Friday, November 25, 2011

Bengkel Penulisan Novel Islamik bersama Abdul Latip Talib


Assalamualaikum semua,

Alhamdullilah,aku baru sahaja menjalani bengkel penulisan novel islamik di Pusat Islam UUM bersama Novelis Sejarah No.1 di Malaysia,iaitu Abdul Latip Talib lebih dikenali sebagai Pak Latip.pertemuan aku dengan novelis ini,tidak aku sia-siakan.banyak persoalan aku lontarkan bagi menjawab setiap keraguan hati.tentang halangan beliau dalam penulisan ini,siapa yang mendorongnya bermula penulisan novel ini,adakah pelapis ataupun anak-anak beliau akan mewarisi cara penulisan beliau,dan tentang perancangan jangka masa panjang beliau dalam dunia penulisan novel sepenuh masa ini.dan sedikit nasihat ataupun pesanan untuk kami peserta bengkel bagi menjejaki langkah sebagai penulis novel,takpun cerpen ke,mahupun sajak ke.=)


pose jap boleh?eh!!
Layyinul harir dan Shila..ayat dia selalu suke guna.."kurang asam!"..=P
haha~


persembahan puisi oleh saudara Marwan sebelum slot pertama bermula.
mase ini aku rase macam nak tergelak pun ada..haha~
dia kate,dia bacakan puisi yang dicipta sendiri..wah!
aku taw Marwan memang punya bakat.
berbangga ase jadik saudara-mara kan?haha~


dengan penuh fokus aku mendengar ini..seat yang kedua.semangat punya pasal!.=)


she is my roomate.namenya Jijah.


aku malas nak taip,bace aje lah yang kat skrin tuh ea..hihi.


tatabahasa turut memainkan peranan penting taw dalam penulisan novel.ejaan,tanda baca dan semua lah. 


mase berhenti untuk solat jumaat & makan tengahari,kami tidak lepaskan peluang untuk bergambar.=) 


jualan buku Pak Latip turut ada diluar dewan seminar ini
siap ada diskaun 20% bagi setiap buku yang dibeli.


kate-kate Pak Latip wat aku semangat untuk menulis taw..yeahh!.
yang pasti imaginasi+pengalaman yang penting dalam menulis.idea akan datang dari situ.insyallah! 


ha,bace aje lah part penting ini.blogger pun boleh applykan dalam penulisan di belog masing-masing~


blogger yang konsisten akan menulis tiap-tiap hari..=) 

rase macam nak cari aje buku ini.sebab teknik penceritaan mengikut teknik surah yusuf adalah yang terbaik.
bermula dari nabi yusuf kecik hingga wafat.tentang plotnya,konfliknya.boleh kita gunakan untuk membuat novel.novel ini dikarang oleh novelis name Ainon.
 

Layyinul Harir dengan Kak Azlen.
she supports me so much dengan Perkim dan insyallah akan datang dengan usrah pulak.
 bibit-bibit perkenalan bermula ketika pergi ceramah "Aku Peduli" oleh Perkim baru-baru ini 
so,bila dah jumpa lagi,lagi rapat la.=)
kak Azlen jugak berjinak dengan cerpen remaja islamik.wahh!=)


sesi terakhir sebelum pulang,opkos sesi bergambar lah.ini sebahagian aje lelaki,yang lain segan kot.yang lelaki yang hadir pun aku rasa kagum sangat,soalan diorang pun banyak dilontarkan untuk Pak Latip.kan biasa lelaki kan susah nak minat dengan penulisan ini.takpelah,i wish gudluck untuk semua yang hadir moga dapat jadik novelis satu hari nanti.itu yang Pak Latip pesan.=)


so,ini buku yang aku beli.satu buku rm55,kalo dua buah,RM 110..kan kate dapat diskaun.dapatlah murah sket.buku ini tebal jugak.setebal kamus dewan.hehe.but,for me,aku nak mendalami sejarah islam pulak.dapat jugak tambahkan ilmu mengenai 4 imam dengan lebih mendalam iaitu Iman Syafie,Imam Hambali,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah..yang buku satu lagi iaitu tentang Khulafa' Ar Rasyidin iaitu saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidini Uthman dan Saidina Ali.

sebab skang dah makin dewasa,aku memang nekad nak mendalami ilmu agama disamping melalui pembacaan novel yang sebegini.insyallah,kalo ada mase dari terbuang,aku manfaatkan dengan membaca novel ini.insyallah!..

Akhir kate,kalo nak visit belog Pak Latip boleh KLIK bawah ini:





nota aku:
bila doa nak jadik baik dan solehah,insyallah Allah akan hadirkan orang yang baik-baik untuk berkawan dengan kita.so,saya sayang kawan-kawan saya=)

sekian.=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

5 comments:

reenapple said...

saya bukan orang yang baik. Maaf. saya tak dapat nak jadik kawan yang baik.

reenapple said...

okey.. blogger yang konsisten akan menulis hari-hari??? terasa dengan statement tu.. hehe

Layyinul Harir said...

eh,awak kan mmg menulis.tapi,x publish aje lagi.=)

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum

Terima kasih siarkan gambar-gambar tersebut. Mohon copy yer.
Teruskan menulis...

Unknown said...

aslkm..nak jemput tuan rumah join my 1st GA :)