Wednesday, June 27, 2012

Kasih Ummi & Abi.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sekarang kita umat islam sudah berada di bulan Syaaban.dan seterusnya bakal menempuh bulan Ramadhan.mudah-mudahan tahun ini dapat sekali lagi aku merasai Ramadhan tahun ini.inshallah!...bila ramadhan hampir tiba.make me remember someone..uh! of course my Abi.

Rupanya tahun ini akan masuk ramadhan yang ke-10 tanpa Abi disisi.mungkin ini lebih mengajarku lebih berdikari.walaupun tidak punya ayah lagi.mereka disekeliling ramai tidak menyangka bahawa aku sudah tidak punya Abi lagi.mungkin melalui cara aku dapat menyembunyikan kesedihan..eh! Alhamdullilah.sebab Allah sentiasa dapat menutup kesedihan dari wajahku..selepas solat,masa sapu muka.aku akan berdoa:

"Ya Allah! Hilangkanlah kesedihan dan kegelisahan dari wajahku ini"

Bukankah ini semua berlaku atas izin-Nya.Abi pergi mungkin terlalu awal. kadangkala,aku cemburukan mereka yang masih punya Abi. ya! kerana dapat menjemput dan mengambil dari Universiti..aku? perlu belajar berdikari. takpe,sudah biasa.kebiasaan dari asrama dahulu pun sama.hujung minggu,aku akan nampak ayah kawan-kawan aku datang menziarahi mereka.aku? tiada siapa mahu melawat aku setiap hujung minggu.sebab itu,umi selalu berikan duit belanja dalam jumlah yang banyak..katanya umi.

"nanti takda orang boleh hantarkan duit lagi,ummi jauh"

Allah bagi semuanya lengkap.mungkin Allah menjemput Abi terlalu awal,sebab Allah nak mengajar aku lebih berdikari.aku tak pernah kesali atas pemergian Abi . ya! Abi pergi terlalu awal.depan mata aku,aku melihat Abi menghadapi saat-saat terakhir.sungguh! peristiwa tak dapat aku lupakan sampai sekarang.itu juga sering mengingatkan aku yang mungkin akan pergi satu masa nanti.

Ummi selalu kata,hidup ini tetap kena lalui.walaupun tanpa Abi lagi.kata-kata ummi seringkali menusuk kekalbu..oh! ummi selalu kata,hidup kena diteruskan walaupun kita kehilangan yang orang yang kita sayang.

"ummi lah ayah,ummi lah emak buat masa sekarang,sebab kita dah takda ayah"

Mana mungkin hati ini yang tak tersentuh dengan kata-katanya itu. Ummi seorang insan yang selalu aku sayang.aku teringat suatu malam,masa itu aku duduk kat ruang tamu.sering sahaja ummi menasihatkan aku tentang agama.tapi,malam itu ummi kata tentang kematian.

"entah macamane pengakhiran hidup ummi nanti? umur ummi makin meningkat pulak ini.esok-esok ummi tetap akan pergi"

aku terus berkata:

"doakanlah moga umur panjang dengan penuh ketaatan pada Allah.ummi,mati tak mengira usia tau..entah-entah syafa yang akan pergi dulu dari Ummi'

Masa itu,aku berdua aje dengan ummi.aku rasa sebak pun ada.huhu.takpelah,apa-apa pun,Ummi tetap yang terbaik untukku.sayangnya Ummi.kerana Ummi lah,aku dapat jadik yang sekarang.mungkin berkat doa ummi. mahukan aku menjadik anak yang solehah.sering sahaja aku mohon doa dari Ummi..

"Ummi,Doakanlah Syafa ini terus jadik anak yang solehah.sebab anak solehah dapat bantu Ummi dan Abi untuk dunia dan akhirat"

Bagi aku,kalau aku nak minta anak yang berjaya semata-mata didunia.aku takut tak mampu membawa ummi dan abi kesyurga.kalau anak yang solehah itu lagi bermakna..inshallah!..azamku,ingin sahaja menjadi anak yang akan menjadi asset untuk mereka berdua diakhirat nanti.

Masih kuingat,dalam minggu lepas,tetiba arwah Abi datang kedalam mimpiku.aku seronok sangat bercerita tentang kisah-kisah yang aku lalui. Abi cuma tenang melihatku.tiba-tiba aku terjaga dalam keadaan aku mengigau.terus,aku menangis.Rupanya ,baru aku sedar yang aku berborak dengan orang yang dah lama pergi.sedih sangat.mungkin terlalu rindu.

Walaupun Abi dah takda.tapi,nasihatnya dapat kurasa hingga sekarang.semoga Allah tempatkan Abi ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman...=)




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: