Wednesday, July 18, 2012

Andai rindu itu dipendam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


pelbagai persoalan mengundang apabila duduk makan  bersama kawanku .sungguh! aku gemarkan persoalan,supaya pemikiran aku lagi kreatif!.ehh.boleh macam tuh?boleh lah erkk..hihi..katanya:

"aku merindui si lelaki itu, meski aku tahu perkenalan kami masih pada awalnya. tapi, mengapa rindu ini hadir?"

"kau sudah jatuh cinta!  Ujarku pantas sekali.



"entah! Bila dia takda mesej aku,aku rindu sangat.tapi,mustahil untuk aku mesej dia. bagi aku, tiada apa keperluan untukku menghantar pesanan ringkas bertanya khabar"

"tautkan rasa rindumu dalam sujud doamu!itu lebih hebat! luahkan pada si pemilik hati kita"

"bagaimana doanya?"

"mudah sahaja,minta dengan Allah macam ini...Ya Allah! Andai hadirnya si fulan itu sengaja untuk menduga hatiku,menjauhkan aku dari-Mu, membuatkan aku lalai dari-Mu.Maka jauhkanlah kami, jarakkanlah kami..kerana hidupku ini semata-mata mahu redha-Mu Ya Allah..Jika hadirnya si fulan itu untukku,pelengkap hidupku,memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat aku,maka satukanlah kami dalam redha-Mu..permudahkanlah segala urusan kami Wahai Pemilik Jiwa."


Apa-pun dalam hidup ini,aku yakin pada satu benda! dimana kita letakkan keyakinan dan pengharapan? kalau pada Allah,mintalah pada Allah! Luahkan rasa itu pada Allah.Dan yakinlah Allah akan aturkan yang terbaik buat diri kita sebagai hamba yang khilaf ini.

sama sahaja nasihatku pada rakan sekeliling aku, disamping mengingatkan kepada diri sendiri jugak,yang seringkali gagal juga dalam ujian perasaan ini.Khuatir andai kita letakkan cinta manusia lebih dari Allah. 
Bukankah Allah Maha Pemberi Cinta? Kenapa kita perlu abaikan Allah dan lebih mengagungkan ciptaan-Nya..Naudzubillah!...





Begitulah indahnya,andai luahan kita pada Allah! InsyALLAH! Allah knows the best. lepaskan rasa rindu pada sidia kepada Allah..dan mohonlah doa yang baik-baik..bukankah itu lagi terjaga dan lagi menjaga kesucian cinta sebelum dinikahkan?

Andai luahan perasaan acapkali bermain dibibir sebelum dinikahkan, gusar kelak nanti Allah menarik nikmat kemanisan berumahtangga..Naudzubillah! Bukankah kita mahukan manis dan keindahan itu berpanjangan hingga keakhirnya?



Takutlah andai rindu pada seseorang yang tak halal lagi untuk kita, bertukar menjadi nafsu!..Naudzubillah..Mohonlah pada Allah, minta perlindungan..Insyallah! Allah Maha Mendengar setiap rintihan hambanya,asalkan hambanya beriman pada-Nya..

Andai rindu itu dipendam sekian lama, menahan terlalu lama sampai tak terluah kerana kamu mahu menjaga batasan antara kamu dan sidia..Insyallah! ALLAh akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik selepas itu..Sweet bukan?

Jangan risau,kerana apabila kamu menahan diri untuk melakukan sesuatu yang haram, akan datang Allah akan gantikan dengan cerita cinta terindah!..Allah tahu kebaikan mu.Allah tahu kau sedaya upaya menahan dirimu.

Dan seperti aku ulaskan dari awal tadi,teruskan berdoa, teruskan berdoa,jangan henti-henti berdoa.tapi,apa yang pentingnya,disamping berdoa mohon disatukan, jagalah juga hubungan dengan Allah,jangan undang maksiat bertandang.Allah tak suka.mana ada kebaikan dan kejahatan dicampur adukkan..tak boleh..Naudzubillah!

haaa.tak faham? aku bagi contoh macamnie: si A dan si B are sweet couple lah,then dioarang suka dating.tapi,diorang selalu solat.but,even dating, diorang pegang-pegang tangan.dan macam-macam lagi lah..but,sang pakwe langsung tak rasa berdosa pun.tapi boleh pulak pesan macamnie kata makwe dia..

" abang cintakan sayang..jangan lupa tau doa dan mohon dari Allah semoga kita dapat bersatu nanti..tak sanggup berjauhan dengan sayang tau"

"yelah cik abang sayang!. sayang tak pernah lupa wat solat hajat agar kita akan disatukan  berdua,semoga Allah memakbulkan doa kita k"


haaaaaaaaaa....macam tuh lah..senang cerita,kadangkala sebab kes macam tuh lah,jodoh lambat datang ,lambat bersatu sebab tak jaga apa yang sepatutnya dijaga..itu sahajalah dari aku,yang banyak juga dosanya.aku jugak bukan sempurna.sekadar mencoret luahan  tentang isu remaja masa kini..=_=..sekian..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

نورعيم said...

kak, sy pernah alaminya. sy pernah berdoa mcm tu dan Allah tunjukkan depan sy. Allah tu Maha Mengetahui.

reenapple said...

saya sedang cuba... =D

Diari Cik Zana said...

allah swt maha besar..setiap perancangan nya diatur dengan teliti..dan setiap yg terjadi ada alasan nya :)


**saya masih mengejar pada yg xsudi