Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
segala pujian hanya untuk Allah,kerana telah mentakdirkan aku bertemu dengan kumpulan usrah yang baru pada hari Jumaat petang selepas waktu Asar yang lalu di ruang legar saf perempuan Masjid Sultan Badlishah.Naqibah usrah kami bernama Dr.Norhasni.pada hari itu,kami berbincang mengenai tentang sedekah.kelebihan sedekah,berdasarkan huraian hadis yang ke-25 dipetik dari buku hadis 40.
perkongsian yang menarik adalah tentang sedekah.even kita ini student tak mampu nak sumbangkan harta untuk sedekah,tapi jika melalui zikir,mendoakan kesejahteraan muslimin muslimat juga dikira sedekah,amalkan senyum juga dikira sedekah.
dalam perbincangan lain juga,beliau ada mengatakan bahawa.solat kita seperti online dengan Allah.kita manusia sekarang tak mampu solat 24 jam.tapi,cukuplah dengan selain waktu solat,kita berzikir.itu juga dikira sedekah..mudah bukan?
ajarkan diri untuk sentiasa bersedekah.memberi senyuman yang ikhlas kepada orang lain jugak,dapat membuatkan hati orang lain rasa senang dengan kita.itu juga dikira sedekah..Maha Suci Allah! Mudahnya untuk meraih pahala.tapi,pastikan niat kita hanyalah kerana Allah.untuk mencapai redha Allah!.=)
tapi,ada tambahan juga dari aku.iaitu,apabila kita merasa sedih,ajarlah diri bersedekah.insyallah! bahagia akan datang..betul! satu lagi,ajar diri untuk kumpul duit seposen sehari untuk tabung masjid,dan setiap sekali seminggu,letak dalam tabung masjid..senang tak? buang rasa lokek dari hati ye..
sebenarnya,sedekah ini adalah satu cara untuk "menarik dana sesuka hati dari "Bank Ghaib"..jangan takut untuk bersedekah.kalau tak pun,belanja kawan makan aiskrim ke,belanja air segelas ke,itu dikira sedekah.jangan mengharapkan balasan.niat kerana Allah..=) itu sahaja perkongsian buat masa ini.
Ya Allah! Jauhkanlah kami dari mempunyai sifat kedekut/bakhil dalam diri..Ameen..
2 comments:
moga sedekah/pemberian yang kecil nilainya akan memperoleh ganjaran/pulangan yang besar lagi hebat dari Allah, insyaAllah
^^,
dlm islam xda istilah harta berkurang bila bersedekah. :)
Post a Comment