Wednesday, September 21, 2011

4 Tips Memilih Calon Suami

Bagaimana nak mengenal pasangan anda?? Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu taaruf. Tahukah apakah yang perlu diungkapkan kepada calon pasangan dalam taaruf? Di bawah adalah sedikit tips untuk memilih calon suami anda..

1.) Keadaan Keluarga
Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga, pendidikan, anak ke berapa?

“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat. ~ (HR. Abu Daud)

2.) Harapan dan Prinsip Hidup
Setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.
Terutamanya si suami kerana dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih lembut seperti: “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti?”

3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga perlu saling mengerti. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

4.) Ketaqwaan calon pasangan
Paling penting sekali dalam mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga. Kerana apabila seseorang lelaki senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak pula dia berlaku zalim pada isterinya.

Tapi bagaimana mengenalpasti ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.

vilord10 4 Tips Memilih Calon Suami

P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin  melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda. Semoga kita berjaya mendapat suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah yea. Amin.. icon smile 4 Tips Memilih Calon Suami

kredit to:Pc..=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

Shafiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.