Friday, March 8, 2013

# Nikah : Perasaan

assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah! Allah bagi lagi peluang untuk bernafas hingga kesaat ini.=).. tadi, dah shopping barang kahwin..eh! rasa janggal sekali..weee..beli mana yang patut, yang dapat beli dulu. yela,aku kan tengah praktikum, balik sekali sekala hujung minggu..so,bila ada masa terluang, beli yang mana boleh dulu.okey. macam tuh. maklumlah, aku nak yang simple-simple aje. pasal itu tak banyak benda kena wat..eh!

kononnya lah kan. semua barang hantaran aku tak beli hape pun lagi.setakat usha itu adalah. unik tak? ngee! pastu, orang kiri kanan semua dah risau dengan aku. apasal boleh rilek semacam..@_@ ..aku pun tak tahu. bagi aku, ala, kawen ajelah apa susah..haha.

kerana yang paling utama ialah katering, kanopi semua dah tempah, tukang mekap dah ada, tempat makan beradab dah ada.. kira okey la tuh kot..sebab  yang barang hantaran itu, beli bulan 4 nanti pun boleh. bukan susah pun.kad kenduri semua aku suruh encik tunang settlekan. alhamdullilah.

ada orang tanya nama tunang aku. aku taknak cakap. nanti tak surprise..!
ada orang nak tengok gambar tunang aku.aku tak tunjuk. nanti tak surprise!

alaaa, kami takde sweet muwittt pong!.biasa-biasa aje.=)  .mesej pun jarang, kol apatah lagi..@_@

kadangkala rasa curiga, tapi aku percaya kerana syaitan suka bagi golongan darah manis ini rasa sangsi..=)
alhamdullilah!..moga Allah kekalkan rasa SETIA dihatiku dan dihatinya..=)

sekarang ini,
niat dihati nak khatam quran sebelum 24 Mei nanti.
nak expert masak gulai, kari dan seangkatan dengannya..=)
nak belajar cakap lemah lembut.
nak tingkat ilmu rumahtangga dan seangkatan dengannya.

Moga kekal hingga akhirnya.
Nikah kerana Allah.

Yang aku perlu ingatkan diri bahawa banyak cabaran hidup lepas kahwin, lagi dengan keluarga belah bakal suami. Dia anak sulong, adiknya ada 7 orang..kena belajar ambil hati ayah, mak mertua,adik ipar semua. sedara mara lagi.. Insyallah! Aku cuba..=)
kerana aku tahu aku menantu sulong,
akan jadi perhatian,
akan jadi kesayangan..*orang kata macamtuh lah..=)

wahhhh!!=)
setakat ini alhamdullilah, bakal mak/ayah memang baik.islamik sangat. lemah lembut.
aku pun jadik sopan santun bagai depan bakal mak/ayah.
yang jadik peliknya, aku sikit pun tak nervous.
cuma cara gelak aku tak boleh kaver..haha.

ummi pun pesan macam-macam, nanti dah kahwin anggap mak/ayah mentua macam mak ayah kita..
uwaaa!
sedih rasa nak jauh dengan ummi pasnie..T.T
takpelah,
nak buat macamana,
tempat isteri kan disisi suami..ngee!=)

Anyway,
doakan semuanya dipermudahkan.
Insyallah!.
Ameen.


Kuasa Allah.
Sampai kesekarang, aku masih tak sangka bahawa aku akan bernikah dengan orang yang aku pernah benci..weeeeeee=)

Kuasa Allah.
Tetibe rasa sayang , rindu..
Sampaikan dihatinya..=)
Moga Allah melindugi dia..^_^





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

Afifah Bakri said...

Syafa...
bila majlis..???
May Allah ease everything...
Happy for u.. ^____^

Layyinul Harir said...

insyallah 24 mei.=D

Ameen,tq iefa..=D

Afifah Bakri said...

Tahniah syafa.. ^___^