Saturday, May 21, 2011

pergi ke Platarinno | amek gambar semata-mata

ini cerita Rabu lepas.aku lama x update citer kan.sorila,mencari mood sebenarnya.so,aku pergi platarinno untuk tolong projek Naim yang dari fakulti pelancongan.masuk hutan amek gambar aje.so,layan aje la gambar yang kononnya pergi camping ini.ini gambar dari hpon aku & Mass.dari kamera Naim aku tak dapat lagi.malas nak mintak..hihi
aku menunggang kuda!..yeay..pakcik ni bawak aku ngn kuda.hehe.aku seram sebenarnya.maklumlah pertama kali.kuda ni kata aku ringan..eh!!HAHA..dan layan aje gambar bawak..hihi.







Nota Pengukir:
sorryla entry macam tak ikhlas.nape entah aku pun tak tahu..lain kali taip panjang k..euwwww~~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, May 17, 2011

cerita masuk pasar

oh!..apakah itu..hehe..sini aku mahu cerita macamne pengalaman aku mula-mula ditugaskan masuk pasar untuk beli barang dapur.maksud aku,untuk beli ikan,ayam,sayuran semuala.cara nak pilih ikan.cara nak itu ini.ala-ala mak orang masuk pasar la..hehe.

ceritanya bermula sejak umi aku pergi menunaikan haji ketika akhir tahun 2006.sejak dari situ lah,aku akan kena pergi pasar pagi untuk beli barang basah.kami adik beradik hidup berdikari.euuuwww!..9 orang beb!..kami dah bahagikan tugas la masa itu.kakak,abang aku pegang duit yang umi bagi selama kami ditinggalkan..sob.sob.sob..kalau bab pergi pasar,tugas aku dan adik aku yang beli barang.abang aku cuma jadik driver aje..HAHA.okey ape.comel apa kan?haha..kakak aku sorang lagi,kena jaga bab beli barang rumah macam sabun ke,softlan ke,syampu ke.ala-ala tukang shopping la..eh!

siyesly,dulu terkapai-kapai beli barang dapur.kakak aku hanya tulis list barang,nak cari satu hal,dahla besar kot pasar dungun itu.asyik sebelum itu,ikut umi tapi sambil lewa la.hanya ikut dan bawak barang.tak pernah amek tahu mana tempat bawang murah,sayuran murah,ikan murah,harga standard ikan berapa,nak kenal jenis ikan kembung,ikan selayang dan ikan-ikan lain.HAHA.

cuma kalau sampai pasar,aku dan adik aku duk bincang macamnie.

aku:eh,bawang besar kat mane erk murah yang umi selalu beli?
adik:ha,tepi tuh kot.kalau x silap aku.

aku:eh,sayur tempat hujung tuh kan murah?
adik: takla,belah sana..haha.

perbualan itu sebenarnya dalam loghat terengganu la.diubah untuk senang korang faham..euwww~hehe!

terpinga-pinga aku.abang aku tuh,tunggu dalam kereta sambil baca surat khabar..euwwww!..hampeh punya.takmau ke romantik-romantik sket dengan adik beli sayuran ke ikan ke.haha.selama 40 hari itu jugak,membuatkan aku belajar berdikari kot!.eceh..pertama sekali,masak untuk breakfast.aku masak nasi lemak.sebab dah tanya umi siap-siap sebelum umi berangkat.kakak-kakak aku masak untuk lunch.

kesian kot.kakak aku selalu belek buku resepi masa itu.ada sedap,sedap la,kalau tak sedap,senyap aje la.masa itu,dia baru lepas SPM.aku balik sekolah tahu makan aje la.terima aje..mekaseh la untuk kakak-kakakku yang dirindui..^_^sejak itu lah,aku kira macam dah tahu la selok-belok pasar ini.nak beli ikan ke,nak masak ape ke.boleh la tau sket-sket..huhu.

best kot!.pengalaman itu yang mengajar kita.yang aku ingatnya,sepanjang umi pergi,aku teringin nak makan gulai ayam.punyala buat sendiri..tak jadik beb!..sampai buang aje gulai itu..membazir aje..umi balik aje,cerita la segalanya..HAHA..tapi,bila dah duk sini,kira macam takda masalah sangat la nak buat itu semua.alhamdullilah.hehe.bersama Mass la biasanya bincang nak beli barang dapur, apa yang kurang.hehe.layan gambar bawah aku ambil masa pergi WalMart semalam untuk beli ikan dan barang lain.hihi.


ikan pilihan kami..ha,satu lagi ikan yang macam ikan tongkol aku beli..rupanya lebih kurang,amek aje la..haha

 kami akan pilih ikan yang terbiasa nampak di Malaysia aje la.yang lain,seram gak nak try.haha

ha, amekla nak beli yang mana.eh!!dahla istilah nama dia pelik-pelik.buat-buat faham aje la..haha.yang best,suruh dia siang siap-siap.balik rumah basuh yang mane x hilang lagi dan hilangkan hanyir.

muka bajet kurus..haha!!
itu sahaja dari aku..hihi..alah,itu cerita lama yang boleh dikongsi.alhamdullilah,kisah itu semua yang mengajar aku sampai sekarang.satu lagi,kalau dulu-dulu aku suka masak menda same aje.iaitu ayam masak merah aje.sekarang,ayam masak merah pun tak pandang dah!eh..hehe..takla,maksudnya boleh dah la nak masak masakan lain.waa!x sabarnya nak balik rumah.rindu dapur rumah..sekian..=))

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

sup sayur sotong | ikan goreng | sambal belacan

salam!...hari ini aku masak sup yang simple-simple.tak mampu buat sup ayam.sebab ayam takda.eh!!..so,layan aje la resepi budak-budak ini.euwwww.kita kena makan sayur taw.sebab nanti ada si awak tuh kata saya tak suka makan sayur..eh!!hehe..

Bahan-bahan:
  1. perencah sup (yang ada sekali dengan sup bunjut,kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
  2. lobak merah,sayur kubis,buah tomato,ubi kentang dibelah 4 ataupun 6 (ikut selera) dan ikot suka la sayur apa,asalkan sayur..hihi
  3. sotong( dipotong bentuk cincin)
  4. bawang besar,bawang putih,halia (ditumbuk)
  5. Garam
  6. air
  7. minyak sedikit
Cara membuatnya:
  1. panaskan minyak sedikit dalam periuk
  2. bila panas,tumiskan segala bawang besar,bawang putih,halia
  3. masukkan bahan nombor 1 kecuali sup bunjut..
  4. bila naik bau,masukkan sotong
  5. kacau lagi,dan masukkan air
  6. masukkan sayuran no 2
  7. bila dah mendidih masukkan sup bunjut
  8. masukkan garam
  9. akhir sekali,masukkan buah tomato yang dibelah 4.
  10. kacau bagi rasa supnya dan tambah apa yang kurang..hehe
*nak lagi sedap tambahkan serbuk lada hitam
*nak lagi sedap masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup untuk dihidangkan.
*sup bunjut aku masukkan akhir sekali sebab memang terbiasa buat macam itu duk tengok umi kat dapur buat macam itu.so,aku ikut aje la..hihi.
*sebenarnya aku suka buat sup ayam kat Malaysia.cara buatnya pun sama,cuma takda sayur la kecuali ubi kentang.

p/s:
tapi,aku takda daun sup untuk hias..hehe..sebenarnya,kekadang aku kenal rempah ratus,tapi tak tahu nama..haha..bunga lawang,pelaga aku pun tertukar nama..alah,xpenting pun nama tuh.yang penting kenal bahan..eh!!hihi..

ini ikan goreng..nak resepi jugak ke??hehe..tak payah kot!...kalau rasa nak tau boleh tanya..euwww.!
yang ini sambal belacan dari air tangan Mass..maklumlah barang maknya kirim baru sampai,termasuk belacan. so,aku boleh makan sambal belacan kat obesi taw..muahaha!..alhamdullilah..perencah sup itu maknya kirim jugak la.itu boleh buat sup..mekaseh mak cik azizah! i love u laa~~

Nota Pengukir:
itu sahajalah makanan tengahari tadi untuk kami bertiga disini.aku update entry makanan sebab takda cerita yang best nak kongsi,tentang masakan pun jadilah erk..hehe..sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, May 16, 2011

karipap kari ubi kentang

siapa yang pernah baca blog aku entry pasal karipap serunding kat SINI.itu pertama kali buat,kali ini yang kedua,aku buat karipap inti kari ubi kentang.tapi,nak bagi kelainan sikit.aku taruk isi ketam.euwww..jom tengok gambar dibawah dimana aku dan Mass same-sama buat karipap.aku buat inti karipap,Mass buat doh karipap.
 wah!!kali ini main edit gambar.senang nak upload..so,sini aku nak share macamne cara nak buat inti karipap versi aku dan doh karipap versi Mass..hehe

untuk doh karipap(oleh Mass)
  1. Tepung gandum
  2. Majerin
  3. Garam
  4. Gula
  5. Sedikit air
semua itu diadun sekali.sementara Mass buat doh karipap.aku buat inti:

untuk inti karipap(oleh aku)
  1. ubi kentang(dipotong dadu) | nak lagi cepat lembut direbus dulu bagi empuk
  2. serbuk kari(ayam & daging ADABI)
  3. cili boh
  4. bawang besar (dipotong dadu)
  5. halia (ditumbuk halus)
  6. isi ketam
  7. garam
  8. gula
  9. sedikit air
  10. sedikit minyak
Cara membuatnya:
  1. panaskan sedikit minyak
  2. masukkan cili boh,kasi naik bau
  3. masukkan sedikit gula
  4. masukkan potongan bawang besar dan halia
  5. masukkan serbuk kari
  6. kacau sehingga naik bau
  7. masukkan ubi kentang yang dipotong dadu 
  8. kacau sehingga sebati,masukkan sedikit air
  9. masukkan isi ketam yang telah dihiris.
  10. masukkan garam
  11. kacau sehingga ubi empuk dan kering
  12. sejukkan dan boleh terus menguli karipap
 karipap yang lawa & cantik itu oleh Mass.yang cacat itu oleh aku..waaa!!sedey,percubaan kedua masih gagal.lepas siap uli karipap bolehlah digoreng dalam minyak yang sederhana panas.pastikan minyak tidak terlampau panas.
lepas siap digoreng,bolehla dimakan bersama-sama..yeay!alhamdullilah.apa yang penting rasanya sedap.kulit karipap yang lembut dan inti yang enak!eh..hehe..selamat mencuba~

Nota Pengukir;
kali pertama buat inti karipap..alhamdullilah jadik..=),masalahnya nak uli karipap gagal lagi.huhu

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

ketam masak cili bermadu

 ini adalah masakan rekaan aku..hehe.sebab asyik dengar semua orang kata sesuai ketam masak bercili la.okey!sekarang aku mahu kongsi style aku masak.pertama sekali nak bagitahu,ini pertama kali aku masak ketam.huhu.semalam sibik bersengkang mata usha laman yang yang sediakan cara siang ketam.tengok SINI.jom layan aje k..hehe.

 lepas settle cuci ketam itu,gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

terus goreng dalam minyak yang panas.dan asingkan.
 
cara membuat kuah sambal madunya ialah:
  1. Panaskan minyak sedikit dalam kuali
  2. Masukkan cili boh (ikot kesesuaian)
  3. kasi naik bau dan masukkan gula
  4. masukkan halia,bawang besar @bawang merah,bawang putih( ditumbuk halus)
  5. masukkan sedikit garam
  6. bila dah naik bau,masukkan ketam yang diasingkan tadi
  7. Gaulkan sekali dengan sudip sampai sebati
  8. Masukkan sedikit air asam jawa untuk berkuah(jangan terlebih takut masam)
  9. Masukkan sedikit sos tomato untuk tambah kepekatan(ikot kesesuaian)
  10. bila dah mendidih tutup api.
  11. Masukkan madu (ikut kesesuaian)
  12. Gaulkan sekali lagi,angkat dan hidangkan.
taraaa!! siap...sedap..ianya rasa sedikit pedas dan manis.
ini aku yang cuba tingkatkan mutu masakan dan akan cuba untuk berkongsi ilmu masakan untuk semua.walaupun umur aku 21 tahun,tak membataskan aku untuk mencuba semua masakan..nak berumah tangga esok-esok takdala aku terkial-kial depan mak mentua aku..eh!!hehe..mekaseh zizie atas nasihat cara goreng ketam itu..hihi.selamat mencuba!!

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

telinga boleh dimakan | mini orejitas

boleh dikunyah sambil blogwalking!haha.
aku beli semalam,sebekas 30 peso.kunyah sorang-sorang depan laptop!.
dahla banyak ni..gigi penat dah nak gigit..eh!!
orejitas=telinga
nampak x cookies ini macam bentuk telinga?
saya suka gigit-gigit telinga ini..eh!!haha..
sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, May 10, 2011

karipap cacat serunding

karipap cacat oleh Syafa
 untuk makan malam rasa nak buat karipap!!haha..pelikkan?sebab biasa karipap untuk makan petang dan pagi.tapi,bila dah duduk luar negara ini,kenala buat pelik-pelik..haha!!..itu karipap aku buat,tersangat la cacat.pertama kali buat kot,kat Malaysia pun aku tak pernah buat.asyik tempah,beli kedai aje.kira okey la tuh kan?tak pun umi buatkan karipap.hihi.kali ini,dengan semangat yang kuat nak buat karipap,minta Mass yang ajarkan.dia terer wat karipap rupanya.haha.satu lagi kelemahan aku,aku tak reti buat kuih,buat lauk tau la.eceh!
 ini Mass punya.lawa la bentuk dia,adalah rupa karipap kan?malu aku.takpelah.Mass pun kata,pertama kali memang la macam tu,lain kali aku nak cuba lagi.ye!aku cuba lagi.tak perlu nak muncungkan mulut tengah buat karipap ye syafa..hehe

 haha..inilah hasil karipap anak-anak Malaysia diperantauan.haha..yang dalam pinggan itu yang aku buat la,yang dalam bekas putih itu,Mass punya.kami buat sikit aje.aku buat 7 biji.Mass buat 6 biji.

 ini serunding,yang daging,ayam,udang,ikan,semua aku letak.haha.yang umi pos hari itu,banyak lagi aku tak makan.saja buat inti karipap.ala,okey apa.tapi,lepas ini ingat nak buat inti ubi kari pulak la.

dah siap goreng,terpaksa dikecikkan sebab malu..hihihi

Nota Pengukir:
so,kenyang  aku makan karipap untuk makan malam bersama Mass dan Naim!!..alhamdullilah.nanti dah buat elok-elok nampak rupa karipap,aku EXTRA LARGER kan okey!..aku masih belajar buat kuih taw.nanti balik UUM nak jual karipap la..haha.ada orang nak beli ke?haha.sekian.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

TALAPIA MASAK LAPRIK

gambar dari SINI.

peliknya tajuk itu.haha.aku sakit perut la,2 hari dah ni,tak baik lagi.sebabnya,aku ada masak ikan talapia.hoho.percubaan pertama aku memasak ikan air tawar ini sendiri.aku pandai dah cuci ikan.sebab ingat masa umi ajar zaman dahulu kala.masa mula-mula belajar dulu,memang hancur ikan selayang rumah aku,tapi,itu dulu..haha.sekarang sejak dah nak berumah tangga,tiang ini kenala belajar..eh!!hehe.

sebabnya 3 hari lepas,teringin nak merasa ikan talapia.baru rasa macam duk Malaysia sket.beli aje dulu.cara masak usha dalam internet.hehe.so,beli 3 ekor la.dengan semangat aku usha dari internet.terjumpalah satu resepi TALAPIA MASAK LAPRIK..bukan paprik taw!aku terus pergi buat.hoho.

masa makan itu,aku rasa macam okey la.sebab sedap.tapi,pedas satu hal!..terlebih masam mungkin.sebab masakan itu kena perah asam limau.huhu.eksaited kot!terlebih perahan asam limau..agaga!

sampai kesaat ini aku masih rasakan sakit ini.hoho.tapi,sedap jugak tau!.pergilah usha resepi itu.kalau nak buat lagi,aku cuba kurangkan perahan air asam limau.aih!..hihi.gambar aku takda ambil,sebab eksaited nak makan.haha.

BAHAN-BAHAN:
  1. Ikan talapia
  2. minyak
  3. bawang putih (ditumbuk halus)
  4. cili boh
  5. bawang besar(dimayang sebab aku takda blender)
  6. bawang goreng
  7. limau nipis
  8. garam
  9. gula
  10. sedikit air untuk bagi berkuah.

CARA MEMBUATNYA:

untuk ikan:

basuhkan ikan sampai bersih dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam dan goreng.asingkan

untuk kuah:
  1. masukkan minyak 
  2. tumiskan dulu cili boh sampai naik bau
  3. masukkan bawang putih,bawang besar
  4. masukkan gula
  5. masukkan perahan air asam limau
  6. masukkan garam 
  7. sedikit air
lepas siap semuanya bagi rasa pun dah sedap.boleh la tuangkan kuah  tadi keatas ikan talapia yang sudah digoreng.nak lebih sedap,tarukkan bawang goreng dan daun sup yang telah dipotong.tabur atas ikan itu.

resepi asalnya lain,ada aku ubahnya sebab aku takda taruk cili padi.sebab cili boh dah pedas.kalau nak buat macam aku pun boleh.ikot korangla,kita kan kena kreatif..hihi.tapi,kalau nak buat jangan jadik macam aku,terlebih masam.hihi.resepi asal dekat SINI.

Nota Pengukir:
awak!!kita rindu awak..(T____T)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, May 6, 2011

GEGAR 1000 BLOG : MAY 2011


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Asal usul Hari Ibu | pendapat sahabat-sahabat FB tentang sambutan hari ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



********************************************************************************
okey!yang itu semua aku pun ada terbaca dari facebook.lepas itu,aku terbaca dekat komen-komen sahabat-sahabat lain tentang artikel ini.tentang sambutan hari ibu ini,aku pun nak kongsi kat sini:

*org islam takda hari2 ibu la, bapa la,..org islam ikut je alquran..taat pada kedua ibu bapa setiap hari setiap masa.

*'hari ibu tiap2 hari'..

*InsyaAllah boleh je sambut, yang penting niat untuk ibu kita yang melahirkan kita..tak salah satu hari tu kita luangkan masa dgn mereka sehari sehabis-habis masa yang ada disebabkan kita sentiasa busy dgn duniawi setiap masa..adakah kita sentiasa bersama ibu kita 24 jam sehari? so apasalahnya sehari tu kita spend kan masa bersama mereka..

*Sambutan hari IBU adalah HARAM krn asal dari Mother of God . Dimana org Kristian mengatakan Siti Mariam, Ibu kepada Nabi Isa ialah Isteri Tuhan..." -(Ustaz Azhar Idrus)... * hari2 adalah hari ibu..xperlu tnggu adanya hari ibu baru kita nk ucapkan 'selamat hari ibu"

*bukan niat sambut tu sebab nak ikut agama lain, sambut sbb meraikan ibu sahaja, manalah mungkin semua anak anak nak berkumpul sama sama 24/7 meraikan ibu sbb tuntutan realiti yakni kerja dan komitmen terhadap keluarga masing masing, so j...ika diperuntukkan satu hari semua anak beranak berkumpul dan meraikan ibu, tidaklah salah, malah harus. Niat menggembirakan hati ibu dan menjalinkan ukhwah adik beradik, itu saja. Wallahualam.

*setiap hari merupakan hari ibu pada umat Islam bukannya pd hari2 tertentu sahaja.. begitu juga hari bapa ..wallahualam ..

*Kita semua dikelirukan oleh mereka sejak dahulu lagi..tak payah la mengikut-ikut dakyah barat tu.Hiduplah berpandukan Al-Quran.Ingat lah ibu kita setiap hari,dan hormatinya.

*tidak salah nk smbut hari ibu..boleh utk mengigati jasa ibu n mgahrgai ibu pada satu tarikh...tp lebih baik bukan hari yg SAMA dgn org kristian..lebih baik kita CIPTA sndiri 1 hari khas n bersepakat ngn kluarga utk raikan hari ibu..klu hari yg sme ngn org kristian wlupun niat kita bukan utk ikut dieorg tp seolah kita mgiakan ape yg dieorg lakukan..wallahu'alam..

*walaupun niat utk mengembirakan ibu tetapi asal usul perayaan tersebut harus diambilkira.

*ikutlah ape yg alim ulama katakan...krn dia mengeluarkan 1 statement tu berdsarkan Al-Quran, Hadis n telah mgaji pelbagai kitab..kita ni?..

*Kita lupa yg sebenarnya setiap kali hari jadi kita adalah hari ibu. Tapi kita merayakan dgn org tersayang selain dari ibu kita. Sepatutnya pada hari kelahiran kita panggilan pertama adalah pada ibu yg telah melahirkan kita dengan susah paya...hnya. Tulah yg saya lakukan. Pada sya hari ibu buat saya adalah hari saya dilahirkan setelah 9 bulan ibu membawa saya kemana dia pergi. Memang setiap hari adalah hari ibu tapi hari kita dilahirkan adalah hari dimana ibu menyabung nyawa untuk kita.
*banyak pendapat yg bernas dan baik namun jgn lupa rujukan kita alquran dan sunnah,kemudian ijmak ulama..pandangan peribadi tidak selalunya benar 100%..adakalanya bercanggah samasekali dgn hukum syarak dan perlu kita tolak..harap maklum
 
*mengapa perlu ada hari tertentu utk menghargai ibu kita?... anak2 yg soleh n solehah sntiasa mendoakan ibu bapa setiap kali dlm solat... bukannya pd hari tertentu baru nk menunjukkan kasih sayang...jgn kita mengikut budaya luar yg tidak diajar oleh al Quran dan Sunnah..

*syukran ats ilmu mengingati...jauhkn dr tersasar dr islam.yg pntg nawaitu kita buat mak.berdoa untk kebaikan...dn untk hargai mak.bukn tuk hr ibu je.setiap masa adlah hari buat mak..

Nota Pengukir:
terima kasih aku ucapkan kepada setiap sahabat yang mengeluarkan pendapat itu.bagi aku pulak,hari hari,adalah hari ibu buat umi aku.walaupun takda ucapan,yang penting kita doakan untuk ibu,ayah kita setiap kali lepas solat.dan bagi aku jugak,kalau ada duit lebih ke walaupun kita ini masih belajar,beli la sesuatu untuk  ibu kita walaupun tak mahal,ianya sebagai tanda kasih sayang kita untuk ibu.konpem ibu gembira. semoga hidup kita sentiasa diberkati,kerana doa ibu bapa lah yang membawa kita kepada siapa kita sekarang..love u UMI!!~mMMuaah~~rindu umi..semoga umi dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik sentiasa..Amin..=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, May 5, 2011

| hari-hari tengok orang ber kiss-kiss |

aih!..aku nak mengamuk kang macam tak patut..yela,tadi pergi kelas batal pulak dah,lecturer tak sehat!selsema katanya..aduyai!penat aje datang..semoga dia cepat sihat!..hihi

tapi,aku tak balik dengan tangan kosong.haha .sebab dapat tengok orang kiss-kiss..glurp!!..mula-mula sampai sini dulu,macam mengucap panjang aje aku,tengok gaya hidup sini.lama-lama macam lali dah.haha!!..yela,naik bas macam itu jugak,depan-depan mata aku duk kiss sana sini.aih!!.penat la macamnie.

kelabu mata jugak la.aku kadang itu terfikir jugak,memang gaya hidup diorang sangat bebas,tanpa sekatan.itu namanya ujian yang kuat bagi aku sejak duduk negara mat salleh ini.cuma atas kita la pulak,atas keimanan kita.kalau tak kuat,mesti dah la terikut style diorang.alhamdullilah,masih bertahan setakat ini..syukur!

dengan adanya iman ini,alhamdulillah tak terikut lagi la cara diorang berpakaian.agaga!!..aih,pening den dalam kelas.nak senang,ambil seat paling depan,so nampak lecturer aje la.hihi.tapi,kadang tuh,lecturer punya pakaian pulak..mak aih!!..haha.tak fokus aku macamnie. aih..

sebab itulah,masa sebelum aku datang sini,umi duk pesan bawak itu ini,hafal surah itu ini,sebab umi aku kata basic kena kuat.baru kukuh hidup kat negara mat salleh ini.selalu aje kena doa,mintak kuatkan iman dinegara ini,kekalkan aku dalam nikmat islam.alhamdullilah.kalau nak senang,aku baca aje AL-Mathurat..

kuatkan iman,mintak perlindungan dari ALLAH.Dia la sebaik pelindung kita walau dimana kita berada.Amin.

Nota Pengukir;
best ke bercium-ciuman dalam keadaan panas terik?agagaga!~muahaha!..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, May 4, 2011

Segmen AKU mengenali blogger/kawan

aku dapat segmen ini dari blog Afifah..=)

Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog 

  •  Nama aku Wan Nurul Syafawati binti Wan Ahmad.
  • Pelajar dalam program Ijazah Sarjana Muda Pemasaran semester 4.
  • www.wannurulsyafawati.blogspot.com
  • DISINI AKU UKIR

Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?

aku menceburi dalam duni blogging ini sejak April 2008.aku join sebab aku terikut dengan abang angkat aku..huhu.lastly,skang,aku yang teruskan blogging.blog dia,dah menyepi aku tengok.aku dah buang dah dari blog list..hihi.dan memandangkan jugak waktu itu,baru habis matrik,aku berjinak-jinak la.tak sangka melekat hobi ini.

Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?

pengisian tentang apa yang aku lalui ,setiap apa yang aku rasa nak kongsi.sebab itu dekat description aku ada tulis,saya hargai setiap apa yang saya lalui.

Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.

  • Gengblogger.com
  • Sintokkian`s` blogger (blogger UUM,Sintok Kedah)
Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang.. cth mcm lagu dgn autoplay ke...


apa yang tak patut hmm.bagi aku tentang pemilihan tajuk entry.aku tak suka tajuk yang menyakitkan hati..huhu.kemain gempar sana sini,padahalnya takda apa pun.entah!depend la kot.satu lagi warna blog,dengan warna tulisan.kadang itu susah nak baca.sama jugak dengan saiz tulisan semua.


Korang mahukan blog korang lebih............................


punya ada template sendiri,aku nak blog aku ada identiti sendiri.nantila aku balik Malaysia,aku nak tempah template baru.nak urusan bayaran kang,susah pulak dari Mexico ni.satu lagi aku nak blog aku diterima orang..hihi

Komuniti blogger.....................


bagi aku best jugak!tapi,aku tak suka yang sibuk ping blog aje,pastu blah!.huhu

Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain..


aku nak bagi nasihat pun aku tak reti.sebab aku bukannya blogger tegar.tak pemes..hehe.tapi,bagi aku apa yang kita nak taip kena bermula dari hati..eh!betol ke nasihat aku?haha.satu lagi,jangan ada yang menjatuhkan blogger lain,kesian dowh!.biarlah sama-sama kita naik.kita kan blogger 1 Malaysia.eh!tetibe je...

Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?


aku rasa blog seseorang best,aku follow.macam entry dia best ke,apa yang diceritakan menarik hati aku,aku follow la.kadang tuh,macam orang dah follow aku,aku pergilah balas kunjungan.takdala aku sombong sangat pun.cuma kadang masa aje yang singkat membuatkan aku lambat balas kunjungan.

Pendapat korang tentang blog aku...

okei aje blog kau.sebab senang nak loading..hihi.best masuk.mekaseh afifah..=)


Tag 2 Orang

-Padlie
-aliarosli
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, May 3, 2011

Terima Kasih Ya Allah kerana telah memberi aku merasai kasihnya ayah..

bila kita rasa diuji dengan dugaan yang begitu kuat oleh Allah.ingatlah bahawa,orang yang dibawah kita yang lagi hebat ujiannya.sesungguhnya Allah takkan uji seseorang berdasarkan kesanggupannya.

aku bersyukur masih ada umi bersama kami.adanya saudara-mara yang masih bersama kami.Alhamdullilah YA ALLAH!..

pemergian ayah genap 8 tahun..

semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Ayah tetap dalam ingatan kami..

Wan Ahmad bin Wan Salleh...

aku merinduimu..............

pemergianmu didepan mataku,takkan kulupa.
pemergianmu aku relakan,
pemergianmu aku ingati,
pemergianmu aku redhai,
pemergianmu aku tangisi,
pemergianmu aku rasai,
pemergianmu mengajar aku erti kekuatan hidup sebenar untuk lebih berdikari.

Terima kasih Allah kerana memberi aku merasai kasih sayang seorang ayah walaupun hanya sekejap cuma selama 13 tahun.

hargai ayah anda selama mereka masih disisi..
saya sayang arwah ayah & umi!..

Nota Pengukir:
(T______________________T)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, May 1, 2011

::cinta itu fitrah ::


 apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Allah akan buka laluan 
untuk cinta yang terbaik juga hadir
semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.

Nota pengukir:
aku nak jadik baik baru dapat pasangan yang baik..
wink! \(^_^)/
sumber asal SINI
 

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

betik oh betik!!..


baru ini aku beli betik.tapi,lepas potong tuh,tengok tak masak lagi.kecewa jugak la.ingatkan dah masak.sebabnya,aku punya style,suka potong siap-siap taruk dalam peti.kalau rasa nak mengunyah aje,boleh terus makan.tengok gambar itu,tak masak lagi kan?..=(

ha,lepas itu.dapat idea..muahaha!idea orang bujang katakan.teringin nak buat jeruk!..alahai,tapi takdala macam jeruk pun.cuka pun aku takda.terus potong kecil-kecil.panaskan periuk,masukkan air sedikit,letak betik yang dah dipotong kecil,taruk gula,garam,then potong cili sedikit.kasi pedas..huhu..


inilah rupanya,walaupun tak menarik mana.biasalah.air tangan orang bujang macam aku.buat simple-simple sudah!.bukannya hidang kat bakal mak mentua.eh!!muahaha..so,sekarang,aku dah taruk dalam peti ais.bagi sejuk dulu.nanti boleh la makan..yeay!..mengunyah buah-buahan la lepas ni..hihi

Nota Pengukir;
bolehla kalau korang nak mencuba.simple aje..hehe.tak rugi beli betik tak masak lagi.haha.sekian..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-