Monday, July 30, 2012

#Menu Berbuka 1


Assalamualaikum wbt,

gambar ini paling atas..hehe

takpe ke nak cerita kenangan berbuka puasa pada 27 Julai 2012? eh!.boleh la erk,entry personal kali ini..haha..alhamdullilah,ketika hari ketujuh kita berpuasa,aku dan kawan-kawan kat UUM ini, pergi ke Kuala Perlis untuk berbuka puasa..so,kami decide untuk makan kat Restoran LizaMat..Fyi,ini kali kedua aku pergi kesini..so, apa lagi. mula-mula pergi tempah makan dulu.then,drive pergi snap picture tepi laut sementara tunggu azan.pastu,solat kat Masjid AL-Husain.


so,memang dah spare kurma siap-siap (nida yang bawak),sebab nanti kalau tak solat dulu,konpem lewat Maghrib nanti..kebetulan pulak,kat masjid ini ada majlis berbuka puasa. pastuuu kan,pakcik-makcik masjid ini ajak kami berbuka kat sini sekali..haha.disebabkan makanan dah order kat sana.kami still raikan jemputan diorang dengan makan bubur lambok dan karipap (semangkuk dan kongsi) untuk alas perut dulu..hihi.


then, lepas solat semua dalam pukul 8pm,kitaorang patah balik ke Restoran Lizamat,Kuala Perlis..okeyyy sangat makanan kat sana..siap bagi pakej, 3 jenih kuih+ kurma untuk buka puasa.haa, makanan kitaorang order ikan 3 rasa, sotong celup tepung,kerang,tomyam,kailan ikan masin..hihi.semuanya kami berlima dapat habiskan..yeayy! syukur atas nikmat Allah beri.



kat sini angin kuat-kuat bertiup..perghhhh!=_=..rasa macam nak terbang-terbang aje..eh!!=)

thanks kawan-kawan.=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, July 28, 2012

Jauh Itu Dekat


Assalamualaikum wbt,


aku merinduimu,meski aku tahu kau takkan pernah tahu bahawa dirimu menjadi kerinduanku.
mengingatkan perkara yang lalu,membuatkan aku takut.ye, takut untuk memulakan kembali.


bila difikirkan kembali,jarak antara kau dan aku begitu jauh.ye, sangat jauh.
mana mungkin akan ada pertemuan antara kau dan aku..
sungguh! mustahil.
biarlah ini semua bersatu dalam doa.
Itu pun jika Allah menghendaki.
aku harap kau juga mendoakan sesuatu yang sama seperti doaku.


kadangkala air mata ini gugur juga, mengenangkan perkara ini. entah sampai bila akan berterusan begini?
Ya Allah! Ajarkanlah aku erti redha atas perasaan ini..=D


Nota aku:
julung-julung kali khas untuk seseorang..ngrrr..(@_@)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Pergaulan Bebas di Laut


Assalamualaikum wbt,


Terasa berat mahu meluahkan.terasa kelu lidah untuk bersuara.ya! mungkin ini kelemahan aku juga sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina ini.

kebetulan tadi, aku ada terlihat gambar "tagged" di Facebook salah seorang kenalanku . mungkin juga dihatinya seronok kerana menghadiri program, bersama teman-teman. hingga berlakunya pencampuran antara lelaki dan perempuan.okey,itu no wonder lah kan.aku pun pernah join.=_=





tapi,hatiku sendiri terasa kurang gemar ialah mengenai aktiviti yang bermain dalam air tak kesah la kolam-sungai-pantai-laut-air terjun-pulau..heyyy,boleh ke main rendam-rendam dalam air, percampuran bebas sebegitu? yang wanita, bukankah baju itu melekat-ketat-sendat dibadan kalau air membasihi bajumu itu.Astagfirullahalazim.


kerap kali program dimana-mana sebegini berlaku.aku tak tahu kenapa tiada yang berani bersuara..bukankah keadaan basah kuyup itu bakal menaikkan ghairah lelaki? *opsss! maaf kalau silap.tapi,itu yang aku tahu lah.

.

sebesar-besar pantai/laut itu, apasal berendam ditempat yang sama? aisyhhh!..sedih jugak,tapi apakah daya.aku ini siapa kan?huhu..menulis disini sahajalah aku mampu.Ya Allah ! Sampaikanlah mesej dari hatiku ini,dari aku insan yang tiada daya ini.

okey.okey.mungkin ada cadangan lain untuk program selepas ini,yang dapat menjaga batas-batas dalam air..ehh! entah...aihh..(@_@)





kadangkala, hatiku menangis sendiri memikirkan kita umat akhir zaman.ya! akhir zaman..yang masih terkejar-kejar keseronokkan dunia.tanpa mengambil kira halal dan haramnya.entah bila akan berakhir?...

ayuh kita renungkan!
bekalan akhirat sana,sudah banyak ke? ataupun dihati penuh lagi dengan kelalaian dek dunia yang sementara ini.


kadangkala,aku juga dalam golongan yang lalai itu,aku juga pernah menjadi sebahagian dari mereka jugak.
itulah aku yang bernama manusia, imannya ada naik dan turun..Ya Allah! Bantulah aku,untuk sentiasa mengingati-Mu dalam seluruh perbuatanku.

Ya Allah ! Berikan aku dengan pengakhiran hidup yang terbaik dengan dapat menyebut nama-Mu...Amin..

nota aku:
eleh,mesti orang kata aku kolot kan? Tepuk dada,tanyalah Iman..(^__^)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, July 27, 2012

Kembali rapatkan diri pada-Nya.


Assalamualaikum wbt

,

hari ini (26/7/2012) result dah keluar!!.bagi student UUM semuanya mesti macam cuak-cuak nak check result.aku pun sama..huhu..Alhamdullilah! keputusan semakin meningkat..(^___^)..*sujud syukur pada-Mu..

almaklumlah,aku masih di UUM lagi,so lepas check result, terus ambil telefon, nak kol Ummi.ekeke~ sambil tangan sejuk-sejuk seram.entah mengapa.

aku:ummi! result dah keluar.dapat 3.++++ aje.alhamdullilah.
ummi: ya Allah! Alhamdullilah! next sem bagi naik lagi yerrr.
aku:insyallah!.are you happy about my result?
ummi: happy, but if you get 4 flat, i'll be more happy..haha.



walaupun ada sasaran tak tercapai, tapi aku dah syukur sangat! sebab dengan izin Allah dapat naik sampai kesekarang..i did not expected for my result like this..nak senyum sampai ketelinga boleh?=_=.. sebenarnya kan,rahsia hidup ini mudah, kembali rapatkan diri pada-Nya, kembali mendekati-Nya, DIA akan membantu dari atas bawah,depan,belakang,dan dari semua arah.



Yakinlah bahawa cinta Allah dan Rasulullah membuatkan kita akan cemerlang dunia & akhirat.mudah bukan? jangan henti berqiamulail,amalkan tahajjud,witir sebelum tidur ( paling kurang sekali seminggu). solat sunat dhuha,solat hajat, bacaan yassin setiap lepas subuh/waktu pagi,solat awal waktu, amalkan berjemaah, join usrah..dan banyak lagiiiiiiiii, Allah akan bantu kita tau..=)


Jangan rasa buang masa nak kembali rapatkan diri pada-Nya, disaat diri bergelumang dengan kesibukan waktu final exam.Allah suka orang dekat pada-Nya..ketenangan itu,kebahagiaan itu ada tau..I love Allah <3 <3 <3...tapi, jangan masa exam aje dekat dengan Allah,sebaiknya teruskan istiqamah dalam merapatkan diri pada-Nya.

" Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad ayat 7..


nota aku:
syukur ya Rabb! Ada 2 kawan aku sudah mulai berhijrah kearah kebaikan.Berkat Ramadhan...=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, July 26, 2012

Bisikan Hati.


Assalamualaikum wbt,



Beberapa kali aku pujuk diri aku, aku bisikkan sesuatu yang sama, Kasih sayang Allah Itu Luas! Lagi Luas dari cinta manusia. banyak kali,acap kali.sesuatu yang sama.tapi, bermakna untuk jiwa aku.


kiri,kanan,depan,belakang,semua cerita tentang pasangan masing-masing.aku still sama melangut tengok langit. bergenang air mata.masih kubisikkan sesuatu yang sama.

"aku ada Allah untuk dicintai,aku ada Rasulullah untuk aku rindui"

aku rimas.aku rimas.aku rimas.siapa mengerti? mungkin hanya orang yang faham erti jalan mujahadah akan faham apa perasaan aku.mungkin aku juga dulu seperti mereka,bangga dengan pasangan masing-masing.tapi,itu dulu.zaman kejahilan aku,tapi tidak sekarang.


biarkan mereka.biarkan mereka.biarkan mereka.arghh! waktu berbuka puasa pun begitu.

"banyaknya makanan awak beli ini."

"takdalah,"kawan" datang hantar tadi"

oh!untunglah ada "kawan"..aku? tolong habiskan makanan itu.heh? ada orang kisah ke aku makin gemuk ke tak.

.

biarkan mereka.biarkan mereka.biarkan mereka. arghh! waktu bersahur. handphone kawan-kawan bunyi. pasangan masing-masing kejutkan sahur..okey! beruntung disitu..=_=..





"haa,ada mesej..sidia wish selamat bersahur."

"perlu ke?"

"alaaa..kesiannya syafa takda orang mesej dia.."

"entah! tak heran pun. ada ke tak orang wish! sahur aku sama aje."

Jawapan paling zalim dalam dunia aku bagi..kehkeh. tapi,aku niat bergurau aje.takda kaitan dengan hidup yang mati pun.hihihi.


biarkan mereka.biarkan mereka.biarkan mereka.situasi balik terawih, semua duk pegang handphone.


"bestnya korang hpon bunyi.aku takda pun bunyi-bunyi"*mitak perhatian.

"haha.takdalah,takda ape" -tangan duk tekan keypad..

heh? okey! zaman teknologi membuatkan orang yang depan mata dah tak dipedulikan lagi.!.pujuk hati.

"takpelah mereka sibuk main mesej dengan pasangan mereka,aku ada ayat cinta Allah untuk dibaca."

Terus ambil tafsir comel,baca makna sampai tertido. baru best! tido dalam dodoian ayat-ayat cinta Allah.pasang alunan Al-Quran kat laptop.*boleh cuba tips ini kalo tengah geram + sakit hati..opss!~



Bukankah Ramadhan ini kita kena betulkan apa yang silap dulu?
Bukankah Ramadhan ini tanda Allah bagi kita peluang untuk UP lagi ibadat?

So,muhasabah diri.utamakanlah Allah dan Rasulullah!!~


"Bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang dicintaiNya, maka mungkin sahaja Allah berfirman pada malaikatNya ‘Tunggu! Tunda dulu apa yang menjadi hajatnya. Sungguh Aku bahagia bila di minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa terus berhiba. Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan tangis isaknya. Aku menyukai khusyu’ dan tunduknya. Aku menyukai puja dan puji yang dilantunkannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu setelah dapat apa yang dia pinta..Aku mencintai-Nya."



nota aku:
aku tak cemburu .aku cuma takut aku tak kuat dalam mujahadah ini.tapi,aku tahu jalan mujahadah pahit,sebab syurga itu manis.saya nak jadik bidadari dunia!..whoa!~ .sekian! assalamualaikum wbt..




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-