Tuesday, August 23, 2011

ramai yang berpuasa tapi meninggalkan solat 5 waktu.

ini realiti.aku nak bersangka baik pun tak boleh sebab menda betul!..baru aku sedari yang memang ramai golongan macamnie.semoga kita dijauhkan tergolong dari golongan ini.aku ada adik perempuan la.act,bila dia balik rumah.dia akan mengadu pada aku tentang housemate dia yang tak solat.awalnya,aku cakapla.bersangka baik lah,mungkin mereka solat,tapi kita tak nampak.

aku sebagai kakak,aku tau macamne rasanya dapat kawan yang tak solat.lebih-lebih lagi bila orang yang dalam rumah sendiri yang tak solat.kalau di asrama,roomate kita pulak sering meninggalkan solat.

mintak jauh dari dapat roomate macamtuh.sebab,hati kita yang menyampah tengok muka dia.seikut pengalaman aku la,aku akan merasakan hati aku menolak bila bercakap dengan orang yang tak solat.dan aku akan bercakap macam endah tak endah.inikan mula menatap mukanya yang keruh.

contoh pengalaman aku.aku kan budak uum.act,ada sesetengah perempuan aku nampak lawa giler cun.tudung baju sume cantik.high heel macamtuh.but,yang aku rasa sangsi,kenapa aku macam tawar hati tengok kecantikan dia.macam tawar je la.

aku tanya roomate dia,adakah si fulan itu tak solat?atau buat something ke?

roomate dia cakap;

"ha,dia tak solat.aku sedih sangat weyh.lebih lagi bila time solat subuh,bila ada kelas tau pulak bersiap awal-awal.kalau kelas pukul 2,dah siap pukul 1,kalau masa Maghrib tuh mengadap movie sampai kemalam,mana entah solatnnya aku tak tau,penat dah aku suruh"

macamne perasaan kita kan,dapat roomate tak solat.bilik mesti rasa panas aje.sebab itu mudah dirasuk,mudah diganggu sebab pendinding pada diri tak kuat.lepas tuh,mula la kata macamnie

"kenapa jiwa aku tak tenang la,resah la"

nak aje cakap macamnie:

"SEBAB KAU TAK SOLAT!"

kejamkah?huhu.itu satu yang tak solat.yang sering melewat-lewatkan solat pun sama jugak.lebih kurang je.sebab terlalu mementingkan urusan dunia kan?macam aku selalu macam tuh,kalau tengahari masa memasak,lastly umi aku tegur la:

"baik pergi solat dulu,nanti lambat,nanti x pasal-pasal zuhur pukul 4"

insyallah pasnie tak buat lagi.amin.moga-moga.aku pun tau,aku buat silap jugak,lebih lagi masa subuh.tapi,sekarang alhamdullilah la kalau sahur dah boleh tunggu jap,terus azan.kalau takda sahur,mahunya Subuh tengahari.huhuhu.

tapi,ada soalan yang aku dengar dari kakak aku,ada kenalannya bertanya macamnie

"macamane erk,ada kawan saya,dia berpuasa,masa Maghrib dia tak solat.then,bila azan isyak berkumandang,ajak pergi terawih!"

ohh!dunia..apa sudah jadik..sedih sangat hati macamnie.macamne nak kuatkan benteng diri kalau solat yang wajib pun tak buat.~

semoga kita diampunkan dosa masa lalu dan tergolong dalam golongan yang sentiasa menunaikan solat.Amin.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

miss zizie said...

sampai sekarang asyik teringgal subuh.. tambah2 hari weekend.. :(

bunga said...

disitu perlunya dakwah..saling ingat mengingati..

jangan lak kita memandang rendah pada mereka..tapi terus kan menegur secara berhikmah..

Farah Awang said...

aku solat tp kdg2 tertinggal
wuwuwu