Wednesday, April 18, 2012

carilah ketenangan untuk jiwamu.


Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula untuk hidup tenang dan sihat insyaAllah..


"Ingatlah! Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
Ar-Rad; 28

 
 
 Hati itu milik siapa?
Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? 
Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.
Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.

Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?

Ya, siapakah pencipta kepada hati?

“Allah.” Dan roh kita menjawab.

Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.