Tuesday, April 23, 2013

Beza


Assalamualaikum wbt,

Actually, aku banyak sangat perbezaan dengan dia,
Aku banyak cakap, dia cakap sket.
Aku suka pot-pet, dia dengar aje,
Aku tak suka tengok tv, dia suka tengok tv.. (@_@)
Dia suka dengan zikir, aku suka dengar dikir..ehh! tipu ini.haha.
Yang pasti, dia sangat punctual, aku aje tak.. T.T..
Dia giler gajet, aku tak giler gajet.hehe.
Aku suka membazir duit, dia suka simpan duit..
Aku selalu tak pikir panjang, dia suka pikir panjang..=)
Aku suka gelak kuat-kuat, dia hanya senyum aje.

Kadangkala aku fikir, banyak hikmah jugak aku bertunang dengan mamat ni..ehh! =P
Tak lama dah nak kawenn…
Tinggal 31 hari lagi..wee~
Moga Allah mudahkan semuanya..Ameen.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 21, 2013

you are not dreaming now

assalamualaikum wbt,

semalam kad kahwin dah siap.. Alhamdullilah. Penantian berakhir..Tapi, macam tak percaya pulak yang kad kahwin tuh tertera nama aku..semua adik beradik aku gelak-gelak.. macam rasa, baru aje zaman kecik-kecik sama-sama..ehh! ..hee. tak tahu kenapa, sekejap aku macam tak kesah, sekejap aku macam eksaited. hakikatnya, makin lama, aku rasa macam tak sabar nak habiskan persiapan.. terutama persiapan bilik.. T.T.. seriously, malas giler nak kemas.. T.T

adik saya yang sedang masukkan kad dalam sampul..

lepas itu, mesej my BFF, haziqah. tell her that i masih tak cayeee yang kat kad itu ada nama aku ! so, she replied,

"come on babe, you are not dreaming now".

so, adik , kakak aku tolong lipatkan kad masuk dalam sampul. ( aku hanya tukang tengok sebab aku tak reti lipat..ehh!) insyallah, 500 keping kad bakal diedarkan..insyallah dalam minggu ini aku nak pos untuk kawan-kawan.untuk yang terdekat umi kata akan edarkan maybe akhir bulan ini ataupun lepas mengundi..=)

untuk kawan-kawan yang sedang baca ini, 
sila PM alamat dan nama penuh kat saya..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, April 20, 2013

salah paham

assalamulaikum,

salah faham sering terjadi.
apabila hilangnya sikap saling memahami,
tak kira dengan siapa.
dengan orang sekeliling pun akan ada terjadi.
sekian
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, April 19, 2013

kemas

assalamualaikum,

mahu buat kenduri bukan senang,
kena kemas rumah.
kena alih barang..T.T
tukar itu ini..
gotong -royong sama-sama

semuanya kerana nak sambut orang baru masuk umah.
terima kasih adik beradik yang sudi tolong kemas rumah.
aku ini aje yang pandai mengarah..haha...

sekian..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, April 18, 2013

Belek Diari

Assalamualaikum wbt.

Ada satu malam tuh, masa aku balik rumah kat Dungun bulan lepas. Aku belek diari aku yang tahun 2007.waktu itu, aku masih di Tingkatan 5. heee. aku boleh tulis kat sini, tapi aku tapis jugak la eh..hee.

yang bertarikh 13 Januari yang tertulis begini.

" hari ini, aku nampak dia. lalu depan kelas aku. tapi, tetibe aku rasa jantung aku berdegup kencang. adakah aku mulai jatuh cinta pada dia? oh!! no.no.no..

Bila baca benda ini sekarang, rasa nak menangis, terharu bagai..ehh!. sebab sidia tuh it my fiancee now..opsss! pecah rahsia satu sekolah..kehkeh.but for me, semua dah berubah. aku pun makin besar, dia makin sihat.ehh! =P

pendek cerita, aku pernah jugak la rapat dengan tunang aku ini zaman sekolah. bestfriends jugak la. pernah dia cerita pasal awek-awek dia, aku cerita tentang pakwe aku. alah,zaman sekolah kan? huhu. so, perangai dia yang serius tuh,aku boleh katakan yang itu tetap sama.hihi

Kuasa Allah,kalau Allah kata dia milik kiter, sidia tetap akan kembali.
akan ada cara menyatukan kita..=)



Permudahkan Jalan kami Ya Allah!.Amin.Mohon doa kalian juga.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, April 17, 2013

Tak Dengar kata

assalamualaikum wbt,

Pernahkan kita selami perasaan seorang ibu
anak yang dibelai, disayangi. 
tiba-tiba menjadi anak yang tak dengar kata.=_="

kecewa kan hati ibu ini?
sampai makannya tak selera..
kesian ibu itu.





i have my lovely mother.. i called "UMMI"
Hopefully i will be "Anak Solehah" walapun i will getting MARRIED .
i hope, my husband will bring me always ke rumah ummi..ehhh=))

Ingat! 
Jagalah kata-kata , jangan sampai ia mengguris perasaan ibumu!



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Rilek La..

assalamualaikum wbt,

aku selalu susah nak care perasaan orang.huhu.tak tahu kenapa.mungkin bagi aku, tak perlu nak caring lebih-lebih. nanti orang rimas. huhu. aku tak reti kot nak report bagai kat encik tunang aku apa yang aku buat, dimana aku pergi. bagi aku,mungkin dia tak kesah.

semalam, lepas balik kerja, aku pergi Pantai kelulut, makan ikan bakar ,kerang bakar,minum air kelapa. hehe.. sebabnya, aku nak teman housemate aku,Anah hantar kereta dia kat rumah, then,kami akan ikot Alia and her BF untuk balik kerumah sewa.. kiranya, semalam kami  pergi dengan 2 buah kereta dan balik dengan 1 kereta. dan BF Alia akan drive pulak.

masa tengah makan kat Pantai Kelulut, tetibe mereka tanya aku:

"syafa tak bagitahu tunang ke datang sini?"
"tak.bukan dia kesah pun. cuma saya SMS adik aje bagitau datang Marang ini"
" yela.at least awak bagitahu dia jugak.mesej ke sepatah"
"hmm..takpelah. dia x kesahla awak"

Lepas makan semua pergi rumah Anah, solat , makan lagi.ehh. then, drive untuk pulang ke Kerteh. Kebetulan pulak, on call dengan encik tunang. ( bincang tentang kawen coz mak dia ada datang rumah petang semalam)..mulanya macam okey aje.tetibe encik tunang kata:

"ada kat mana ni?"
"kat paka da on da way balik dari Marang"
"watpe g marang?"
"anta keta kawan"

pastu okey aje, tetibe si BF Alia bercakap dengan Alia kat depan. Mungkin, dia terdengar kot suara lelaki kan.huhu.

"eh, ada lelaki ke?"
"yela, kan anta keta kawan.pastu, balik dengan keta kawan. BF dia drive"

Aku terdengar dia mengucap panjang.

" awak marah?"
" tak marah"
"pastu, kenapa macam marah?"
"yela, at least beritahu la naik kereta dengan lelaki."
"maaf lah.tak mesej." (aku dah pelik)..huhu..
"hmm.takpelah. kalau awak beritahu pun sebelum pergi.saya takkan beri awak pergi"
"alahaiii.sori. nak wat camane. menda dah jadik.saya tolong teman kawan kan?"
"yela.yela. malam ini saya nak g KL..bla...bla...bla...."

Then, wish selamat pergi lah. sebab dia ada ceramah kat KL sane. dia pergi satu hari, malam ini balik. then, aku tetibe rasa rindu.ehh! padahal, macam lah duk satu rumah..hee.yang aku pelik, kenapa dia tak baginya ek?



owh! mungkin dia tak suka aku naik kereta dengan lelaki lain.. @-@.baru aku sedar, rupanya ada orang care kita sebenarnya.tapi,aku tak sangka kot. Encik Tunang begitu.aku bukan ape kan. aku taknak la gedik mengada-ngada report kat encik tunang bagai apa yang aku buat, pergi..huhu.dah perangai aku memang macamnie. 



baru aku terfikir bahawa aku sebenarnya, tak macam gaya orang nak nikah.haha. semua orang pelik..=_=" .. satu hari officemate kata:

"tak macam orang nak kawen pun syafa ni?"
"laa..rilek ar, dah tuh nak kena buat ape? "
"yela, biasa orang neves bagai"
"takdala..bese aje..hehe"

lepas tuh, aku ada cerita kat encik tunang..tentang kita yang rilek tak macam orang kawen..@_@.

"orang kata, saya ini tak macam orang nak kawen pun.kite kena buat apa sebenarnya?"
"laa.dah tuh,takkan nak kena jerit sana-sini cakap "aku nak kawen.aku nak kawen ke?"
"hahaha"
"takpe, kita rilek aje ehhh.jangan pening-pening"

so, aku wat rilek aje la..macam orang takda perasaan..haha~sekian.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 14, 2013

Hadiah Lukisan



Assalamualaikum wbt,
Lukisan ini dilukis oleh adik saya. hehe.hadiah untuk kami.ehh! tetibe macam menjadik aje yang potret encik tunang tuh. tak sangka kan, Allah bagi jugak orang yang berspek mata...=)
Imej encik tunang lebih kurang macam tuh la.=P


Insyallah! Hingga ke syurga..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, April 11, 2013

Kawan TAK bertudung

assalamualaikum wbt,

kalau korang nak tahu, setiap khamis.mesti ada sesi tazkirah di department aku. so, macam biasa.aku memang suka lah hari khamis..hehe..kerana disitu akan timbul suara aku.haha.kalau nak harap hari biasa, aku macam senyap aje. aku malu sket..cehhh!.

so,pagi ini staff kata, giliran aku untuk bagi tazkirah.so,aku google mana yang sempat. terjumpa tentang spektrum warna alam dengan kualiti solat berserta tenaga yang hadir pada badan kita.Alhamdullilah.selesai dengan selamat. aku rindu kot nak jadi penyampai tazkirah. huhu.. walaupun aku ini jahil jugak. yela, suka berkongsi mana ada. disamping untuk peringatan diri ini jugak.=)

lagi satu, kali ini aku dapat kawan baru.tapi, dia free hair. dan hari-hari aku doakan dia supaya satu hari nanti dia bertudung. aku rasa dia sangat baik. sebab masa tazkirah, dia selalu memberi pandangan atas apa yang dibincangkan.teringin jugak nak tengok dia bertudung sebelum aku mengakhiri zaman praktikum.insyallah.doakan sama ea.

sehinggalah aku terbaca sesuatu dari SINI. mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia tak bertudung.dia seorang yang menjaga solatnya.itu yang aku kagum. dan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertudung.Ameen.





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Buka Kisah Baru.

assalamualaikum wbt.

hyeeee.lama kot tak update belog kesayangan!huhu.. maklumlah, busy..busy bakal pengantin..wee~
alhamdullilah... checklist untuk prosedur kawen.

hari tu masa 31 march, dah anta segala dokumen bagai kat pejabat agama dungun. cuma tunggu surat kebenaran nikah aje.insyallah siap pada 17 April .sebenarnya, aku pergi dengan encik tunang.aku siap mitak cuti kerja lagi.hihi. ditemani adik aku ,adibah. huhu.encik tunang ajak pergi sekali supaya dimudahkan urusan.sebab dia kan dah kerja pejabat agama kemaman.so, ada link la dengan pejabat agama dungun ni. member-member dia aje semua..Alhamdullilah.dimudahkan.. cuma bayaran RM5 kena bayaran untuk surat kebenaran nikah diproses.

aku serahkan surat permohonan nikah (cerewet giler isi),salinan ic aku, tunang, ic wali, ic saksi 2 orang, surat akuan bujang (yang aku amek dengan JKKK), dan juga salinan surat mati wali mujbir. (aku kan takda ayah..T.T), then, aku bagi jugak salinan surat beranak abang aku, (bukti seibu sebapa) dan jugak gambar ukuran passport aku dan encik tunang.

yang aku malu masa itu. ada sesetengah kawan opis tuh, dah kenal aku..takpelah, at least nampak dia serius kenalkan aku dengan kawan-kawan dia.so, finished bab tuh. then, sekarang design kad kahwin dah siap. Alhamdullilah! semua ditaja khas..ehh! dan jugak rezeki datang melimpah-limpah...=) tak sangka kan. insyallah! penambahan tetamu akan diadakan hingga 1000 orang, semua katering settle, doorgift aku tempah dengan Aisyhana Cookies . dah wat bayaran deposit Rm100. then, dia akan sampai 2 hari sebelum majlis.insyallah!...aku nak mudah aje, malas nak packing-packing dah. aku kan busy dengan praktikum sekarang..=)

tentang kad kahwin, aku anggarkan dalam bulan ini aku akan pos pada kawan-kawan.insyallah!. ( andai kawan saya ada baca sila PM alamat eh kat Fb or kat sini )..nak jugak create event kat Fb, insyallah awal bulan 5 nanti.

then, untuk persiapan rohani cuba aku tingkatkan bangun seawal jam 5 pagi...dan segala amalan lain.insyallah!.. dan aku ada jugak wat Facial Treatment.. cehhh! ..hihi..muka dah ada Vitamin dengan kologen.. (aku pun tak paham tetibe semangat datang untuk cantik..ngeee)... nanti insyallah seminggu sebelum nikah or dekat-dekat nak nikah nak g SPA la.. mandi susu, lulur ke, sauna dan bergantung kepada bajet jugeee..haha.pastu, taknak jumpa encik tunang dah. nanti tak rasa nikmat nikah..ehhh ( @_@) ... yela, kan darah kita sama-sama manis..hihi.

aku rasa syukur sangat dapat encik tunang.
takda nak ambil tahu 24 jam tentang aku.
takda nak jeles bagai.( tak tahulah dalam diam) hihi.

satu aje rahsia nak jaga hubungan dalam bertunang ialah rapatkan hubungan dengan Allah. kurangkan komunikasi dengan tunang.=)

Walaupun hati merinduuuuu, tapi kita sandarkan pada Allah. kerana DIA yang melahirkan rasa rindu ini. =)

Tak perlu ungkap,
Tak perlu lafaz,
Aku menunggu saat kau ungkapkan.

"Aku terima nikahnya ............"

Satu hari itu, aku tanya dia.

" awak, nanti saya nikah dengan awak kena pakai jilbab ke.yela,awak kan imam masjid saya ini macam nie je.? "
"takdelah, cuma pakai yang elok-elok sketlah"

"cuba tengok tudung saya ini, okey ke awak?"
"haaa, okeylah ini"
"entah betol entah tak. tapi kan awak nanti dah nikah ,awak belanja saya tudung labuh-labuh eh"..hehe..~

but, still rasa macam kurang. huhu. takpelah, dia kata asalkan menutup aurat. takdelah sampai aku kena berjubah , berjilbab semua. apa yang ada aku sekarang, dia dah kata okey.mudahanlah.


Pernah sekali aku bertanya.

" saya takda ilmu agama tinggi macam awak. ada ijazah pun, ijazah dunia.takpe ke awak , bakal isteri awak macam nie aje" - tetibe rasa sebak..ehh! T.T

"alaaa, takpe aje awak ni"

" nanti ajar kite eh.. saya ini jahil agama jugak.takde tahu semua."

"ye, insyallah!..jangan risau eh".....

Apa-apapun yang aku harapkan redha Allah.
Pernikahan itu satu perjanjian yang berat. satu amanah.
Moga dengan dia disisi, dapat membimbing aku kejalan Allah.
Terima Kasih Allah!
Kerana menemukan kami kembali..(^__^)

aku juga punya kisah tersendiri,
kau juga punya kisah tersendiri,
kita buang kisah lama kita,
kita buka kisah baru.
ye! KISAH KITA ..=)

Mohon sakinah, mawaddah warahmah menyinari alam pernikahan kami.
Moga dia terbaik.
Pelengkap hidup terbaik.

Permudahkan Ya Allah!..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, April 5, 2013

Doakan kami

Assalamualaikum wbt,


Mudahan dia terbaik,pelengkap hidup terbaik.
Itu doaku.
Berusaha semampu mungkin menjadi yang terbaik.
Berusaha semampu mungkin menjadi penyejuk matanya.



Doakan kami!



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, April 1, 2013

Hati Terguris

Assalamualaikum wbt,

kadangkala, kita dah rasa kita ini baik. tanpa kita sedar telah mengguris hati orang.
Jaga kata-kata,
jangan sampai ada manusia membenci kita kerana percakapan kita.

semua manusia melakukan kesilapan.
Tetapi,
kesilapan terbesar melukai hati ibu kita.

Sedarlah wahai anak.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-