Friday, April 13, 2012

tolong faham hati saya


 

"Kenapa awak masih tak dapat nak terima saya lagi?"

"Kan saya dah kata jangan tunggu saya lagi."

 

"Tapi,saya masih tak faham,kenapa awak masih tak dapat terima saya lagi?"

"Awak,boleh tak  tolong faham hati saya.'

 

"Ya.kenapa dengan hati awak?"

"Saya masih belum dapat buka pintu hati saya untuk awak."
 
"ya.tapi kenapanya? umur kita makin menginjak dewasa.waktu sesuai untuk kita fikir soal masa depan kan?
tak pernah ke awak fikir semua ini."

"bukan saya tak pernah fikir,dulu saya selalu fikir.tapi,selepas saya kecewa dengan seorang lelaki itu.saya telah tutup serapat-rapatnya pintu hati saya.maafkan saya awak."


   " tapi,beri saya peluang.izinkan saya buka pintu hati awak semula.saya janji akan bahagiakan awak."

"awak takkan mampu.sila berhenti berharap.saya tak perlukan cinta lelaki lagi.maaf."

 

lelaki itu terus berlalu pergi....


perempuan itu juga dihimpit rasa bersalah.adakah wajar dia mengunci pintu hatinya untuk lelaki yang baik yang hadir dalam hidupnya sekarang. perempuan itu seolah-olah masih hidup dalam kenangan lama.dia menolak segalanya tentang cinta yang hadir dalam hidupnya kini.


moga perempuan itu menemui bahagianya nanti dan semoga hatinya terbuka untuk seseorang yang selayaknya untuk dirinya..inshallah! Amin.