Thursday, March 28, 2013

# 1: Kisah Dia


Assalamualaikum,

Dia tau betapa selekehnya saya .uh!
baju saya jarang nak iron, tudung saya jarang nak menjadi.
pendek kata, muka saya pun penuh jerawat!.Ngeee=)

Kuasa Allah membuatkan dia tertarik dengan diri yang hina ini.
Terima kasih Allah kerana memberi sesuatu yang tak ternilai harganya.
Moga aku menjadi orang yang bersyukur.

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.=)



Permudahkanlah Ya Allah jalan kami ..Ameen.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, March 24, 2013

#Nikah:Sederhana

Assalamualaikum wbt,

sejak 2,3 minggu ini i always share about prepare tentang persiapan nikah sebelum ini.huhu.so, same la untuk post ini.so,Jumaat baru ini aku with my housemates pergi Kuantan.cari barang kawen. Si zimah pun nak cari barang kawen jugak.so, memang tujuan same.Alhamdullilah! Kebetulan kat Kuantan Parade ada sale!.ada jugak aku beli untuk barang hantaran.

gambar pre-wedding..ehh!.@_@

Pergi cari baju melayu encik tunang, baju aku nanti untuk majlis sambut menantu.. ngee! Sumpah, kadangkala rasa nak nanges,sebab bukan senang semua ini.T.T.. Alhamdullilah, with my housemates with me, help me searching baju, jubah semua..thank Allah!=)

Actually, memang nak buat majlis sederhana. But, banyak benda kena fikir. Nak jaga hati keluarga, kawan-kawan, pihak belah lelaki. Takkan nak buat majlis main-main kan?So, sekarang baru aku faham. Kenapa belanja kawen boleh mencecah ribuan ringgit.huhu..=( But, aku cuba cut mana yang mampu.Insyallah!..

aku cut mana yang mampu.. contoh ambil pelamin yang murah, gubahan hantaran dibuat oleh makcik, kad kawen buat yang kertas aje, jangan buat kad..(kad mahal,cuba kali dengan 1000 tetamu)..ala,kad bukan orang simpan pun,dia buang aje..haha. baju pulak beli aje ( memang bajet tinggi sket,tapi boleh pakai terus untuk raya..haha), kalau untuk doorgift tetamu, tak perlu beri benda-benda merepek, bagi aje makanan, boleh jugak makan, tak payah bagi keychain ke, pen ke, mug je, bekas ke. ( sebab berapa kerat aje orang yang simpan)..ha, bunga telur pun tak payah buat banyak-banyak..orang buang jugak hiasan bunga tuh.

cuma aku serius sket untuk bab makan beradab.penting jugak bab ini. sebab kita nak rai keluarga belah lelaki.then, ummi ada tempahkan jugak untuk meja makan beradab nanti.

aku teringat pesan pak sedara aku:

"kita nak sambut tetamu belah lelaki, kena buat betul-betul.takleh main-main. kena jaga hati pihak sana"

Gulp!..

bila kita berada dalam situasi ini, baru kita faham,kenapa itu, kenapa begini.

Tapi,ingat! Jangan sampai membazir.Insyallah!..=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 20, 2013

Pilihan Allah

assalamualaikum wbt,

alhamdullilah. Allah telah aturkan yang terbaik. kerana encik tunang dapat bertugas lagi dekat dengan tempat aku bakal kerja nanti.insyallah! ( insyallah! Teacher to be at Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh) . He as imam Masjid Jamek, Kerteh..sometimes, aku terfikir macam tak layak kot nak jadi isteri kepada seorang imam masjid, guru mengaji al-aquran, penceramah, ustaz ,penghafaz quran.(pakej lengkap Allah bagi). Alhamdullilah!.

aku selalu kata ,yang aku memang tak layak untuk dia. macam Allah kata dalam firman-Nya:

"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya"



Actually, dah lama he try approach me.uh! but, mase dulu aku kan nak orang lain..ngeee!.. adalah dalam 8 kali aku reject dia.aku pernah kata kat dia:

"saya bukan baik sangat, hanya hamba yang hina disisi Allah, tak layak untuk awak"

kata dia:

"saya bukan nak suruh awak jadi malaikat, tapi saya cuma nak ajak awak kenal apa itu erti kehidupan"

hmm.mase tuh aku reject jugak dia.ehh!..entah,macam takde feel aje.=P



ada jugak dia pernah kata:

"saya dah ada semua yang saya nak kecuali satu, pelengkap kepada rezeki saya. dan Allah akan lengkapkan rezeki itu bila saya dapat sesuatu"

aku kata :

"nikah?"

"ye.sudi awak jadi pelengkap hidup saya, pelengkap kepada rezeki saya?"

"saya tak layak.ada lagi perempuan berhak untuk dapat awak"

hmm.mase tuh aku reject jugak.hehe..dia ni tak bosan ke nak aku..ngeee~

so,many times i rejected him..maybe sebab masa itu aku suka kat orang lain.dan aku rasa perasaan itu hanya bertepuk sebelah tangan.so, sehinggalah aku buat keputusan, untuk berhenti berharap pada orang yang pernah aku suka. dan menerima orang yang tak kenal erti putus asa untuk dapat aku.



pada 3 Januari 2013,aku buat solat hajat untuk Allah bukakan pintu aku pada encik tunang sekarang ini.. satu lagi,aku pernah beritahu dia,yang aku nak orang lain..hehe.so,mase aku kata aku boleh terima dia,dia terkejut jugak.so,masa 6 Januari 2013 ( masa tuh kitorang sibuk dengan final exam.hehe) aku mesej encik tunang beritahu.yang aku dah ready terima dia. then,dia pulak kata:

"bukan ke awak kata ada orang lain?"

"lebih baik terima orang yang tak pernah putus asa tunggu kita"

"okey.terima kasih. tunggu saya datang dengan keluarga saya nanti."

dan alhamdullilah! 2 minggu selepas itu , aku ditunangkan dengan dia.=)



Tanpa cinta masa itu, aku terima dia.
but, i trust Allah!..
if Allah dah aturkan ini jalannya.aku terima.
aku tak pernah salahkan Allah kerana aku tak dapat someone yang aku nak.
sebab aku tahu Allah mahu berikan yang lagi baik.




Encik tunang,
Terima kasih!..=)
Walaupun awak tak sweet,
Walaupun awak tak caring,
Walaupun awak tak kata " I LOVE YOU"
Walaupun awak tak kata "I MISS YOU"



Saya Yakin Awak yang terbaik.
Kite sweet-sweet lepas nikah ehh!.-P

Dia pilihan Allah untuk saya.Insyallah!.Moga dipermudahkan jalan kami..Ameen.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, March 16, 2013

# Nikah : Baju

assalamualaikum wbt,

hari ini, pergi uruskan tentang pernikahan. Alhamdullilah, siap tempah pelamin, baju untuk majlis sambut menantu, veil dan bla-bla.. baju nikah aku dah beli pun.beli sebab nak buat kenangan dikemudian hari..ngee. Insyallah, kaler krim. Dan alhamdullilah, Allah hadirkan seseorang untuk bantu gubahan barang hantaran. syukur sangat!!..=)

nak sharing sebab murah sangat.. korang bayangkan ye barang yang aku sewa ialah:
  1. Pelamin Simple.
  2. Set bilik tidur
  3. Baju majlis sambut menantu.
  4. Bekas Par 7
  5. Bakul 2 biji untuk isi doorgift
  6. Bantal akad nikah 2 biji
  7. Bunga Tangan untuk pengantin perempuan..ehh!=p
  8. Veil 3 helai
Semuanya RM 380. ulang lagi RM380 !!..=)



ada lagi yang tak settle, baju untuk encik tunang.mak dia cakap kat aku yang he wants me choose for him. okey.dia kate tak kesah. asalkan ikot warna tema. purple & gold..(^_^) ..haa, tadi jugak, dah pergi settlekan surat pengesahan bujang dengan JKKK ,almaklumlah aku tak kerja lagi still praktikum,kena minta dengan JKKK la,kalau dah kerja mintak dengan majikan.oh.macam-macam aku belajar bab selok belok nikah..

tapi,satu hal aku masih masalah ialah berat badan makin naik.ape hal entah.aku pun tak paham.mungkin terlalu bahagia,ngeee!... semua orang pesan suruh kurus.aku pun tak tahu mana datang lemak degil kat badan nie.haha.tak lama dah, lebih kurang 69 hari lagi..Ya Allah! Kuatkan hatiku ini menahan nafsu makan..=(

Ini sahaja yang mampu dicoretkan. yang lain simpan dalam hati aje.ehh!...Sekian

Doakan semuanya berjalan lancar. Ameen..






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum bakal mentua

assalamualaikum wbt,

percaya atau tidak.setiap pasangan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain.setiap kekurangan kita, akan di tampung oleh kelebihan pasangan kita.aku juga begitu. seorang yang mudah merajuk..uh!..mudah terasa,,ngeee!..satu lagi,mudah tacing.@-@.

but, aku sebenarnya tak tahu sangat aku punya encik tunang tu macamane. kadang tuh,aku rasa dia tegas..huhu.. so, nak tahu perangai dia, aku kol la bakal mak mentua.berani tak? ngee!!=).

mulanya,aku segan jugak nak kol.but,lepas dinasihati housemate aku, aku mencuba. dan alhamdullilah!. perbualan agak panjang berlangsung selama 30 minit..hee.(rasa macam gayut dengan ummi aje).yela, bila lagi nak menawan hati mentua kita. ye tak?macam-macam aku tanya.tapi, ada lagi yang aku nak tanya..lepas-lepas nie. la..hehe..nanti takde modal dah.aku rasa bakal mak terkejut jugak kot aku kol.hehe..tapi, okey aje.mudah-mudahan dapatla pupuk kemesraan lepas nie hingga keakhirnya.=)

okeyla tu kot. nak gayut dengan encik tunang rasa macam mustahil aje. so,aku ambil langkah yang mudah lagi berkat kol mak dia. best ape. takpelah, aku simpan dulu sweet-sweet ,caring, loving aku nie.Bagi meletup lepas nikah..ngeee..=).. 

disamping itu,boleh juga ambil hati bakal mentua kan?..=) ..pernikahan itu bukan setakat terima suami sahaja tetapi lebih dari itu,dengan terima seluruh keluarganya..Mudah-mudahan dipermudahkan..Ameen.nak bagi tips,aku tak terer sangat.tapi, cuba setakat mana yang mampu ajelah..





Panduan/Tips menjadi menantu kesayangan

1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.



8. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

9. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Petua Seharian.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, March 8, 2013

# Nikah : Perasaan

assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah! Allah bagi lagi peluang untuk bernafas hingga kesaat ini.=).. tadi, dah shopping barang kahwin..eh! rasa janggal sekali..weee..beli mana yang patut, yang dapat beli dulu. yela,aku kan tengah praktikum, balik sekali sekala hujung minggu..so,bila ada masa terluang, beli yang mana boleh dulu.okey. macam tuh. maklumlah, aku nak yang simple-simple aje. pasal itu tak banyak benda kena wat..eh!

kononnya lah kan. semua barang hantaran aku tak beli hape pun lagi.setakat usha itu adalah. unik tak? ngee! pastu, orang kiri kanan semua dah risau dengan aku. apasal boleh rilek semacam..@_@ ..aku pun tak tahu. bagi aku, ala, kawen ajelah apa susah..haha.

kerana yang paling utama ialah katering, kanopi semua dah tempah, tukang mekap dah ada, tempat makan beradab dah ada.. kira okey la tuh kot..sebab  yang barang hantaran itu, beli bulan 4 nanti pun boleh. bukan susah pun.kad kenduri semua aku suruh encik tunang settlekan. alhamdullilah.

ada orang tanya nama tunang aku. aku taknak cakap. nanti tak surprise..!
ada orang nak tengok gambar tunang aku.aku tak tunjuk. nanti tak surprise!

alaaa, kami takde sweet muwittt pong!.biasa-biasa aje.=)  .mesej pun jarang, kol apatah lagi..@_@

kadangkala rasa curiga, tapi aku percaya kerana syaitan suka bagi golongan darah manis ini rasa sangsi..=)
alhamdullilah!..moga Allah kekalkan rasa SETIA dihatiku dan dihatinya..=)

sekarang ini,
niat dihati nak khatam quran sebelum 24 Mei nanti.
nak expert masak gulai, kari dan seangkatan dengannya..=)
nak belajar cakap lemah lembut.
nak tingkat ilmu rumahtangga dan seangkatan dengannya.

Moga kekal hingga akhirnya.
Nikah kerana Allah.

Yang aku perlu ingatkan diri bahawa banyak cabaran hidup lepas kahwin, lagi dengan keluarga belah bakal suami. Dia anak sulong, adiknya ada 7 orang..kena belajar ambil hati ayah, mak mertua,adik ipar semua. sedara mara lagi.. Insyallah! Aku cuba..=)
kerana aku tahu aku menantu sulong,
akan jadi perhatian,
akan jadi kesayangan..*orang kata macamtuh lah..=)

wahhhh!!=)
setakat ini alhamdullilah, bakal mak/ayah memang baik.islamik sangat. lemah lembut.
aku pun jadik sopan santun bagai depan bakal mak/ayah.
yang jadik peliknya, aku sikit pun tak nervous.
cuma cara gelak aku tak boleh kaver..haha.

ummi pun pesan macam-macam, nanti dah kahwin anggap mak/ayah mentua macam mak ayah kita..
uwaaa!
sedih rasa nak jauh dengan ummi pasnie..T.T
takpelah,
nak buat macamana,
tempat isteri kan disisi suami..ngee!=)

Anyway,
doakan semuanya dipermudahkan.
Insyallah!.
Ameen.


Kuasa Allah.
Sampai kesekarang, aku masih tak sangka bahawa aku akan bernikah dengan orang yang aku pernah benci..weeeeeee=)

Kuasa Allah.
Tetibe rasa sayang , rindu..
Sampaikan dihatinya..=)
Moga Allah melindugi dia..^_^





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wordless Again



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 6, 2013

#Wordless Wednesday




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-