Saturday, December 29, 2012

Tips Exam

assalamualaikum wbt,

baru nie 27 Dec start paper aku yang pertama!..huhu. lepas jawab tuh, rasa macam lega.bukan bermaksud 100% boleh jawab tapi rasa lega sebab sebab dah habis 1 paper. so, 7 paper bakal menyusul.

bagaimana eh nak study betol-betol?

pertama, niat kerana Allah!
Kedua, setting mind & hati nak fokus segalanya.
Ketiga, lepas study serahkan ilmu kepada Allah.minta datangkan kembali disaat kita memerlukan.
keempat, pergi exam & buat semampu mungkin.
kelima,tawakal.
keenam, jangan jemu untuk berdoa semoga result yang diterima nanti terbaik.

semuanya bergantung kepada individu sendiri. disamping itu, amalkan solat sunat taubat juga disamping solat hajat kerana mungkin sebab dosa-dosa kita yang banyak membuatkan ilmu susah nak masuk. tambahan itu, solat sunat dhuha, supaya urusan rezeki dipermudahkan..

sekian.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, December 24, 2012

Subuh Dimana?

assalamualaikum wbt,

aku punya kawan.oh! kawan,.=_=. he always told me, remind me to wake up early in the morning.ouchhh! sometimes, i feel difficult to wake up early..he said, i'm fail to married. if i can't changes my habit, i can't married!..T___T

how can i wake up early? he said, setting niat betol-betol.dan bisikkan macam ini sebelum tidur, "ALLAH,aku nak bangun awal, nak solat subuh awal,nak mengaji al-quran.mudahkan untuk aku bangun awal esok".insyallah,kita akan bangun awal.sehinggalah satu ketika, he shared something at his facebook.. i sentap !=_=


actually, he's teacher at Sarawak. so, no wonder he can wake up early.=P. dan waktu sana kan awal dari semenanjung.hihi. and i'm as student, normal la kalau bangun lambat..hehe!..hmm, tapi, apepun amanah pada Allah wajib dibuat.iaitu solat subuh awal.=)

nota aku:
Thanks being my friends ya!
Esok,nak bangun subuh awal!! niteeeeee~=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, December 23, 2012

Usrahku Sayang

assalamualaikum wbt,

hari jumaat baru ini, berakhir sudah usrah kami kerana kami semua bakal tamat pengajian nanti.insyallah!. doaku ialah semoga aku akan punya usrah yang lebih bahagia selepas ini..=) *dalam maksudnya kan?ehh!=P.oleh kerana sekarang minggu study week.so,ramai la yang tak dapat hadir. kebetulan pulak Naqibah ada bawak banyak makanan sebagai jamuan terakhir bersama kami..sedih ase..T.T.macam-macam dia pesan,persediaan untuk alam bekerja, persediaan untuk menjadi isteri solehah.hehe. macam-macam tips dikongsi oleh naqibah kami.



kenangan terakhir kami bersama. yang paling buat aku bahagia ialah hubungan ini atas dasar cinta kerana Allah. kami bertemu untuk berkongsi ilmu agama.Alhamdullilah!..=)


Sungguh! Aku bertuah dipertemukan dengan Dr.Norhasni.nasihat beliau akan kusemai dalam hidupku selepas ini.insyallah!.Pesannya yang terakhir, supaya kami semua biasakan diri mengaji al-quran, supaya ion-ion positif ada dalam diri untuk menerima benih yang baik akan datang..weeeeeeeeeee...=) . Tidak kekok untuk kami berkongsi tentang hidup akan datang.Pesan beliau untukku, Moga syafa ditemukan dengan lelaki yang baik untuk bimbing diri ini.Andai dapat sebaliknya, kita yang perlu bimbingnya kearah yang lagi baik.mungkin itu takdir Allah.

soalan terakhirnya untuk aku ialah:

"syafa dah ada calon ke maklumlah dah semester akhir sekarang.?"
"syafa tunggu petunjuk Allah"..=)

Ya Allah! Jadikanlah aku seorang wanita solehah, penyejuk mata bagi umi dan ayah. Amin.

Moga hubungan antara kami akan terus terjalin selepas ini.Amin.

nota aku:
sekarang, baru aku tahu kenapa seorang lelaki perlu memilih perempuan yang solehah.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, December 20, 2012

Penghujung Segala Kuliah

assalamualaikum wbt,

Hari ini paling yang saya tunggu sejak saya semester 1 iaitu hari last kuliah.ye, penghujung segala kuliah yang ada.Alhamdullilah dapat merasainya hingga keakhir kuliah, walaupun ada ponteng kuliah juga..=_=. saat indah disini akan saya saya jadikan kenangan dalam hidup saya. dan yang pahit itu, aku buang kat Hutan Sintok.


16 dec 2012





sejak seminggu ini, selepas tamat aje kuliah, terus pergi kat lecturer mitak nak bergambar.but, ade jugak yang aku tak dapat bergambar iaitu dengan Dr.Rahim lect servis, dia ada keja luar.so, memang takda lah memori untuk gambar cuma lekat dihati lah.

Thanks untuk semua pensyarah dari semester 1 sampai semester 7. sem depan insyallah akan mula praktikal dah Februari depan.=)

sekian,doakan saya dapat menempuh final exam dengan baik ye.kat bawah ini jadualnya:


Moga semuanya berjalan dengan baik hendak-Nya..

sekian..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, December 14, 2012

Dinner Anak Kelate UUM


Assalamualaikum wbt,
sebenarnya,aku baru pulang dari dinner anak kelate.hehe.walaupun aku bukan anak kelantan,tapi aku gatal nak pergi,mungkin sebab bayaran dia murah aje kot. Rm5..berbaloi jugakla bayar dengan harga Rm5, dapat makan macam-macam.bertempat di DMAS,UUM.oh ya! tema untuk makan malam ini ialah tradisional kotemporari.aih! macam -macam tema sekarang eh?hihi~


lepas itu, selongkar loker cari baju yang nampak tradisional.eh! hehe. so, pakailah songket.terasa la jugak macam menepati tema tapi yang penting menutup aurat ye.=)



see! ramai jugak hadirin yang hadir. majlis yang best!, tapi, yang part aku jadik speechless ialah bila kena nyanyi lagu selamat sultan kelantan.hehe.diam aje la.=_=


aku,hidayah dan rakan-rakan yang baru kami kenali tadi, sebab dah kena duduk semeja dengan dioarang.=_=


haaa, yang ini pulak jejaka yang aku tahu bukan asal kelantan, tapi, sibuk jugak nak pergi macam aku haha.kami semua duduk 1 meja =_=.

okey! itu sahaja..=_=



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, December 13, 2012

Kaca Mata


Assalamualaikum wbt,

Baru ini 11 December 2012. aku hadir satu dinner Marketing Club (Mar C) UUM..tema elegant & gentleman. then,aku dah risau apa pakaian aku ada untuk nampak seorang elegant? eh!..yela, mana ada baju cantik-cantik kan?huhu.lepas itu, suara hatiku berbisik suatu perkataan.nak Allah pandang cantik atau manusia?okey! decide pakai apa yang ada.=_=



seperti yang sedia maklum, aku dah lama tinggalkan mekap segalanya.huhu.so,aku decide pakai aje apapun asalkan menutup aurat..kawan-kawan kata, kalau pakai hitam pun dah nampak elegant.so, decide pakai jubah..huhu!. aku pun pergi ajelah macam tuh.=)



here, kami budak marketing! semester 7 dah. actually,dalam majlis ini ramai aje cina.huhu!.. faham-faham ajelah macamana.cuma aku pening, tak dapat lama-lama.entah macamane ada dancing bagai!..aku dan kawan-kawan pun keluar awal.=_=


aku pun tak tahu, kenapa student melayu final year marketing tak nak join.mungkin sebab mahal kot. takpelah.cuma macam tak best la sebab ramai cina dari melayu. tapi , yang paling best banyak makanan disediakan.so,  berbaloi -baloi la bayar mahal.hihi.
elegant ke tak? eh!=P

hadirin yang hadir!.. we are final year student!.ouchhh=P


kami dengan sebahagaian pensyarah.

awak,awak,awak,
doakan saya berjaya habiskan pengajian di UUM ini dengan lulus cemerlang.
(^__^)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, December 10, 2012

Formula Mudah



Kuasa Allah membuatkan mereka sekeliling memandang kita dengan pandangan yang hebat.

Allah itu Maha Kuat, Allah itu Maha Besar,

Satu rahsianya ialah, Amalkan solat sunat syukur sebelum tidur dan amalkan doa ini :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Wahai Allah! Bagi Engkau segala pujian sebagaimana yang sayugia bagimu, kemuliaanMu dan yang sangat besar pemerintahanMu.

Wahai Allah! Jadikan aku  orang yang banyak bersyukur , orang yang banyak bersabar, 
Jadikan aku kecil dalam pandangan mataku dan besar dalam pandangan mata orang ramai.

Akhirkan doa dengan selawat keatas nabi..seterusnya istighfar banyak-banyak. 
Mohon Allah berikan kita kekuatan untuk melalui hidup ini.

Ada orang kata, solat sunat syukur ini perlu dilakukan setiap kali kita dapat apa yang kita hajati.ye! betul.tapi, bukankah ada nikmat lain yang Allah beri yang perlu kita syukurkan?

Dapat apa yang kita nak, itu syukur, tidak dapat apa yang kita inginkan juga hendaklah SYUKUR! mungkin itu yang baik. ajarkan diri sentiasa bersyukur, pandang orang yang lebih susah dari kita. 

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".-Surah Ibrahim Ayat 7-

Formula hidup ini mudah, dengan merasa syukur atas setiap yang ada dan belajar sabar atas setiap ujian.
Yakin pada -Nya.



KEKUATAN SEBENAR-SEBENARNYA HANYA MILIK ALLAH!
(^__^)

Gantungkan keyakinan bahawa segala KEKUATAN hanya milik Allah! 
Mohon pada-Nya..
(^__^)


Jangan mengeluh jika jalan takdir kita terpaksa membuat banyak kerja dalam 1 masa, kerana Allah tahu kita mampu lakukan semua itu, meskipun hati masih lagi bersedih..heyyyy! kawan-kawan jangan sedih-sedih atau merungut tentang assignment yang masih lagi tak settle,mungkin ini semua kunci rahsia untuk akan datang. Kesusahan saat ini, keperitan saat ini ada satu  rahsia untuk hari ESOK! who knows??..Allah knows better than YOU!.
Lalui hidup ini dengan ikhlas.Insyallah! Allah kira semua USAHA kita..=D



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, December 9, 2012

Jalan Takdir begini.





Doakan aku terus diberi  kekuatan untuk melalui liku hidup ini.
sesungguhnya jalan takdir kita berbeza.
Allah uji aku cara begini dan Allah uji korang dengan cara lain.



apa-apa pun, bersangka baiklah pada Allah!..=D
I know ALLAH always with ME.
.^____^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, December 4, 2012

Kunci Rahsia.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Surah At-Thalaq Ayat 2 & 3


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-