Assalamualaikum,
aku nak bercerita tentang solat subuh pulak.ye,aku tau sekarang ini musim exam.segelintirnya,akan adalah yang tidur lambat kan?dan paling tak elok hingga terlepas solat subuh.seterusnya menjadikkan solat subuh sebagai "subuh gajah".kerana solat subuh selepas pukul 7.Masyallah!!..ye,memang boleh diqadarkan,tapi takkan kita nak biarkan ini berterusan tanpa ada peningkatan dalam mutu ataupun kualiti dari segi waktu solat subuh?
ye,aku bukannya sempurna yang tak pernah tergolong dalam golongan ini.tetapi,aku cuba nak mengutarakan apa yang aku fikirkan sekarang..saat azan subuh aku dengar dari Masjid,aku masih melihat banyak bilik masih sunyi,keadaan masih gelap.sudah bangunkan sahabatku semua? takkan semua solat dalam gelap?itu mustahil.aku lihat blok lelaki kat sebelah blok,jugak masih bergelap.hanya 2,3 bilik yang diterangi lampu.
betul orang cakap,nak lawan godaan bangun awal ini bukan senang.betul..itulah,aku rasa kalau kita niat sebelum tido nak bangun awal subuh.insyallah!menjadik~.cubelah..aku cuma mampu ketuk bilik berdekatan dengan aku aje untuk bangkit subuh..huhu..lemah kan?taktau la kenapa.tapi,yang paling bagus untuk lelaki,ialah pergi solat jemaah subuh kat masjid.teringin sekali melihat masjid waktu solat subuh penuh masjid seperti solat jumaat?~mustahil tak?..~takde apa yang mustahil dalam hidup ini kan?.
Pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah sebenarnya adalah pemuda 
daripada spesis yang istimewa dan aset yang amat berharga buat umat 
Islam.
Wahai puteri Muslimah, sekiranya anda dilamar…pastikan dia seorang 
yang menjaga solatnya, lebih baik kalau dia kerap mengerjakan solat 
secara berjamaah dan adalah lebih istimewa sekiranya dia sentiasa kekal 
dengan solat subuh secara berjamaah.
disini aku nak berkongsi satu kisah,sama-sama kita hayatinya:
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid.  
Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan  
lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan  
bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu',  
dan, berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia
  jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan 
 dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, 
 berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
 Di tengah jalan  menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg 
memegang lampu. Dia menyapa  lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu
 jatuh 2 kali di perjalanan  menuju masjid, jadi saya bawakan lampu 
untuk menerangi jalan kamu.' 
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan 
mereka berdua berjalan ke  masjid.Saat sampai di masjid, 
lelaki muda itu mengajak  teman barunya yang membawa lampu untuk masuk 
bersolat subuh bersamanya.  Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak 
tetapi jawapannya sama.Lelaki muda bertanya, kenapa 
menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
Aku adalah Syaitan
Lelaki muda
 itu sungguh terkejut..!
Syaitan  menjelaskan, 
''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg  membuat kamu 
terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan  dan kembali 
ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu  jatuh kedua 
kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi  tetap 
kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah  mengampunkan
 dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu  jatuh ketiga
 kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh  penduduk desamu,
 jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid  dgn selamat..'
aku ingatkan diri aku juga tentang peringatan ini.supaya dapat sentiasa aku bermuhasabah diri.mudah-mudahan.insyallah!~amin.tapi,lagi bagus,bangun awal sebelum azan lagi baik kerana boleh tahajjud sekali.cari waktu pengabdian diri kepada Allah..insyallah,ketenangan akan jadik milik kita bersama.=)
Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada 
segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.
Demi waktu fajr (89:1)
Sekian.. 






 
2 comments:
daa pernah baca story ni.. =)
kadang2 tidur lepas Subuh pun tak elok.. heheh.
*okey.. takde kaitan dengan entry,,, heheh
sy teringin nak bangun pagi sebelum subuh utk solat tahajud semua tp xpernah kesampaian. niat sebelum tisur mcm tuh tp bila alarm bunyi tutup terus sambung tidur. xbagus betul .hehe.
Post a Comment