Thursday, January 12, 2012

saya rasa apa yang awak rasa

Assalamualaikum,

pertama sekali,ingin sekali aku panjatkan rasa syukur ku kehadrat Ilahi.kerana masih menguatkan hatiku dalam hijrah ini.ye,HIJRAH!..alhamdullilah Ya Allah!..aku tidak keseorangan lagi.dulu,aku rasakan penghijrahan ini,aku akan keseorangan.rupanya tak!..



aku doakan semoga sahabat bersama aku,terus diberi RASA APA YANG AKU RASA..kini,perubahan kulihat dari teman yang bersama aku..aku terharu!..dia sungguh kuat! sanggup tidur dibilik aku,semata-mata untuk senang bangun bertahajjud bersamaku..aku tidak lagi keseorangan ditengah malam yang sunyi.bersama meraka kami bermuhasabah!..adakalanya,bersama rakan-rakan yang lain kami berqiamulail.


dijalan ini,Allah beri aku teman yang sentiasa dapat memperingatkan aku tentang dosa-dosa silam.kami sama-sama dapat hayati kekuasaan Allah!..nikmat mana lagi yang aku nak dustakan?segalanya Allah dah tunjukkan tentang ciptaan-Nya.mungkin mereka kata aku kejam,sebab meninggalkan sidia.tapi,tidak rupanya.ini permulaan yang baik.ye,teringat kata-kata teman yang sentiasa bersama aku.




"syafa sebab saya jadik macamnie sekarang,kebaikan syafa berhijrah,saya terikut sama tau"

"alhamdullilah! bukan sebab saya,sebab Allah yang takdirkan semua ini"

"sejak kawan dengan syafa dan yang lain,saya dah tak suka dengar lagu-lagu yang melalaikan"





Alhamdullilah...aku tidak keseorangan.kini,aku rasai hikmahnya.mungkin Allah memilih aku,untuk aku menarik teman-teman bersama aku merasai cinta-Nya..Subhanallah!..adakalanya aku tidak punya kekuatan untuk melalui semua ini,tapi bila terpandangkan teman yang bersama aku.membuatkan aku sebak!..ye,sampai satu masa,saya nak sangat orang jumpa aku,orang akan cakap.

"Syafa! saya dah rasa apa yang awak rasa"

ye,itu! aku sudah dengarinya dari sesetengah sahabat.Alhamdullilah!..itu namanya Allah dah mengetuk pintu hati ini,untuk sentiasa cinta pada-Nya.



beberapa minggu lepas,selepas menghadiri satu kelas agama,tentang pengajian kitab Tauhid,aku bertemu seorang pensyarah ini.yang aku faham melalui persoalannya kepada ustaz tentang,anaknya malas mengaji al-quran.aku faham apa yang dia rasa,selepas itu dia berborak mengenai topik yang sama dengan aku.dia mulakan.



"awak staff ke student?"


"saya student"


"awak boleh ajar mengaji?"


"saya takde reti sangat sampai nak ajar orang,maafla"





dia anggukkan tapi aku tau,mesti dia masih mencari seseorang untuk ajarkan anaknya mengaji.aku pulak serba salah.aku fikir,kenapa perlu aku menolak,sedangkan aku mampu membaca al-quran,apa salahnya aku ajarkan pada orang lain.mungkin aku jugak boleh lagi belajar,ye tak?

"puan,hmm..boleh la kot kalau nak mintak ajarkan,tapi sekarang musim exam,nanti kita konpem lain ye."


"terima kasih banyak-banyak la,berape nombor adik?.



ok.sekian itu perbualannya..hikmahnya lagi bertambah.jadik guru mengaji,tak pernah ada dalam minda aku selain ajar adik-adik aku..subhanallah!..mungkin aku perlu tolong anaknya,lebih mengenali bahasa al-quran..insyalllah!..usai perbualan pada petang itu,terus kami peserta kelas itu terus ke masjid,untuk menunaikan solat asar.kebetulan pulak,imam dimasjid sudah habis menunaikan solat.tiba-tiba,seorang pensyarah ini cakap kat aku.

"adik,naiklah,jadik imam.kita berjemaah ye."

terkejut jugak.hmm.rasa macam pelik pun ada.orang lain kan ada,rakan yang bertudung labuh lain,aku rasa lagi layak.tapi,takpelah.takdir dari Allah membuatkan hati dia tergerak suruh aku.selepas solat asar berjemaah,kami bersalaman.salah seorang pensyarah bersuara.



"awak ini Qurratul Aini"


"ha,ape tuh?


"penyejuk mata bagi kami.awak-awak semua ini lah,sejuk mata kami"


"doakanlah saya semoge jadi realiti ye"


sedang melipat telekung solat,datang seorang lagi pensyarah tadinya.dia cakap kat aku:


"awak nama siapa?


"panggil aje syafa"


"ha,syafa doakan saya semoga jadik ibu yang baik,dijauhkan dari fitnah dunia ye,saya takut dengan dunia akhir zaman sekarang ini"






"ohh..insyallah..mudah-mudahan ye..doakan saya jugak dapat jadik anak solehah untuk ibubapa saya jugak.puan,segan saya puan mintak doa kat saya,saya bukan baik sangat pun,baru aje cuba nak jadik solehah"


"alah takpe,sama-sama kita doa yang terbaik ye"


ha,disitu aku rasa terharu pun ada.macam ustazah pulak aku ini,orang mintak doa kat aku.tapi,masa tuh aku sedar.hikmah itu banyak.ye,aku yang sekarang ini adalah berkat doa umi ayah sebab nak sangat aku jadik anak solehah.perjalanan hidup aku,makin aku rasa satu persatu Allah selak dan selak kearah yang makin baik..ye! aku rasainya sangat unik dan hebat..


selain dari itu jugak,ingin jugak aku kongsikan tentang perkenalan aku dengan guys satu subjek marketing management dengan aku.aku jumpa dia kat library beberapa hari yang lepas.kebetulan pulak tengah baca surat khabar kat library,dia datang tegur aku tanya tentang tips untuk exam.entah macamane perbualan kami tetibe kearah serius.bercerita tentang hidayah Allah.dia mulakan.

"awak nanti cuti pergi mana aje?"
"saya nanti balik rumah ingat nak belajar agama lagi,ikot mak saya pergi masjid kot"


"bagusnya awak"
"bagi saya perlu benda ini saya cari sekarang zaman muda ini lah kita perlu mencari sesuatu untuk kenal Maha Pencipta kita"






"saya pulak pernahlah join program tabligh,belajar agama 40 hari masuk hutan,tapi masa itulah aje saya rajin sekarang balik UUM,malas dah la..haha"
"kenapa awak tak praktikkan aje?sayang la awak tinggalkan,solat dhuha awak buat?"


"tak sangat..kenapa?awak buat ke?"
"alhamdullilah la setakat ini,buat lagi kalo takda halangan.haha."


"awak ini uniklah,lain dari yang lain,banyak ilmu awak"
"alah,takde lah jugak.biasa aje,saya tengah mencari la ini,dulu saya tak macamnie la awak"


"yeke?"
"ye,saya baru merasainya sekarang,Allah dah ketuk pintu hati saya"





"ye,saya faham,saya rasa apa yang awak rasa tau"
"betol ke,awak pernah rasa?'
"ye...saya rasa apa yang awak rasa"


Masyallah! terharunya..


"awak minat menulis?"
"minat jugak,saya buat buku tentang perjalanan hidup saya,awak?"
"saya minat blogging,menulis itu hobi saya"


"awak siapa ek?jarang saya dengar lelaki minat menulis novel"
"saya ini sayalah.awak nak tau tak?saya jarang bercerita macamnie kat perempuan"


"awak tak kawan dengan perempuan ke?"
"tak sangat.."


"saya nak tanya ini,kenapa orang tak kapel dikira kolot?"
"sapa cakap?"
"kawan-kawan lelaki saya lah,bagi saya orang bercinta itu kolot taw,habiskan masa,baik mengenali Maha Pencipta dulu"






aku teruskan lagi..


"betul,saya setuju.itu yang saya buat sekarang.tinggalkan cinta demi CINTA"


dia terus terkejut.


"sape tinggalkan awak? sayangnya dia meninggalkan perempuan solehah macam awak"





aku terus menangkis..


"taklah,saya tinggalkan buat sementara waktu untuk mencari cinta ALLAH dulu.saya tak solehah lagi,saya cuba nak jadik solehah la awak.jangan salah faham.."


"mesti susahkan?"


"sangat susah,takpe.mujahadah melawan nafsu..mujahadah itu memang pahit sebab syurga itu indah kan?"


"betol awak cakap..nak tanye awak lagi,tapi,kenapa kan kalo kapel,kena nangis kalo gaduh ke,saya ada kawan lelaki pun ada nangis sebab nak pujuk awek kan?"






"alahh..saya pun sama,bodoh jugak dulu..haha.kan bagus kalo alirkan air mata sebab memikirkan banyaknya dosa,betol tak?"


"wahh.alangkah bagusnya wanita dalam dunia ini,kalau semuanya dapat fikir macam awak fikir"


"dahhh sudahhhh!..saya tau awak lagi bersastera dari saya,tapi saya tak makan dengan ayat pujian awak itu.haha."


tamat disitu perbualan kami..wahh! makin kurasa macam pencarian cinta ALLAH dalam hidup aku ini makin hebat!!~



Tuhan dakaplah erat2 diriku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekelian makhluk... balutilah hatiku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan maksiat.. sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri2 ujian yang menyakitkan... peliharalah diriku kerana engkaulah sebaik-baik pemelihara...amin~


"Hati ini, Hanya akan kuserahkan, Bila tiba saat & masanya.. Pada insan yang selayaknya, Kerana hanya insan terpilih itu, Yang berhak memiliki hati ini, Khas buatmu; Suamiku.."

nota aku:
aku tak perlu risaukan apa-apa lagi.Aku yakin apa yang berlaku sekarang adalah takdir Allah.aku sebagai hamba hanya belajar meredhai dan mampu memohon agar dikuatkan iman menghadapi setiap ujian yang mendatang..^_^



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

si penglipur lara said...

syafa..aku suka sngt ayt terakhir ko.."..dakaplah dengan erat sehingga aku aku rasa tidak ingin meninggalkanMu..."
tacing sngt,,tahniah syafa kerana Allah telah memilih ko untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi hamba yang diredhaiNya..amin...
semoga rahmat Allah sentiasa bersama ko...amin..

Layyinul Harir said...

bihah!..itu aku copy ayat org jugakk..hihi.sebab ayat itu menyentuh perasaan~

alhamdullilah bihah..nasihat mg itu dulu,aku ingt jugak..

cintakan Allah & Rasul lebih dari apa yang ada dalam bumi ini.=)

Mai said...

waa best kan ada kawan yang boleh teman plus nasihatkan kita.
saya NAK rasa apa yang awak rasa ;DD

نورعيم said...

subhanallah, sy tak mampu jadi mcm awak :(

walaupun kawan2 anggap sy baik tp bagi saya, saya tak baik mane pun. byk lagi kekurangan dlm diri sy. mmg betul sy tak couple atau sewaktu dgnnya tp byk segi lg sy lalai.

terharu sgt baca entry neh.