apa gunanya banyak harta tapi sering lalai kepada Nya.
apa gunanya harta yang banyak tapi tidak digunakan untuk bersedekah.
apa gunanya harta yang banyak jika solat sering ditinggalkan..
itulah sebahagian kata2 ustaz khairul anwar pagi tadi.
rasanya tidak rugi aku mengikuti umi ke kelas agama semasa cuti sem nie..
rasa macam amat menyentuh perasaan.
tetibe aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada.
hidup bersama umi aku,adik beradik aku..
cara umi mendidik anaknya hidup cara sederhana
tidak membangga-bangga,tidak menipu untuk sengaja bermegah-megah..
itu aku akui..memang ada sebegitu..
oh!..alhamdullilah,aku bersyukur sangat walaupun hidup keluarga aku sederhana,tapi tiada hutang yang besar perlu dibayar.tidur malam pon boleh lena-lena..
sebab ustaz aku kata tadi,kalau orang bermegah-megah dengan harta,kalu semuanya hutang,tidur malam pon xlena..nak tido kena pikir hutang itu ini..nak tido kena check harta2 selamat ke tak..
macam susah aje jadi begitu..
doaku,semoga Allah mencukupi segala keperluan yang memang perlu untuk hidup selagi hayat masih ada di bumi ini.dan semoga Allah letakkan aku dikalangan hamba Nya yang sentiasa bersyukur.Amin.
sekadar berkongsi apa yang tersirat..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati..
No comments:
Post a Comment