Wednesday, June 20, 2012

Sidia Tercipta Untukku


 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


"terima kasih abang untuk segalanya".

Bisik aku perlahan usai majlis akad nikah tadi.Alhamdullilah,dengan izin-Nya kami disatukan.siapa sangka,kini aku sudah bergelar isteri kepada seseorang yang tak pernah aku sangka.bila dimbas kembali waktu awal  perkenalan membuatkan aku tersenyum sendiri. ya,perhubungan kami tidak seperti pasangan lain.ini kerana,perkenalan kami diatur oleh keluarga.


Betapa bahagianya aku saat ini,tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata.Aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih kerana memberikan aku peluang untuk merasai dikasihi manusia yang telah halal buatku.sungguh! aku terasa sungguh bertuah.siapa sangka,aku yang dulunya sering dilukai oleh cinta lelaki,kini berpeluang merasai saat indah ini.Aku bersyukur kerana kehadiran suamiku kini,menutup segala segala kekecewaan ini.


"sama-sama jugak sayang,terima kasih sebab sudi terima segala kekurangan diri ini"

"abang,kita sama-sama punya kekurangan kan? so,Allah menyatukan kita untuk saling melengkapi."


Ya! Aku yakin bahawa,suamiku ialah pelengkap hidupku.yang diberi Allah untuk diri ini.Terima Kasih Allah atas cinta ini. semoga jalan pernikahan yang baru terikat kini,mampu membuatkan aku untuk lebih mengenali cinta Allah.

"dan aku berjanji untuk menyintainya dengan cara sempurna dan insyallah ingin sekali aku menjadi bidadari untuk dirinya didunia dan diakhirat sana- Bisik hatiku kecilku..


mungkin juga aku sendiri sulit untuk menerima suamiku pada awalnya.yelah,mana mungkin aku dapat menerimanya sedangkan kami tidak pernah bertemu.macam aku katakan tadi,pernikahan kami adalah perancangan keluarga.memandangkan ini permintaan ibu.so,aku memilih untuk menunaikan solat istikharah,mohon petunjuk. mohon pada Allah adalah jalan terbaik. 3 malam berturut-turut aku melakukan solat istikharah.mohon keredhaan Allah. aku memilih untuk istikharah sebelum aku menatap gambar bakal suami aku itu.gambar itu masih dalam simpanan ibu.aku belum bersedia untuk menatap wajahnya lagi.

ini adalah hiasan semata-mata..hahaha~
dan akhirnya,selepas aku beristikharah.aku merasakan ketenangan yang amat luar biasa.sehinggalah aku bersedia untuk menatap gambar bakal suamiku itu.Subhanallah! Tatkala diri ini melihat wajahnya walaupun hanya digambar.sungguh menenangkan hati walaupun ada sedikit berdebar-debar.ya! kerana aku tahu dialah bakal suamiku nanti.aku bersetuju walaupun agak malu-malu dengan ibu..haha.dan selepas perbincangan keluarga dibuat.majilis berjalan lancar.mudah bukan peraturan Allah untuk jalan yang halal?



Atas cerita ibu aku yakin dia adalah yang terbaik buatku.ibu kata,dia seorang anak yang baik,yang patuh pada Allah terutamanya.seterusnya pada keluarga.sebab itu ibu boleh tertarik untuk satukan aku dengan dirinya.ibu kata,sidia juga gemar solat berjemaah dan berqiamulail.oh! Satu bonus untuk diriku ini.bukankah lagi indah dapat berqiamulail bersama-sama.dapat saling membuatkan aku dapat gapai lagi redha Allah bersamanya.Dan kini,aku doakan semoga pernikahan kami ini dapat menyumbang kepada islam.ya! untuk melahirkan generasi islam yang berkualiti yang dituntut agama.Amin.



nota aku:
ini cerita rekaan..haha~tapi,macam betul jer plak.sebenarnya,ini banyak kombinasi dari cerita orang sekeliling.so,aku satukan dalam sebuah cerpen ini.~


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

reenapple said...

jauh mengelamun... hehehe.


semoga awak ketemu dia.. =)

Nurrul said...

hmm , suami isteri memang saling melengkapi :>

Noraim said...

laaa ingay kisah akak dah. huhu.

pstt, akak mmg dlm list sy nak jumpa! ;)

kay_are said...

bace bace bace.. ingat betul2.. baru nak ucap congratz.. bertuah dapat jodoh camtu.. tapi.. aku simpan dulu r ucapan2 aku tu.. grr