Monday, October 24, 2011

kisah si N bersama si A & si B

cukuplah aku gunakan nama perempuan itu..N..okei..macamnie,dalam hidup si N ini hadir 2 lelaki tau yang nak kat si N.so,dua-dua orang dia baik.tapi,yang menjadi masalahnya,dia pun suka dua lelaki ini.so,antara 2 lelaki A dan B ini,kira masing-masing bersaing secara sihat la kan.eh!!..

tapi,yang selalu ada dengan N,yang A.sebab lelaki B ini usaha secara dalam diam untuk memikat hati perempuan itu.so,sebab macam dah makin rumit aje kan macam nak buat pilihan.yelah,masing-masing tetap nak pertahankan hak untuk memiliki hati perempuan itu..satu malam tuh,si N mengajak temannya perempuan untuk temankan dia jumpa lelaki A dan B ini di satu tempat terbuka.eh!!perempuan itu mulakan bicaranya..

"pertama kali saya mintak maaf sangat sebab susahkan korang datang kemari.so,sekarang seperti yang kita saling faham,saya nak buat keputusan yang adil kot saya rasa.bagi saya,saya akan terima siapa yang lebih dulu datang lamar saya melalui ibu saya"




then,lelaki A ini terus angguk-angguk tanda setuju.sama jugak dengan lelaki B.so,lepas pertemuan malam tuh.rupanya lelaki B yang mulakan dulu contact dengan ibu si N itu.alhamdullilah disambut baik,nanti pertunangan diorang akan berlangsung masa cuti raya qurban nanti.insyallah!yang sedihnya ialah lelaki si A..sebab lambat sangat bertindak kan.huhu.kesian dia,macam tak leh terima hakikat aje.yelah,selalunya,dia yang bersama dengan si N ini..takpelah,mungkin takde jodoh diorang kan.mungkin si A akan jumpa lagi baik dari si N.

perjalanan untuk jodoh itu sangat unik kan.walaupun,adakalanya ada jiwa yang merana kan?andai itu kisahnya si N dan si A dan si B.aku doakan dia bahagia dengan bakal tunangnya.

nota aku:
Jika ALLAH sudah TAKDIRKAN sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan DAPAT jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita TIDAK AKAN DAPAT..
p/s:
mesti ada orang datang jumpa aku tanya,siapakah si N itu..haha!!!..aku akan jawab "rahsia"..bagi menjaga nama baik diorang..eh!!okei..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

Kathy Tuah said...

mmg unik perjalanan jodoh dorang ni..apa2 pun semoga dorang kekal sampai bila2..amin..

bunga said...

betul..tapi lau bunga pun bunga buat keputusan cam N tu..:)