Monday, February 27, 2012

doaku,azamku,citaku...

Assalamualaikum wbt,

kadang-kadang aku tertanya dimana bacaan alquran dihati sahabat-sahabatku?..
katanya pula tiada,
katanya ada dirumah,
katanya memang takda,
katanya tak sempat dibaca,
katanya lagi,selepas khatam masa kecik,memang tak baca dah.

aku juga belum sempurna,aku juga pernah begitu.tapi,syukur Allah menyedarkan aku bahawa alquran perlu dibaca,dihayati setiap hari,setiap pagi..jadi,dimana Al-Quran dihati kita sahabatku?

pagi tadi.aku dan budak group aku pergi ke library,mencari maklumat untuk esaimen..=_=..tetibe,mata aku terlihat kearah tafsir surah al-Baqarah.tetibe,aku tertanya kat one guy dari group aku..*suke tanye..

aku:eh,kau selalu mengaji tak?
guy:tak sangat..
aku:aik?dah tuh kau baca ape?
guy:baca yassin dengan al-mulk.itu pun kadang-kadang.aku rasa kalo mengaji aku boleh semput,kalo menyanyi tak..
aku:masyallah! kau ini,mana buleh macam itu..@_@

tetibe idea ada,aku ambil tafsir itu,aku bagi kat dia,suruh dia baca.aku dengar bacaannya,tidak lancar,sangkut-sangkut..

aku:ha,kan tengok.kalau kau tinggalkan bacaan ayat suci,lama-lama dia pun lari dari hati kau.
guy:haahla,aku pun rasa macam tuh..kenapa ea?

aku:betul tak hati kau tak tenang? gelisah.
guy:ye,selalu aje..

aku:kau solat penuh tak?
guy:jarang-jarang..=_=

aku:heyyy,mana buleh...kau ini nanti jadik ketua keluarga esok-esok..macamane nak didik family kau dengan agama?
 guy:haaa..ye aku tau,tapi kat rumah,mak aku aje yang baca.adik pun ada jugak,jarang-jarang la..

aku:eh,tak boleh tak macamnie.kau cube,satu hari,satu helai.lama-lama kau akan merasainya indahnya ayat suci alquran.
guy:haah,ye.insyallah.

aku:sorry la aku banyak pesan.aku kesian kat kau.kau kan saudara seislam aku.lagi pulak,kau bakal khalifah dalam keluarga..
guy:thanks la syafa.insyallah aku cube k..

aku:eh,tapi,thanks jugak sebab jadik first trial aku..haha.sebab nanti,aku nak wat kat bakal suami aku macamnie jugak..~
guy:bagus jugak tuh..takpe,aku tak kesah.aku tak amek hati.thanks advise aku.

aku tak pandang rendah kat guy ini.aku tau,semua manusia akan berubah.so,aku doakan dia semoga dapat mencintai Al-Quran dan beramal dengannya...=)

satu doaku:
semoga bakal suami aku seorang yang menyintai al-Quran dan beramal dengannya...=)
kerana aku perempuan aku berhak cerewet,memilih siapa imamku kelak.
hanya satu dihati ini .
aku mahu menikah kerana ingin menjaga agamaku,
aku memerlukan seseorang yang halal,
yang mampu membimbingku ke Jannahnya,
yang menyayangiku kerana-Nya,
yang mencintaiku kerana-Nya....

satu azamku:
aku berhenti mengejar sesuatu yang tak pasti,
mustahil jika dihati aku belum ada seseorang,
aku yakin,hatinya milik Allah,hatiku juga milik Allah,
aku meminta pada Sang Pencipta,
seandainya dia diciptakan untukku,
takdirkan aku dan dirinya disaat yang telah Engkau tetapkan,
semoga aku dan dirinya dapat bercinta secara halal.

satu citaku:
aku berusaha menjaga peribadiku,kerana aku mengharap bakal suamiku jua begitu,
aku berusaha membaiki kekurangan dalam ibadat,
aku berusaha membaiki hubunganku dengan Pencipta.
aku berusaha mensolehkan diri kerana Allah,
aku yakin,perempuan yang baik,untuk lelaki yang baik,
peribadi bakal suamiku kelak,bergantung sejauh mana solehahnya diriku,
aku juga berusaha membaiki kelemahan aku sebagai sang hamba..

peringatan buat diri ini,
aku cuba belajar menyintai Allah dan Rasul melebihi segala apa yang dalam bumi ini.dan insyallah seluruh isi alam akan menyayangi kita.=)

so,tunggu apa lagi..mohonlah doa,minta cinta Allah dan Rasulullah.!

sekian,assalamualaikum wbt..^__^



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, February 26, 2012

niat baik Allah bantu..=)

Assalamualaikum wbt,

saya bisik pada hati..

"ishh..takda ape-ape lah,kawan okey,kawan."
tadi,he asked me,

"syafa dah makan?"

"haaa,dah makan,kenape? (terpaksa menipu sunat,aku nak elak makan berdua-dua dengan lelaki,itu janji aku pada diri)

"manalah tau,takut syafa pengsan aje nanti.hmm..takpelah"

"haha..takde maknanya saya nak pengsan kat sini"..

ha,itulah realiti hidup di universiti.how we can handle to avoid right?..aku bukan ape,kalo bertiga ke,takpe jugak.kalo berdua-dua ini,rasa iman berbicara aje suruh elak.malu pun ada jugak.=_=

yang keduanya,ada jugak one guys ini,ajak aku makan jugak after class.aku elak jugak,aku cakap taknak.

"kau ini ape hal ea,lain giler kau skang?"

"alah,aku bukan syafa yang dulu dah,kau ajak orang lain k,aku nak balik,sorry.."

masa sampai bilik,aku text him again,sumpah! aku rasa bersalah giler..

"sorry taknak makan dengan kau,aku nak balik sebab aku tak solat lagi"

ayoyo,mengelak lagi!..=_=

aku tau,dia terasa dengan aku..*wat taktau aje..ha,macam-macam cara aku buat..huhu.alah..takpelah..Allah tau niat aku,Allah Maha Mengetahui segala isi hati..maybe,orang akan cakap,kolot giler aku kan? ala,makan-makan bukan buat ape pun..ha,memang lah tak buat apa-apa,tapi tau tak,malu tau sebenarnya macam tuh.lebih-lebih lagi perempuan,mana malunya masa itu?.tapi kan,lelaki pun kalo boleh kena elak jugak,kena jaga pandangan,sama jugak perempuan.Allah dah pesan kena tundukkan pandangan bukan tundukkan kepala..ada faham?=P

malu itu sebahagian dari iman..=)

kini,baru aku faham,kenapa perempuan dengan lelaki tidak boleh bersahabat baik tanpa keperluan.thanks who advise me tentang ikhtilat (batas pergaulan dengan lawan jantina) *membuatkan aku tersedar dari dunia khayalan.

Allhamdullilah,Allah masih sayangkan aku dan membuka jalan untuk aku mendekati-Nya..syukur!=)

nota aku:
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” - (HR Tirmidzi 3412)

Sesungguhnya serahkanlah masamu untuk Allah, pasti Allah akan aturkan masamu sebaik mungkin, serahkan juga cintamu hanya untuk Allah, pasti duberikan cintamu kepada pemiliknya sebenar.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, February 25, 2012

SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH

Assalamualaikum WBT,

 Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..Maka haruslah aku melepaskanmu, untuk memberi peluang kepada diri kita melengkapkan diri dengan ilmu Allah..
Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..
Maka dengan itu, aku harus menjauhkan dirimu dari segala jenis zina mahu pun maksiat yang mengundang kemurkaan Allah..

Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..
Maka itu juga, aku harus menjauhkan dirimu dariku agar cinta antara kita tidak kmelebihi dari cinta kepada Allah..

Dan sesungguhnya,
Jika engkau mencintaiku kerana Allah, jauhilah diriku sebelum tiba masanya..
Janganlah memegangku, bimbinglah diriku dan tetapkanlah hatimu..
InsyaAllah,ada jodoh..kita pasti bersama..;)

SabdaRasulullah S.A.W.
“Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikanbaginya.”
===Riwayat Muslim===

Ya Allah,
Engkau perkuatkanlah mujahadah kami melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan.

Ya Allah,
Engkau titipkanlah kasih syg antara kami dgn keredhaanMu..
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah untukmu..
Maka, Engkau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan cintaMU..

Amin..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, February 24, 2012

Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!



 Assalamualaikum wbt,

Tudung. Tudung. Tudung.

Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.

Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.

Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!

Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"

Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.



Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung.  Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa!

Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.

Allah masing sayang saya, terlalu sayang.

Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.

Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.

Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.

Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.



Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.

Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.

Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!

nota aku:
Saat kugapai kasih-Mu.Baru kutahu dalam diri ini ada sejuta keindahan yang belum kukenali.Andai lama dahulu kukenal diriku,tidaklah aku tersasar dari jalan-Mu.Dan kini..dalam sujud aku menyerah.Taubatku hanya untuk-Mu...~


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, February 23, 2012

yeah! semester 6

Assalamualaikum wbt,

minggu ini adalah minggu pertama aku di semester 6..wahhh! serius! tak percaya.makin rasa dewasa aje..ecehh!..*matang tak?eh!..suke jugak dah masuk semester baru..weee~masa sebelum buka semester ini,aku ada borak dengan umi.


mereka kekuatan saya.*tetibe..hihi


"umi,nanti umi doakan sopa dapat tabah dan kuat"

"lahhh.kenapa plak dah?"

"umi tau ajelah,hidup kan semakin lama semakin mencabar,takut jugak syafa nak masuk semester 6,takut ada dugaan yang syafa rasa tak kuat"

"mintak kekuatan dari Allah ye,umi memang selalu doakan semoga syafa kuat dan tabah,banyakkan solat hajat sebelum tido,solat dhuha jangan tinggal,pagi-pagi baca yassin dan Al-Waqiah ye,insyallah kekuatan jiwa akan ada,al-quran jangan lupa baca paling kurang semuka surat satu hari,Mathurat jangan lupa baca jugak ye"

"ye..taulah..haha..insyallah la umi"

itu aje umi mampu pesan untuk jiwa aku.so,itu yang aku cuba buat.*kadang-kadang lalai jugak..ngeee!!=P

umi tau,umi takkan selalu ada hari-hari dengan aku kat sini,lihat aku.itu aje umi mampu pesan sebagai pelindung aku.sayang ummi sangat-sangat!!.=)


ha,semester ini aku ambil 7 subjek tau,iaitu 


  1. Analisis Pemasaran
  2. Branding
  3. Pemasaran Industri
  4. Salesmanship
  5. OB
  6. kenegaraan
  7. Mandarin 2
makin lama,rasa makin mantap aje subjek itu.lebih lagi paper marketing.so,opkos memang banyak projek luar,company lagi,jualan barang,survey itu ini,modal jualan..ngrrr..banyak!.=)


harapan untuk semester ini,mahu naikkan pointer lagi..*wink!..insyallah la,moga dapat berjalan dengan lancar segala esaimen dan final exam nanti.ha,yang aku pelik kali ini ada jugak,tetibe ada kelas aku kat FPK.aneh!..aku rasa janggal jugaklah kelas kat FPK,sebab bagi aku,itu tempat budak akaun.tak layak untuk budak marketing menumpang kasih kat situ..=_=.tak kisah la mana-mana pun,asalkan aku dapat belajar dengan tekun tanpa ada kekacauan jiwa lagi.*perghhh!.=P



hopefully,semoga aku dapat bertahan hingga kepenghujungnya..ingat! belajar kerana Allah.buktikan orang islam pun boleh berjaya.=)..Amin..~



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, February 21, 2012

hati perempuan itu



Pernah juga satu masa,
aku bertanya kepada diri ini,
kenapa perlu aku bersabar?
ye...bersabar..


bersabar dengan kerenahnya,
bersabar dengan egonya,
bersabar dengan anginnya,
bersabar dengan kata-katanya,
bersabar dengan tindakannya.



dalam erti kata iaitu sabar dan syukur.

aku bersyukur atas kerenahnya,
aku bersyukur atas egonya
aku bersyukur  atas anginnya
aku bersyukur  atas kata-katanya
aku bersyukur  atas  tindakannya.


aku belajar mengenali hidup atas dirinya,
aku belajar mengenali dunia persahabatan darinya.



mungkin juga dia terlalu baik untuk aku tinggalkan,
mungkin juga dirinya tak layak untuk aku,
mungkin juga dia mahu memlih yang terbaik.


tapi...
kenapa Allah didik hati aku supaya bersabar dengan semua ini?
kenapa Allah bagi aku kekuatan?
kenapa Allah bagi aku ketabahan?


mungkin juga Allah merancang sesuatu yang hebat,
yang tidak tercapai dek akal fikiranku,
aku hanya hamba yang lemah,
masih juga merangkak mengenali Tuhanku.


Aku mohon pada Allah semoga kekalkan rasa kesabaran ini,
Ini mungkin terbaik untuk diriku dan dirinya,
Siapa tahu kan?
Allah knows the best.!..=)



nota aku:
diukir di pondok Times UUM,
10.15am,21 Februari 2012..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, February 12, 2012

♥♥♥ KETIKA AKHWAT JATUH CINTA♥♥♥

Akhwat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuahr asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian:

Ya Allah… kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…

kabulkan ya Allah…
kerana hati kami teramat lemah…

oh Allah,
kami mohon ampun
atas dosa selama ini

dosa-dosa kami..
andai tak menjalankan perintahMu
andai tak pedulikan NamaMu
andai tenggelam melupakan diriMu

oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..

Allahumma Aamiin
♥♥♥salam cinta

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

pandanglah masalah dari kaca mata hati yang suci

assalamualaikum,

rasa macam nak update skema sket..haha.so,aku dah dapat idea apa yang aku dapat minggu ini.selepas akak aku bertanya.she asked me:

"eh,kamu takda masalah ke dekat UUM,dengan kawan-kawan ke?"

"ha,kenapa?tetibe tanya..?

"sebab kamu jarang bercerita ada masalah dengan siapa-siapa"

ea?..baru aku terfikir,rupanya kalau aku ada masalah dengan kawan-kawan aku tak cakap kat kakak aku ea.ha,selama ini,dia kata aku asyik cerita perkara yang gembira aje.apa yang menarik.

aku fikir lagi.ha,betul jugak.terus aku jawab:

"ada aje,tapi malas nak amek pikir sangat,yang penting bersabar dan bersykur"

act,semua orang akan ada masalah dengan kawan.lagi pulak kawan yang baik dengan kita.tapi,watpe nak amek negatif sangat sebab aku fikir jugak,aku pun bukan sempurna pun,ada aje orang pernah terasa dengan aku.itu aku akuilah.

seramai mana orang suke,sayang aku,aku tetap tau seramai itulah ada orang tak menyukai aku.yeah? ada berani nak ngaku?kahkah~

aku ada aje musuh,aku bukan nak musuh,tapi diorang jadikan aku musuh dia.entah la,tapi aku wat tak tau aje.cume aku doakan,"Allah lembutkan hati dia,dan hilangkan dendam dia pada aku"..itu aje..

aku tau,aku cume perlu bersabar.kadang aku tau,aku pun pernah lukakan hati orang kan?sampai kesudah mungkin dia akan kecik dengan aku.pada aku,aku takkan penat merayu pada Allah,semoga satu hari nanti dia akan tau,aku lah yang dia cari selama ini.

mungkin sekarang,dia sibuk dengan kebahagiaan dirinya,tanpa memikirkan aku lagi.tapi,takpe.aku nak buat apa,mendoakan dari jauh,semoga dia menemui kebahagiaan yang sebenarnya.iatu pada Allah,yang hakiki.

mungkin juga dia sedang melupakan aku,hakikatnya.aku tak pernah lupakan dia.kalaulah dia tau hati ini kan?..kawan aku ada cakap:

"watpe nak amek peduli orang yang dah taknak kawan dengan kau"

ohhh! tidak.selamanya dia kawan aku,aku tau mungkin jugak silap di pihak aku.tapi,kalau aku salah,aku cepat aje nak mintak maaf,itu lagi baik.

alhamdullilah,aku memang tak simpan dendam kat orang.sebab aku tau,itu salah satu ciri manusia yang memiliki hati yang keras.bila hati keras,susah nak terima kebenaran.lembutkan hati ingat Allah,mengaji dan fahami maksudnya,itu yang terbaik.

aku dah janji dengan diri aku,aku dah taknak bergosip,sebab itu tak bermanfaat.dan membuatkan hati kita jauh dari Allah!..kesian kat hati kita tau,ia perlu dijaga.bila hati bersih,automatik kita akan rasa bahagia.

bila masalah datang,banyakkan hitung diri kita.mungkin ini salah kita?..jangan salahkan orang lain..contohnya,laptop aku rosak baru ini.so,aku fikir,mungkin itu balasan Allah untuk aku,banyak buat maksiat,melalaikan,tak reti guna nikmat Allah bagi.

cuba ambil masa 5 minit,perhatikan aib diri kita.jangan asyik salahkan orang.salahkan diri kita.dan belajar dari kisah lampau..itu yang terbaik..

 pandanglah masalah dari kaca mata hati yang suci.=)

okeilah..sekian..~




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, February 5, 2012

cuit-cuit cuti sem..=)

Assalamualaikum,


salam maulidur Rasul..banyakkan berselawat ye semua..=)))

alhamdullilah! ada peluang online.tapi,dah tak guna laptop sendiri.guna notebook adik aku..huhu.apakah daya kan,laptop saya memang dah rosak teruk.

tadi,orang kedai tuh kate,kalo repair pun bawah dari seribu sket.so,decide.taknak beki la.nak beli baru.kan harga laptop pun skang dah tak mahal macam dulu.-dulu..insyallah!  masih dalam proses.

bila aku fikir sedih,memang la sedih.macam-macam dalam laptop tuh ada.diari aku dalam tuh.semua gambar-gambar pun ada..so,aku dah takde soft copy gambar yang paling aku sayang..terutama satu folder tuhhh..T__T..takpelah,Allah tau itu mungkin yang terbaik untuk diriku kan?

u know,cuti-cuti ini banyak sangat aku habiskan masa dengan membaca.aim aku memang buku agamalah..itu aje penawar bagi menjaga hati.Jumaat ini insyallah! aku akan mengikuti kursus ceramah haji.=)..macam-macam aku dapat cuti ini..terutama bersama keluarga..

ada kakak-kakak yang baik.yang boleh nasihat aku kearah agama sket..yang rajin kejut aku suruh pergi masjid.umi aku pun sama.aku rasa,dah takde kakak sebaik kakak-kakak aku.walaupun mereka kadang-kadang suke potpet2..haha!

everything story they all know what happen to me before this..=)..skang,kakak aku ada bagi lagi buku majalah untuk menjadi wanita solehah..she knows me better..=)

kadang-kadang ada jugak,makcik-makcik sekeliling tanya aku:

"nak kawen bila?"

"dah ada calon?"

"nanti kawen nak duduk mana?"

"nak kerja ikut suami ke"

"nak kawen terus ke lepas habis belajar?"

so,what to do??..i not have a right answer for this question..haha~

maybe sampai satu masa,aku tak dapat apa yang aku nak. i will follow the flow.maybe,satu masa aku akan cakap macamnie kat umi:

"sopa taknak pikir apa-apa,umi pilihlah siapa-siapa yang umi berkenan"

hoho.planning itu penting.haha!..tapi,setakat ini dasar umi aku,ikot pilihan hati..ohhhh!!lebiyu lah umi..

aku sayang umi aku,seorang tak cerewet,tak memilih,cool aje setiap mase..eh!!,dah la comel dihati aku...

yang selalu umi pesan:

-cari yang ada agama tak bermakna nak yang ustaz.
-tak garang,hormat perempuan
-keturunan yang baik
-kewangan pun kena ada..eh!!!hihi~
-rupa last sekali..(asalkan berkenan dihati anaknya)

syarat pertama yang ada agama.itu aje dari dulu sampai sekarang tak berubah..umi ikot guideline betol lah.=)

sometimes umi selalu pesan kalau mana part ada kurang dalam tindakan aku,terutama kalo tertido lepas subuh..(opsss!=P)

mesti umi kata:

"macamne nak kawen kalo tido lepas subuh ini?"

"nak jadik isteri orang kena banyak sabar maklumlah kita orang perempuan"

ohh!..umi dah ajar unsur-unsur berumahtangga..umi kata,takkan nak tunggu kawen baru nak ajar semua itu.hakhak~

itu didikan umi saya!!~

macam-macam kalao nak puji kang sampai esok tak habis..hihi.

okeilahhh..sekian..

assalamualaikum wbt..^_^



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, February 3, 2012

kebahagiaan itu ada.=)

assalamualaikum,

skang cuti sem.nak menulis pun macam susah sket.internet takde sangat kat rumah.so,sebab itulah nak menaip susah..@_@

banyak sangat perkara berlaku cuti ini.tak larat nak taip.ujian saya ialah,laptop saya rosak..ini ujian.saya ingatkan diri saya supaya sabar dan syukur dengan setiap apa yang dah berlaku.

cuti kali ini sangat berbeza,sebab kebahagiaan sebenar semakin dekat dihati.=)..lebih baik saya rahsiakan aje ye~~

alhamdullilah Ya Allah!.=)

Jom layan lagu ini..=)


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika

Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah

Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta

Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki

Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



ye,hakikat cinta ada pada-Nya..seringkali kita diuji dengan perasaan kan?tapi,yakin bila berkorban untuk jalan Allah,Allah akan beri sesuatu yang sangat baik.=)

Ya Allah! Kalau aku tak dapat dunia,janganlah aku terlepas diakhirat..^___^..

Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya..Amin..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-