percaya atau tidak.setiap pasangan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain.setiap kekurangan kita, akan di tampung oleh kelebihan pasangan kita.aku juga begitu. seorang yang mudah merajuk..uh!..mudah terasa,,ngeee!..satu lagi,mudah tacing.@-@.
but, aku sebenarnya tak tahu sangat aku punya encik tunang tu macamane. kadang tuh,aku rasa dia tegas..huhu.. so, nak tahu perangai dia, aku kol la bakal mak mentua.berani tak? ngee!!=).
mulanya,aku segan jugak nak kol.but,lepas dinasihati housemate aku, aku mencuba. dan alhamdullilah!. perbualan agak panjang berlangsung selama 30 minit..hee.(rasa macam gayut dengan ummi aje).yela, bila lagi nak menawan hati mentua kita. ye tak?macam-macam aku tanya.tapi, ada lagi yang aku nak tanya..lepas-lepas nie. la..hehe..nanti takde modal dah.aku rasa bakal mak terkejut jugak kot aku kol.hehe..tapi, okey aje.mudah-mudahan dapatla pupuk kemesraan lepas nie hingga keakhirnya.=)
okeyla tu kot. nak gayut dengan encik tunang rasa macam mustahil aje. so,aku ambil langkah yang mudah lagi berkat kol mak dia. best ape. takpelah, aku simpan dulu sweet-sweet ,caring, loving aku nie.Bagi meletup lepas nikah..ngeee..=)..
disamping itu,boleh juga ambil hati bakal mentua kan?..=) ..pernikahan itu bukan setakat terima suami sahaja tetapi lebih dari itu,dengan terima seluruh keluarganya..Mudah-mudahan dipermudahkan..Ameen.nak bagi tips,aku tak terer sangat.tapi, cuba setakat mana yang mampu ajelah..
Panduan/Tips
menjadi menantu kesayangan
1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan
keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon
sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan
waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi
lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda
kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada
pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa
yang disukai dan dibenci, secara
tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya
kelak.
4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka.
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka.
Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan
sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita
sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus
belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar
memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa
yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana
mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan,
Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik
jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh
membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan
apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri.
Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau
pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong
apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa
yang patut di dalam atau luar rumah.
9. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut
lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata
orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu
di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri
supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: Petua Seharian.
2 comments:
ad ciri2 utk mjdi menantu solehah ni hahaha
tunang akak org mane kak?
Post a Comment