Thursday, April 11, 2013

Buka Kisah Baru.

assalamualaikum wbt.

hyeeee.lama kot tak update belog kesayangan!huhu.. maklumlah, busy..busy bakal pengantin..wee~
alhamdullilah... checklist untuk prosedur kawen.

hari tu masa 31 march, dah anta segala dokumen bagai kat pejabat agama dungun. cuma tunggu surat kebenaran nikah aje.insyallah siap pada 17 April .sebenarnya, aku pergi dengan encik tunang.aku siap mitak cuti kerja lagi.hihi. ditemani adik aku ,adibah. huhu.encik tunang ajak pergi sekali supaya dimudahkan urusan.sebab dia kan dah kerja pejabat agama kemaman.so, ada link la dengan pejabat agama dungun ni. member-member dia aje semua..Alhamdullilah.dimudahkan.. cuma bayaran RM5 kena bayaran untuk surat kebenaran nikah diproses.

aku serahkan surat permohonan nikah (cerewet giler isi),salinan ic aku, tunang, ic wali, ic saksi 2 orang, surat akuan bujang (yang aku amek dengan JKKK), dan juga salinan surat mati wali mujbir. (aku kan takda ayah..T.T), then, aku bagi jugak salinan surat beranak abang aku, (bukti seibu sebapa) dan jugak gambar ukuran passport aku dan encik tunang.

yang aku malu masa itu. ada sesetengah kawan opis tuh, dah kenal aku..takpelah, at least nampak dia serius kenalkan aku dengan kawan-kawan dia.so, finished bab tuh. then, sekarang design kad kahwin dah siap. Alhamdullilah! semua ditaja khas..ehh! dan jugak rezeki datang melimpah-limpah...=) tak sangka kan. insyallah! penambahan tetamu akan diadakan hingga 1000 orang, semua katering settle, doorgift aku tempah dengan Aisyhana Cookies . dah wat bayaran deposit Rm100. then, dia akan sampai 2 hari sebelum majlis.insyallah!...aku nak mudah aje, malas nak packing-packing dah. aku kan busy dengan praktikum sekarang..=)

tentang kad kahwin, aku anggarkan dalam bulan ini aku akan pos pada kawan-kawan.insyallah!. ( andai kawan saya ada baca sila PM alamat eh kat Fb or kat sini )..nak jugak create event kat Fb, insyallah awal bulan 5 nanti.

then, untuk persiapan rohani cuba aku tingkatkan bangun seawal jam 5 pagi...dan segala amalan lain.insyallah!.. dan aku ada jugak wat Facial Treatment.. cehhh! ..hihi..muka dah ada Vitamin dengan kologen.. (aku pun tak paham tetibe semangat datang untuk cantik..ngeee)... nanti insyallah seminggu sebelum nikah or dekat-dekat nak nikah nak g SPA la.. mandi susu, lulur ke, sauna dan bergantung kepada bajet jugeee..haha.pastu, taknak jumpa encik tunang dah. nanti tak rasa nikmat nikah..ehhh ( @_@) ... yela, kan darah kita sama-sama manis..hihi.

aku rasa syukur sangat dapat encik tunang.
takda nak ambil tahu 24 jam tentang aku.
takda nak jeles bagai.( tak tahulah dalam diam) hihi.

satu aje rahsia nak jaga hubungan dalam bertunang ialah rapatkan hubungan dengan Allah. kurangkan komunikasi dengan tunang.=)

Walaupun hati merinduuuuu, tapi kita sandarkan pada Allah. kerana DIA yang melahirkan rasa rindu ini. =)

Tak perlu ungkap,
Tak perlu lafaz,
Aku menunggu saat kau ungkapkan.

"Aku terima nikahnya ............"

Satu hari itu, aku tanya dia.

" awak, nanti saya nikah dengan awak kena pakai jilbab ke.yela,awak kan imam masjid saya ini macam nie je.? "
"takdelah, cuma pakai yang elok-elok sketlah"

"cuba tengok tudung saya ini, okey ke awak?"
"haaa, okeylah ini"
"entah betol entah tak. tapi kan awak nanti dah nikah ,awak belanja saya tudung labuh-labuh eh"..hehe..~

but, still rasa macam kurang. huhu. takpelah, dia kata asalkan menutup aurat. takdelah sampai aku kena berjubah , berjilbab semua. apa yang ada aku sekarang, dia dah kata okey.mudahanlah.


Pernah sekali aku bertanya.

" saya takda ilmu agama tinggi macam awak. ada ijazah pun, ijazah dunia.takpe ke awak , bakal isteri awak macam nie aje" - tetibe rasa sebak..ehh! T.T

"alaaa, takpe aje awak ni"

" nanti ajar kite eh.. saya ini jahil agama jugak.takde tahu semua."

"ye, insyallah!..jangan risau eh".....

Apa-apapun yang aku harapkan redha Allah.
Pernikahan itu satu perjanjian yang berat. satu amanah.
Moga dengan dia disisi, dapat membimbing aku kejalan Allah.
Terima Kasih Allah!
Kerana menemukan kami kembali..(^__^)

aku juga punya kisah tersendiri,
kau juga punya kisah tersendiri,
kita buang kisah lama kita,
kita buka kisah baru.
ye! KISAH KITA ..=)

Mohon sakinah, mawaddah warahmah menyinari alam pernikahan kami.
Moga dia terbaik.
Pelengkap hidup terbaik.

Permudahkan Ya Allah!..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

reenapple said...

Saya senyum je baca ini. Huhuhu. Saya nak juga kad kahwin tu. Nak simpan buat kenangan. Eheheheeh,. Nanti awak SMS saya mintak alamat ei. =)

#Doakan yang terbaik untuk awak. =)

Layyinul Harir said...

hehe..ramai nye nak wat kenangan kad kahwin saya..hehe

ok2.nti kad siap sy SMS awak k.

tq ats doa awak..=)

Ameen