuan ini.jimat duit..euwww!~
apa lagi erk?hmm,ha,bagi sape-sape nak balik kampung untuk berhari raya nanti jangan lupe hati-hati taw bawak keretab .tak kira la nak balik kampung kemana pun,sebelah rumah ke,ke Kelantan ke.eh!!!haha~itu aje lah.sekian.
p/s:abang kiut hati2 taw balik kampung!!~~=))
Wednesday, August 24, 2011
cuit-cuit Bazaar Ramadhan.
assalamualaikum.
Ha,aku nak cerita tentang aku kerja kat Bazaar Ramadhan kat rumah aku.act,aku bukan nak kerja pun.tapi,kebetulan rasa rajin nak tolong gerai jiran aku.adalah dekat seminggu lebih dah aku kerja.aku kerja dengan kakak aku,Aida.anak jiran aku,kawan baik aku dari kecik nama Wanie.
Kitaorang jual macam-macam antaranya yang ramai datang beli Nasi Kerabu,Nasi Dagang,Bubur Lambuk,Rojak Ayam,Laksa Penang,Laksa Terengganu,Pengat Pisang,Sira Pisang,Kuih Melaka,Puteri Mandi,Koleh Kacang,Putu Ayu,Agar-agar santan,agar-agar merah,Puding Sekaya,Puding Karamel,Puding Buih,Roti Jala.entahla,banyak sangat la.hihi.
Mulanya kena hafal jugak harga kuih tuh semua.mana nak ingat semua.Nak kata kerja tuh tak jugak,aku macam tolong suka-suka aje la.nak dijadikan cerita,masa hari pertama aku berniaga tuh.aku cuak jugak kan.yelah,sampai berpeluh tangan aku nak bagi duit balik,kena pulak customer hensem..eh!!bukan,maksud aku sebab nak taruk kuih dalam plastik,bungkus lagi kan kena buat on da spot,pasal tuh ketar-ketar.malu pun ada.segan pun ada.
Aku bukan biasa jual-jual ini.jual barang katalog pernahla.sebab aku kan suka masuk MLM.setakat ini adalah 2 MLM aku,Avail Beauty & HR Marketing.satu lagi Avon(tak aktif)..haha~Dah tak aktif dah MLM aku,dulu masa semester 2, bonusnya boleh la jugak belanja aku semua,sampai boleh jimat PTPTN aku.sejak sem 3 malas dah!....hihi.nanti la kalau rajin,aku start semula sem depan.
Berbalik kepada yang asal,aku sebenarnya suka sangat bila dah dapat tolong orang berniaga ini,dapatlah jugak kenal dunia luar..eh!!haha..maksud aku gelagat orang Dungun ini.tapi,ramai aje pelanggan dari student,Uitm dan Politeknik.alah,panggil aku kakak..dush!!..padahal macam sebaya pun ada.wat tak tahu aje la.haha.Masa hari kedua aku kerja tuh,jumpa Datul budak UUM..
aku:eh!atul..tetibe datang sini?orang mane erk?aku lupa.
Datul:weyh!..aku orang Dungun aje la..haha.kampung Gong Pasir.
Aku:HAHAHA!...aku kat Alur Tembesu ini aje.rumah aku belakang ini aje.jalan kaki pun boleh.
Bla.bla.bla.borak ape entah.sampai lupa aku tengah berniaga..haha..itu kelemahan aku.lupa dimana aku berpijak.ngee!..tetibe je,dengan suara kakak aku:
“Sopa kalau dah bercakap x ingat menda dah tuh”
Haha!stop cakap dengan Atul.aku eksaited la jumpa dia.yela kan,tetibe jumpa budak UUM kat Dungun ini.haha~Macam-macamlah aku ini,eleh kakak aku pun same,jumpa kawan PLKN dia masa tuh,takpe je.pastu senyum-senyum..(rekaan)haha..
Aida:sopa,tuh kawan PLKN aku.
Aku:mane?
Aida:dengan awek dia tuh.
Aku;tak nampak pun.nama dia ape?
Aida:Farid..
Aku:oh!..farid PLKN la kita sebut..tertukar kang..@_@
Itulah bila dah kerja dengan kakak aku ini,macam-macam kitaorang nampak..haha!~~eksaited.tapi,ada orang cam jugak muka aku dengan kakak aku lain.
Kawan:eh,tuh sape?
Aku:kakak aku.
Kawan:apesal lain.tipu kan?
Aku:ehhh!!betol la.muka kitaorang lain.
Kawan:uh!x caye..
Wawawa!rasa nak nanges aje.rasa nak amek surat beranak kat rumah..hahaha!!.Kalau kenalan jiran aku yang datang pelanggan tanya macamnie:
Pelanggan:ni sape?baru nampak skang?
Jiran:oh!.ini menantu..haha!~
Aku:menantu hantu la..haha~
Ayah Ngah ini kadang boleh tahan jugak lawaknya.biasalah orang dah berumur.aku gelak aje.tapi,yang best,diorang ini baik Ayah Ngah & Ngah sangat berhati mulia,dahla bagi duit,pastu suruh pilih makanan apa nak bawak balik..hehe..Malu tapi mahu..eh!!haha~disebabkan kitaorang malu,Ngah yang tolong letakkan dan bungkuskan untuk aku & aida.
Amek aje la.rezeki jangan ditolak kan?hihi.ada jugak aku jumpa cikgu sekolah rendah aku,kawan masa sekolah rendah la..macam-macam.sukee la,jumpa ramai orang.Ha,petang tadi nak dijadikan cerita kakak aku la punya pasal suka sebut pasal Farid PLKN dia tuh.
Aida:sopa,tuh farid?
Aku:mane?yang bawak anak tuh ke?arituh tak perasan la.
Aida:yela.
Aku;aik??ada anak?arituh bawak awek?@____@
Aida:bukan farid tuh.farid kawan kau tuh la..sama kan?
Aku:@____@..mane ada.~dia satu dalam sejuta je..(rekaan.haha)
Aida:ce tengok kan dia pakai spek.
Aku;ohh..iras sket-sket aje la.@_____@
Tak fokus aku nak berniaga .ehh!!.Macam tuh la hari-hari.kadang tuh,kalau nak start cakap skit dengan kakak aku dengan Wanie mesti bisik-bisik.dahla bulan puasa.ish!haha..Kalau aku malas nak cakap,aku gtau la macamnie.
“eh!bulan puasa ini,aku xsuka gosip2..”haha~
Tapi, sebenarnya aku penat giler berniaga ini,macam nak patah tulang belakang aku.kena pulak aku kan dulu hampir nak kena sakit buah pinggang.macam susah la sket.mana boleh berdiri lama-lama.tapi,skang dah sihat tak macam dulu la,tapi terasa lagi la.sebab tuh aku cepat letih sket.macam orang tua je..haha~Skang dah kuat,tak makan Maggi dah..hehe.
Ha,jiran aku kata nanti dia nak berniaga sampai malam raya.insyallah,kalau takda halangan ke,aku tolong lah sampai minggu depan.tu pun kalau nanti tak kantoi dengan abang sulong aku.dia bukan suka kalau adik-adik dia buat menda yang menyusahkan diri.sungguh mulia kan?eh!!~
sekian.=)
Tuesday, August 23, 2011
ramai yang berpuasa tapi meninggalkan solat 5 waktu.
ini realiti.aku nak bersangka baik pun tak boleh sebab menda betul!..baru aku sedari yang memang ramai golongan macamnie.semoga kita dijauhkan tergolong dari golongan ini.aku ada adik perempuan la.act,bila dia balik rumah.dia akan mengadu pada aku tentang housemate dia yang tak solat.awalnya,aku cakapla.bersangka baik lah,mungkin mereka solat,tapi kita tak nampak.
aku sebagai kakak,aku tau macamne rasanya dapat kawan yang tak solat.lebih-lebih lagi bila orang yang dalam rumah sendiri yang tak solat.kalau di asrama,roomate kita pulak sering meninggalkan solat.
mintak jauh dari dapat roomate macamtuh.sebab,hati kita yang menyampah tengok muka dia.seikut pengalaman aku la,aku akan merasakan hati aku menolak bila bercakap dengan orang yang tak solat.dan aku akan bercakap macam endah tak endah.inikan mula menatap mukanya yang keruh.
contoh pengalaman aku.aku kan budak uum.act,ada sesetengah perempuan aku nampak lawa giler cun.tudung baju sume cantik.high heel macamtuh.but,yang aku rasa sangsi,kenapa aku macam tawar hati tengok kecantikan dia.macam tawar je la.
aku tanya roomate dia,adakah si fulan itu tak solat?atau buat something ke?
roomate dia cakap;
"ha,dia tak solat.aku sedih sangat weyh.lebih lagi bila time solat subuh,bila ada kelas tau pulak bersiap awal-awal.kalau kelas pukul 2,dah siap pukul 1,kalau masa Maghrib tuh mengadap movie sampai kemalam,mana entah solatnnya aku tak tau,penat dah aku suruh"
macamne perasaan kita kan,dapat roomate tak solat.bilik mesti rasa panas aje.sebab itu mudah dirasuk,mudah diganggu sebab pendinding pada diri tak kuat.lepas tuh,mula la kata macamnie
"kenapa jiwa aku tak tenang la,resah la"
nak aje cakap macamnie:
"SEBAB KAU TAK SOLAT!"
kejamkah?huhu.itu satu yang tak solat.yang sering melewat-lewatkan solat pun sama jugak.lebih kurang je.sebab terlalu mementingkan urusan dunia kan?macam aku selalu macam tuh,kalau tengahari masa memasak,lastly umi aku tegur la:
"baik pergi solat dulu,nanti lambat,nanti x pasal-pasal zuhur pukul 4"
insyallah pasnie tak buat lagi.amin.moga-moga.aku pun tau,aku buat silap jugak,lebih lagi masa subuh.tapi,sekarang alhamdullilah la kalau sahur dah boleh tunggu jap,terus azan.kalau takda sahur,mahunya Subuh tengahari.huhuhu.
tapi,ada soalan yang aku dengar dari kakak aku,ada kenalannya bertanya macamnie
"macamane erk,ada kawan saya,dia berpuasa,masa Maghrib dia tak solat.then,bila azan isyak berkumandang,ajak pergi terawih!"
ohh!dunia..apa sudah jadik..sedih sangat hati macamnie.macamne nak kuatkan benteng diri kalau solat yang wajib pun tak buat.~
semoga kita diampunkan dosa masa lalu dan tergolong dalam golongan yang sentiasa menunaikan solat.Amin.
Wednesday, August 17, 2011
::baik jadik orang yang difitnah dari pembuat fitnah.walaupun sangat sakit,tapi hanya sakit sementara berbanding si pembuat fitnah,yang sebenarnya hatinya yang sakit dan lebih sakit diakhirat sane.kebenaran itu akan terungkap jua.bersabarlah wahai hati::
sejak dua menjak ini,aku berusaha menghabiskan bacaan buku "Cipta Syurga Hati" ditulis oleh Dr.HM Tuah.maklumlah daripada tersengguk-sengguk lepas sahur.muahaha~
buku ini sangat bermanfaat kot bagi aku.antaranya tentang isu fitnah-fitnah ini.menurutnya,bukan nama manusia kalau tak kena fitnah.so,biasa hati yang busuk akan dengki dengan kebahagiaan,ataupun kekayaan orang.bila dah ada orang dengki kat kita,itu bermakna kita sedang menggapai kejayaan ke,atau apa-apa la yang best dalam hidup.ada je menda tak kena dimata si pendengki ataupun si pembawa fitnah.
dalam hidup aku,aku pernah la kena fitnah.masa tuh aku sekolah lagi,sekolah menengah la.alah,tak perlu nak bukak cerita lama.sebab dah bukak buku baru skang.!..do u know sangat sakit kalo kena fitnah,hakikatnya kita tak tau ape-ape pun,tup2..dapat cerita tak best pulak kan.sungguh busuk hati si pembawa fitnah itu.
tapi,aku yakin,Allah tau kebenarannya.
dan sekarang,pengalaman itu yang mengajar aku.tak semestinya orang baik dengan kita,dia akan baik belakang kita.ada tuh,mulut manis depan kita,padahalnya belakang,bermuka-muka siap bertalam-talam lagi.sungguh tidak patot.semoga aku dan pembaca ini dijauhkan dari sifat buruk ini.mungkin adakalanya aku pun pernah melakukan silap,tapi berharap kita x mengulanginya lagi.aku jugak bukan manusia sempurna.sekian.
Sunday, August 14, 2011
saat paling bahagia.
Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..
*kredit to iluvislam!~
Friday, August 5, 2011
salam ramadhan
skang bulan puasa,hoho.
aku nak ucapkan selamat berpuasa la untuk semua orang islam.
maybe entry puasa ini agak lambat..sory la derr..eh!!!hehe
bila tahun ini sangat berbeza tahun lepas,sebab tahun ini fully kat umah.
tahun lepas boleh dikatakan di UUM,dekat2 nak raya baru balik umah
wah!!rindunya UUM ke orang UUM?muahaha! 2 in 1.
sebenarnya rindu pak guard UUM..haha!ada kaitan ke?@_@
anyway!nak wish selamat berpuasa la untuk semuaaa~
Thursday, August 4, 2011
finally,artikel ini diterbitkan juga di UUM online semalam..| PELAJAR UUM MASAK NASI LEMAK DI MEXICO
UUM ONLINE: Tiga pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) masing-masing dua dari Program Sarjana Muda Pemasaran dan seorang Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti menyediakan sarapan nasi lemak di Universidad De Colinma, Mexico.
Wan Nurul Syafawati Wan Ahmad, Mass Idayu Ahmad dan Mohd Naim Mazlan memasak sendiri nasi lemak itu bagi meraikan pelajar dan pensyarah di sana.
Mereka adalah pelajar yang mewakili UUM untuk menjalani pertukaran pelajar ke Universidad De Colima, Mexico selama satu semester mulai 18 Januari lalu sehingga 25 Jun dan dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).
Pengarah CIAC, Prof Madya Dr Razli bin Che Razak yang mengiringi tiga pelajar ke Mexico berkata, kesemua mereka sepanjang berada disana mempelajari dan menimba ilmu bukan sahaja dari segi agama dan budaya malah turut memperkenalkan Malaysia secara amnya dan UUM secara khusus.
“Walaupun mereka ini tidak pernah mengenali budaya penduduk negara itu namun kekuatan dan ketabahan mereka sudah cukup untuk mereka menjalani kehidupan disana,” ujarnya lagi.
Mohd Naim Mazlan pelajar tunggal lelaki yang menyertai pertukaran pelajar berkata, sebaik tiba di Colima, Mexico mereka disambut mesra oleh pihak Universidad De Colima dan seterusnya dibawa ke rumah keluarga angkat mereka, Gerardo Chevaz Verjan.
“Walaupun berada jauh di Mexico dan terpaksa berjauhan dengan keluarga selama enam bulan namun dengan layanan mesra yang diterima dari keluarga angkat telah mengubat hati kami,” katanya lagi.
Bagi Wan Nurul Syafawati pula selain daripada keluarga angkat mereka juga berpeluang mengenali rakan-rakan baru dari Jepun dan Colombia yang kebetulan turut menginap di kediaman yang sama.
“Peluang tinggal serumah bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan malah dapat mengenali budaya mereka,” sambungnya.
Manakala, Mass Idayu pula berkata, walaupun tinggal bersama dengan pelajar dari negara dan agama lain namun mereka tetap berpegang kepada ajaran Islam termasuk dari segi pemakanan.
“Bagi mengatasi masalah pemakanan kami memasak sendiri dan ayam pula disembelih oleh Mohd Naim,” katanya.
Idayu menambah dalam pembelajaran dalam kelas pula kehadirannya bersama Nurul yang memakai tudung turut menjadi perhatian mereka.
Manakala, dalam pembelajaran pula amatlah berbeza kerana peperiksaan akhir tidak diwajibkan bagi semua pelajar kecuali mereka yang memperolehi markah ditahap yang kurang memuaskan.
“Disini,gred A,B,C tidak digunakan sebagai asas penentuan setiap subjek tetapi menggunakan nombor antara 10 hingga 0.“Bagi markah 10 adalah yang paling cemerlang seperti A+ mengikut sistem pengredan peperiksaan di Malaysia. “ katanya.
Ketika berada di sana mereka turut diberi peluang oleh Pengarah Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa Universidad De Colima, Genoveva Amador Fierros untuk membentangkan keunikan Malaysia dan UUM.
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
p/s:tak caye ese artikel ini diterbitkan jugak.walaupun ada diedit2 jugak.tengs untuk sepupu aku,adik aku sebab tolong,dan Mass untuk final check artikel ini..hihi...alhamdullilah..=)
Al-Faatihah Acik Ma..
i know,kamu semua sangat kuat!!~~ |
ketika dulu,
tahun 2003,
Kau menjemput ayahku pergi menghadap Mu.
tahun 2004,
Kau menjemput Tok Wan pergi menghadap Mu
tahun 2010,
Kau menjemput Acik Zie pergi menghadap Mu.
dan kini,
3 Ogos 2011,bersamaan 3 Ramadhan,
Kau menjemput Acik Ma pergi menghadap Mu..
Kuatkan hati keluarga kami menghadapi musibah Mu.
Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
untuk,
acik wan,ipie,a`ah,Nj & baby...
Allah lebih sayangkan Umi...
Al-Faatihah!..
siyesly,aku akan merindui saat terakhir aku bersama acik Ma.~T_T
sebenarnya,pusara acik Ma dikebumikan berhampiran dengan pusara arwah ayah,arwah tok wan....
*gambar ihsan dari Cikgu Musa SMK Seri Dungun..
Subscribe to:
Posts (Atom)