Monday, October 29, 2012

Saya Rindu Awak


"awak tau, saya rindu awak! rindu sangat awak"

dan dia tersenyum. senyuman dia, senyuman yang aku rindu, senyuman yang pernah buat aku gembira dan buat hatiku berbunga-bunga suatu ketika dahulu.

"awak rindu saya tak?"

tanpa suara, dia hanya mengangguk dengan senyuman.

"tapi,kenapa awak lari macam itu aje? tak cari saya pun"


kata aku dengan nada merajuk. aku harap dia mengerti apa yang aku rasa.

"awak, bukan saya taknak cari awak,tapi saya takut awak yang dah lupakan saya aje.dan paling saya tak lupa ialah hari-hari saya stalk FB awak, walaupun tanpa komen, tanpa like status di wall FB awak.saya takda kekuatan untuk itu"

mendengar kata-katanya itu, membuatkan aku mengerti. mungkin aku sahaja beranggapan negatif sebelum ini padanya. hakikatnya, aku juga begitu, hari-hari aku stalk Fb dia,demi mengetahui keadaanya kini.

Add caption

aku mengelamun sehingga aku terlupa dia masih dihadapan aku.dia masih tercegat dihadapan aku.terus dia berkata:

"hati saya masih sama untuk awak, macam dulu.awak kena tahu itu" 

"eh? saya ingat perasaan awak untuk saya dah takda" - tersentuh dengan kata-katanya.

"mana ada.siapa cakap?"

terus aku tertunduk.Sebak.Terharu.

"saya cintakan awak.cuma saya nak bagitahu awak yang sebenarnya perasaan itu dah lama ada.untuk awak seorang saja"



nota aku:
cerita rekaan aje ini..hehe.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, October 25, 2012

Wukuf Di Arafah

Assalamualaikum,

Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).

Masanya bermula dari tergelincir matahari (masuk waktuZuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10 Zulhijjah.
Waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”
.
.
ARAFAH
..
Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenangpertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurgadan dipisahkan di dua daratan.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.
.
Pada Hari Arafah, di sekitar Masjid Namirah iaitu lokasi bersejarah yang menjadi tempat perkhemahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebelum tiba waktu untuk Wukuf, akan kelihatan ribuan manusia.
Situasi sama juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal Rahmah dan di kaki bukit inilah terdapat batu tempat Rasulullah SAW berwukuf.
Selain ada yang berjalan, terdapat juga jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang didirikan di seluruh Padang Arafah yang berkeluasan 10 kilometer persegi tersebut.
 .
.
Hari Arafah
Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”

Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah harikesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi. 
.
.
Haji Akbar
Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”  Surah Al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
.
.
Syarat Berwuquf
Telah berihram dengan niat haji
Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.

.

Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah
 Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:

  • Mandi sunat wukuf.
  • Bertaubat
  • Solat berjemaah
  • Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
  • Membaca Al-Quran
  • Memperbanyakkan ucapan:
  • Bertalbiah diselangi dengan doa.
  • Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
  • Berdoa bersungguh-sungguh.
  • Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
  • Kuliah fadilat Arafah.
  • Solat-solat sunat
  • Qiyamulail.
.
Hikmah Wukuf

  • Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
  • Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
  • Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
  • Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
  • Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
  • Meningkatkan tahap keimanan dan ktakwaan kepada Allah.
.
Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, October 20, 2012

Allah, Jagakan dia.


Assalamualaikum wbt,

Allah! Jagakan dia untukku.=)

sebelum tidur perempuan itu akan membuka kitab al-quran,rutin harian hidupnya akan memastikan dirinya membaca dan mentaddabur makna kalam Allah itu.meskipun ditengah lewat malam,sambil bercakap  sendirian dengan kalam Allah.kerana Allah Maha Mendengar.


boleh dikatakan, setiap maksud ayat akan dilafazkan dan dipesan kepada hati supaya hatinya lembut dan dapat ambil iktibar dari ayat itu.

 contohnya:

"wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim" surah Ali Imran ayat 102.

dan bila dibaca maksudnya itu,terus perempuan itu berbisik pada dirinya

"wahai hati! ingatlah Allah,bertakwalah kepada-Nya.Ya Allah! Matikanlah aku dalam keadaan muslim,jaga hatiku Ya Rabb supaya ingat padaMu"


demi bait ayat quran, menenangkan hati perempuan tersebut.dia tahu, waktu ditengah malam waktu dating bersama pencipta.luahkan segalanya.perempuan itu yakin,Allah dekat dengan-Nya.dan sehinggalah al-Quran itu ditutup.tiba-tiba kenangan bersama seseorang menerjah kembali,perempuan itu tidak tahu kenapa harus merasakan rindu pada kenangan lalu. ya! kenangan itu datang lagi.

tiba-tiba air mata perempuan itu mengalir laju.

bisik perempuan tersebut pada Allah:

"Allah, jika ini jalan takdirnya aku dan dia, ajarkan aku redha, kuatkan hati aku.kadangkala jiwa aku lemah, aku insan yang lemah Ya Rabb"



"Allah! Jagakan dia untukku, meskipun aku tak bersama dengan dia lagi,moga dia bahagia ya Allah,lindungi dia Ya Allah.andai dia punya masalah dan kekusutan, kau didiklah hati dia dengan kesabaran, sampaikan doaku ini padanya"

didakapnya Al-Quran, dipeluk dan diciumnya kitab suci itu.tiba-tiba merasakan ketenangan yang ajaib! Alhamdullilah!.Allah itu Maha Penyayang!

sekian.

nota aku:
selamat malam dunia, moga hari yang berlalu makin ceria dan berseri-seri..=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, October 17, 2012

Congratulation!=D

Assalamualaikum wbt,

oh! ini cerita hampir basi.hee.pada 12 oktober aku pergi KLuntuk pergi konvo kakak aku kat UPM.dan alhamdullilah! selamat jugak aku pergi sorang-soranng.kat sana,aku jumpa ummi ,aida, adik, abang aku.ngeh3! menyibuk aje aku ini.dengan gigihnya suruh ummi support tiket untuk ke UUM semula..takda hal la kot.=D


ini pula pada 13 Oktober , kakak aku sesi petang,jenuh den tunggu dengan adik luar dewan ..T_T.dalam ini,konon muka bahagiiiiaaaa..heee. yang paling frust! aku bawak kamera but lupa bawak SD Card.tertinggal kat laptop.huhu.so, tangkap gambar pakai handphone aje la..hihi.


sama-sama meramaikan majlis di UPM.

adek jadik model..hehe.

dan pada 14 Oktober, kami pergi PWTC ada Halal Festival. eh, tapi best jugak,boleh rasa-rasa makanan. sebenarnya, aku ponteng kelas hari Ahad tuh..hihi.takpelah,sekali sekala.bukannya selalu pun.

yang ini pun sedap! aku rasa banyak kali..hehe

Suasana disana.

haa.itu ajelah, aku dah tak reti nak menaip panjang untuk bercerita..huhu..sekadar menaip mana mampu. akhir sekali, tahniah untuk kakak aku wan nurul aida wan ahmad !=)... insyallah,i'll be the next.amin.( jangan ditanya kenapa muka aku lagi matang dari dia)hehe.sekian.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Kita Punya Kawan

assalamualaikum wbt,


kadangkala kita punya kawan, yelah.kawan.sebab kita banyak sangat cerita,pelbagai cerita kita kongsikan kepada kawan kita.sedarkah kita, walhal kawan kita jugak punya masalah? kerana dia tidak sempat untuk berkongsi, kerana kita asyik dengan cerita kita yang non-stop.

selalu ini terjadi pada aku.tapi,tak kesah lah..huhu.but sometimes, aku kesah jugak.sehinggalah suatu hari kawan aku kata:

"weyh! kau macam takda masalah pun,happy aje memanjang"

ala,dah tuh, dia asyik cerita pasal dia aje, mana sempat aku nak cerita.huhu.biasalah, adat berkawan. sebenarnya, kita sebagai kawan perlu luangkan masa sejenak:

"weyh! aku nampak kau macam sedih aje, ada masalah ke?sambil pegang tangannya dan merenung anak matanya.hehe..

haa.kan senang.hihi.jangan sangka kawan kita yang asyik happy memanjang tuh takde masalah,boleh jadik masalah dia lebih besar dari kita tau.!

yang paling best, bila hidup aku dapat kawan yang boleh nasihat aku kearah islamik .oh! bahagia aje, yang bersamanya dapat buat hati bahagia..*wink!!=P

tapi, aku pun sedar diri,aku bukan kawan yang baik untuk semua kawan-kawan aku.mohon maaf diminta andai pernah mengguris hati dan perasaan kalian..T__T


`

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, October 12, 2012

Jangan menunggu.

assalamualaikum wbt,

aku nak menyesal pun tak boleh.sebab already happened!..huhu. bak kata farhan, benda dah jadik,so learn from mistake.okey! noted!=D.actually, minoriti dah tau aku pergi jumpa siapa hari isnin baru nie kan?huhu..i met my ex-BF!..how can u imagine it. almost 3 years aku dah tak jumpa dia, sehinggalah aku terjumpa dia kat depan DMAS.

DMAS jadik saksi.eh!!=P
okey!..sepatutnya, aku tak perlu pergi.tapi, atas dasar aku appreciate dia datang dari jauh kan.so,aku ajak kawan-kawan aku teman.semuanya berubah, dia makin tak hensem,makin gemok, makin gelap.eh!..haha.

so, itu tak menjadik masalah pada aku,sebab hati dah takde kan kat dia..huhuhuhu...yang menjadik masalah bila dia bisikkan sesuatu:

" nanti konvo awak tahun depan,saya datang yeee"

"haaaaaa? jangan datang, tak perlu datang, buat ape?"

"suka hati saya lah"

"jangan datang!!"

benda ini memalukan aku, dahla depan kawan aku.huhu.sebab aku tengok dia makin gemokk, aku tanya la dia

"dah kawen eh?"

"mana ada,saya masih tunggu awak!"

"jangan tunggu saya lah"

"kenapa?"

"saya kata jangan tunggu, jangan tunggu lah"

"suka hati sayalah nak tunggu awak pun"

"saya takut awak kecewa"

"kenapa"

"takda apa"

sekali lagi aku malu sangat.kawan-kawan aku dah pandang lain macam..T__T..sehinggalah selepas itu, dia mahu pulang.dia beritahu sesuatu.

"nanti balik tak raya haji?

"balik"

"saya datang rumah eh?"

"tak payah!"

"suka hati sayalah"

"lantaklah" 

sambil tanganku menolak dan lantas menutup pintu keretanya.perasaan masa itu bercampur dengan marah pun ada, entah!..rasa kesian pun ada..aihh!heee~then, aku dan kawan aku beransur untuk ke library..tiba-tiba, handphone aku berbunyi mesej.

"jalan molek ye "

amboiiiiiiiiiiiiiiii!!..lagi aku geram.

doakan yang terbaik untuk saya.=D

okey, disitu letaknya kesilapan dalam hidup aku. sepatutnya,aku tak perlu jumpa dia kan? tapi,takpelah,benda dah jadik.huhu.yang pasti, hati aku takkan ada untuk dia lagi. moga dia bahagia, moga dia akan menemui seseorang  yang lagi baik untuk hidupnya.

dia sanggup terima aku, tapi aku tak sanggup terima dia.

aku bukan mencari yang SEMPURNA,tapi sebab aku merasakan tiada keserasian antara aku dan dia. can u  understand me? huhu.. ada orang kita selesa bersamanya,ada orang tak.so,aku ingatkan diri aku ini, andai boleh memilih, pilihlah lelaki yang baik akhlaknya, yang baik pekertinya, yang baik agamanya, yang lembut percakapannya.

Allah! Tunjukilah hati aku pada sidia yang kau takdirkan untukku.=D

nota aku:
ini bukan entry nak feelling ke hape, ini perkongsian dari hati.=)




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, October 11, 2012

kau,kau,kau

assalamualaikum wbt,


kau,
aku rasa aku nak pergi tinggalkan kau,
boleh?

kau, 
aku rasa macam nak jerit-jerit lepaskan sesuatu.
boleh?

kau,
aku rasa nak suruh kau rasai  bagaimana erti aku tiada.
boleh?


kau,
aku cuma nak kau hargai aku.
boleh?

kau,
aku nak kau tau,
bahawa aku perlu kau.
boleh?

kau,
aku tau, kau takkan tahu itu.
sebab kau rasa aku tiada erti apa-apa bagi kau.
kau tahu itu?

kau,
kau,kau, kau.


suatu hari nanti aku tiada lagi disisimu,
waktu itu kau sudah terlambat,
waktu itu kau mungkin akan faham sesuatu.

iaitu,
erti hargai, erti kasih-sayang, erti rindu,


dan waktu itu,
tiada gunanya lagi.
kerana aku telah pergi.

dari hati syafa -11 oktober 2012- 1.05am.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, October 10, 2012

Menyendiri.

assalamualaikum wbt,

citarasa manusia berbeza-beza,
beitu juga aku dan mereka.
punya citarasa berbeza.

aku berbeza dari mereka.
tapi,mereka memaksa aku mengikut kehendak mereka.
haruskah aku?

aku,masih disini.
tercari-cari jalan pulang.
tercari-cari hala tuju hidup sebenar.

mereka tak tahu apa aku inginkan,
mereka tak tahu apa sebenarnya dalam hati aku,
mereka hanya bercerita,
mereka tak tahu, itu palsu.
PALSU!

mereka melihat aku tersenyum,
mereka melihat aku tertawa,
mereka melihat aku gelak ketawa,

mereka tak tahu siapa aku sekarang,
pengemis kasih Tuhan,
aku mencari jalan pulang,
jalan itu tiada pada mereka.

haruskan aku menyendiri?
mencari diri yang sebenarnya

dengan mereka aku hanyut,
dengan mereka aku lalai,
dengan mereka hati aku makin rosak,
dengan mereka aku dengan Allah makin menjauh.

haruskah aku pergi?
mencari erti kebahagiaan hati sendiri.

Allah,
pimpin aku kembali
pimpin hala tuju aku,
pimpin urusanku
pimpin segalanya.

Allah,
aku ingin pulang pada-Mu,
dengan hati yang sejahtera.

Allah,
aku ingin hati baru,
aku ingin akal baru,
hati dan akal mengingati-Mu.

Allah,
Allah,
Allah,
Allah,
Allah,
Allah,

sekian.

-dari hati syafa- 10 Oktober 2012- 2.38am-



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, October 6, 2012

Bukan Sempurna

Assalamualaikum wbt,


aku bukan sempurna untuk menjayakan program ini.
tapi, aku cuba,
Moga Allah redhai kami atas semua usaha kami untuk adik-adik SMA Ihya Ul Ulum Ad-Diniah.

insyallah! gambar adik-adik ,ahli jawatankuasa dan Fasi Kelab Damai akan diupload kemudian setelah selesai program ini.wink!.hee.

tak sangka boleh bergabung program dengan Bff @ zakwan.
dia sebagai ketua fasi dan aku sebagai tukang arah..heee~
Ahli Jawatankuasa pula adalah geng blok aku.sangat-sangat best diorang!!=)
Timbalan Pengarah pula ada member kos aku,
Setiausaha juga ada member kos aku,

terima kasih Allah, terima kasih dia, terima kasih semua.
Alhamdullilah!
Moga ALLAH Permudahkan perjalanan kami untuk agenda seterusnya.Amin.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, October 5, 2012

Bukan Aku Tak Rindu

Assalamualaikum wbt,



Jauh disudut hati, teringin life macam dulu.uh!

"I miss my life yang dulu"

maafkan aku kawan,

bukan aku sengaja,

aku rindukan kawan-kawan aku.

aku utuskan doa untuk sahabat sekalian.

i miss my friends.

maaf tak dapat lepak lama-lama.

maaf tak dapat mesej gosip-gosip.

maaf tak dapat nak gayut phone lama-lama.

sebab aku terpaksa utamakan yang lebih penting,

fahami situasi aku eh.heee~

aku pun tak melekat kat bilik sangat dah.*maafkanku wahai roomate...

saya sayang semua kawan-kawan saya.
ada masa, kita dating eh!


Allah, Jagakan mereka untukku..=)

Moga Hatiku tak lalai dari mengingati-Nya dalam menjalankan tugas ini semua.

nota aku:
Masa cuti raya haji nanti, baru aku betul- betul free.insyallah!.=D
Bila semua kita jadi ketua, inilah kesannya.*learning process is important!
Moga Allah Redha..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, October 3, 2012

Terhijab


assalamualaikum wbt,

kadangkala, kerana kesibukan dalam dunia kita terlupa sesuatu..iaitu redha ibu bapa. mungkin sesuatu terhalang, kerana ada hijab..maksudnya, dosa-dosa kita.

kenangi dosa-dosa dengan insan yang tersayang dalam hidup anda..mohon maaf kedua-duanya,insyallah dipermudahkan urusan.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sahabat 2 bahagian.


hari ini aku mulai belajar sesuatu bahawa dalam persahabatan itu akan ada dia bahagian.dimana bahagian pertama, kau akan rasa itu adalah kawan kau.ye, segalanya dia akan ada dengan kau disaat susah dan senang.

dimana bahagian kedua pula, kau akan rasa itu adalah bukan kawan kau.dimana kita dan sahabat kita berada dalam satu organisasi. walaupun kawan kita dijawatan tertinggi, kita kena follow arahan, marah, badmood dia.dan segalanya akan membuatkan kau berkonflik dengan sahabat sendiri.

bagi aku, ada betulnya.
sahabat itu ada 2 bahagian.

bukan aku sengaja,
bukan aku main-main.

aku juga baru belajar,
ada salah silap.

adakalanya aku punya marah,
adakalanya aku punya angin sendiri.

harap kau tahu itu.
dan aku pun tahu kau.

apapun kau tetap kawan aku!=)
i rindu u...^__^

Maafkan aku dari kejauhan andai kau baca ini...

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-