Saturday, February 25, 2012

SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH

Assalamualaikum WBT,

 Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..Maka haruslah aku melepaskanmu, untuk memberi peluang kepada diri kita melengkapkan diri dengan ilmu Allah..
Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..
Maka dengan itu, aku harus menjauhkan dirimu dari segala jenis zina mahu pun maksiat yang mengundang kemurkaan Allah..

Sungguh!
Aku mencintaimu kerana Allah..
Maka itu juga, aku harus menjauhkan dirimu dariku agar cinta antara kita tidak kmelebihi dari cinta kepada Allah..

Dan sesungguhnya,
Jika engkau mencintaiku kerana Allah, jauhilah diriku sebelum tiba masanya..
Janganlah memegangku, bimbinglah diriku dan tetapkanlah hatimu..
InsyaAllah,ada jodoh..kita pasti bersama..;)

SabdaRasulullah S.A.W.
“Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikanbaginya.”
===Riwayat Muslim===

Ya Allah,
Engkau perkuatkanlah mujahadah kami melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan.

Ya Allah,
Engkau titipkanlah kasih syg antara kami dgn keredhaanMu..
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah untukmu..
Maka, Engkau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan cintaMU..

Amin..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

aku HaniAsyira said...

hmmmm.... betul tuh... moga cinta dgn keredhaanNYA

Noraim said...

Akak pernah pesan. jgn mencintai sesama manusia melebihi cinta kpd Allah. Dan sy sentiasa berdoa mcm tu :)

Syarlinah Palibu said...

AllahuAkbar