Monday, May 16, 2011

ketam masak cili bermadu

 ini adalah masakan rekaan aku..hehe.sebab asyik dengar semua orang kata sesuai ketam masak bercili la.okey!sekarang aku mahu kongsi style aku masak.pertama sekali nak bagitahu,ini pertama kali aku masak ketam.huhu.semalam sibik bersengkang mata usha laman yang yang sediakan cara siang ketam.tengok SINI.jom layan aje k..hehe.

 lepas settle cuci ketam itu,gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

terus goreng dalam minyak yang panas.dan asingkan.
 
cara membuat kuah sambal madunya ialah:
  1. Panaskan minyak sedikit dalam kuali
  2. Masukkan cili boh (ikot kesesuaian)
  3. kasi naik bau dan masukkan gula
  4. masukkan halia,bawang besar @bawang merah,bawang putih( ditumbuk halus)
  5. masukkan sedikit garam
  6. bila dah naik bau,masukkan ketam yang diasingkan tadi
  7. Gaulkan sekali dengan sudip sampai sebati
  8. Masukkan sedikit air asam jawa untuk berkuah(jangan terlebih takut masam)
  9. Masukkan sedikit sos tomato untuk tambah kepekatan(ikot kesesuaian)
  10. bila dah mendidih tutup api.
  11. Masukkan madu (ikut kesesuaian)
  12. Gaulkan sekali lagi,angkat dan hidangkan.
taraaa!! siap...sedap..ianya rasa sedikit pedas dan manis.
ini aku yang cuba tingkatkan mutu masakan dan akan cuba untuk berkongsi ilmu masakan untuk semua.walaupun umur aku 21 tahun,tak membataskan aku untuk mencuba semua masakan..nak berumah tangga esok-esok takdala aku terkial-kial depan mak mentua aku..eh!!hehe..mekaseh zizie atas nasihat cara goreng ketam itu..hihi.selamat mencuba!!

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

5 comments:

Bunga said...

bnampak sedap..tapi bunga xmakan ketam..hakha..

秋 ツ said...

waaaa bestnye!! nak rase~ hehe

Adinda Amy Sensei said...

pandainya masak..hehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sedap..sedap..itulah bagusnya duk jauh dari mak bapak ni boleh mkn hasil air tgn sendiri.

mySheiRa said...

best2 jer entry mu psl masak2 nie...kne msk utk ak blek ganung kkgi..hahaha XD