Saturday, April 21, 2012

Percaturan hidup ini.

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 
dalam hidup ini,banyak benda yang aku lalui,ia datang dan pergi.dan ada yang pergi kembali semula.hebat bukan hidup ini?banyak yang aku belajar dari hidup ini.

 

dulu mungkin benci sudah bertukar sayang,yang dulunya kita sayang,sudah menjadi kebencian kita.arghh! hidup ini sulit sekali untuk kita jangkakan apa yang akan berlaku.ada dulunya gemuk,kini makin kurus.ada dulunya kurus,kini menggemuk.ada dulunya lawa,skang dah tak lawa.ahh,macam-macam hidup ini.haha.


 

aku mahu menaip tentang apa ini?kurang pasti.....

ye,seperti hati aku jugak.kurang pasti apa yang aku rasakan.aku pun tak pasti sebenarnya aku punya perasaan pada siapa.hidup ini terlalu sulit bukan? menunggu sesuatu yang tak pasti akan membuatkan kita derita.ha,mungkin juga membawa kesakitan jiwa..memilih seseorang yang menginginkan diri kita,membuatkan kita dalam dilema.

 


kadangkala,hidup ini macam kejam..istigfar!!~mana mungkin hidup ini kejam.hidup ini penuh dengan corak.tapi,yang penting,cara kita uruskan semua ini.pokok pangkalnya hati kita.susah ke? memang susah.orang cakap macamane pun,hati dah taknak,nak buat macamane.


aku tak faham,aku tak faham,aku tak faham.melayan seseorang membuatkan aku rasa bersalah,tidak melayan dikatakan sombong!..aku sombong bertempat juga.arggh! sukar puaskan hati semua pihak.berdiam lebih baik,mungkin juga.i have my own reason why i choose this way.teringat mesej seorang lelaki semalam*mungkin juga pernah aku sayang dia suatu ketika dahulu.eceh!!*sile muntah hijau pun takpe.

"awak cinta pertama saya,sayang saya pada awak masih sama macam dulu"

 

 arghh! i hate this feeling.mana mungkin semudah itu.kau sakiti aku,kau lukai aku.hebat bukan?semudah itu diri ini mahu menerima semula.oh! tidakkk.cerita silam dalam kepala silih berganti.Ya Allah! Dakaplah hatiku erat-erat disaat aku kecewa dengan cinta manusia ini.mana mungkin semua ini datang tiba-tiba.percaturan hidup apakah ini untukku?(T__T).


 


lagi sentap aku dibuatnya.ishh! tak tahu macamane nak describe perasaan masa ini.sudah bertahun aku tidak bermain dengan ayat itu.zaman silam mungkin,sekarang takkan kuulangi lagi.aku hanya mampu membalas mesejnya:


" simpan love awak itu dulu untuk yang selayaknya,bukan untuk saya"

saat ini.syaitan mungkin bersorak gembira.hah! tidak,aku takkan tunduk pada cinta bersulamkan nafsu lagi.aku penat bermain cinta,aku penat memendam cinta dan paling penting,aku penat untuk jatuh cinta lagi.maaf.



i have a lot of things to do now.tolak cerita cinta yang remeh-temeh ini.maaf! hati aku makin kuat terkunci.hebat bukan?haha~! hidup perlu diteruskan,kekuatan itu datang dari diri kita walaupun terlalu banyak perkara yang membuatkan kita kadang-kadang putus asa.tapi,satu perkara aku belajar,aku harus bangkit dengan kekuatan yang ada dalam diri aku.Yakinlah,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Ya Allah! Ajarkan aku redha atas setiap ketetapan-Mu.Amin.

sekian..^_^




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

No comments: