Assalamualaikum WBT,
 Sungguh!
Aku 
mencintaimu kerana Allah..
Maka haruslah aku melepaskanmu, untuk 
memberi peluang kepada diri kita melengkapkan diri dengan ilmu Allah..
 Sungguh! 
 Aku mencintaimu kerana Allah..
 Maka dengan itu, 
aku harus menjauhkan dirimu dari segala jenis zina mahu pun maksiat yang
 mengundang kemurkaan Allah..
 
 Sungguh!
 Aku mencintaimu 
kerana Allah..
 Maka itu juga, aku harus menjauhkan dirimu dariku 
agar cinta antara kita tidak kmelebihi dari cinta kepada Allah..
 
 
Dan sesungguhnya,
 Jika engkau mencintaiku kerana Allah, jauhilah 
diriku sebelum tiba masanya..
 Janganlah memegangku, bimbinglah 
diriku dan tetapkanlah hatimu..
 InsyaAllah,ada jodoh..kita pasti 
bersama..;)
 
 SabdaRasulullah S.A.W.
  “Demi Allah yang jiwaku
 ini ditanganNya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi 
seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah 
kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia 
berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan 
dia bersabar bererti kebaikanbaginya.”
 ===Riwayat Muslim===
 
 Ya Allah,
 Engkau perkuatkanlah mujahadah kami melawan hawa nafsu 
yang sentiasa membawa kepada kejahatan.
 
 Ya Allah,
 Engkau 
titipkanlah kasih syg antara kami dgn keredhaanMu..
 Sesungguhnya 
setiap inci hidup kami adalah untukmu..
 Maka, Engkau jalinkanlah 
cinta itu demi mengharapkan cintaMU..
 
 Amin..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-
 
3 comments:
hmmmm.... betul tuh... moga cinta dgn keredhaanNYA
Akak pernah pesan. jgn mencintai sesama manusia melebihi cinta kpd Allah. Dan sy sentiasa berdoa mcm tu :)
AllahuAkbar
Post a Comment