Monday, May 16, 2011

karipap kari ubi kentang

siapa yang pernah baca blog aku entry pasal karipap serunding kat SINI.itu pertama kali buat,kali ini yang kedua,aku buat karipap inti kari ubi kentang.tapi,nak bagi kelainan sikit.aku taruk isi ketam.euwww..jom tengok gambar dibawah dimana aku dan Mass same-sama buat karipap.aku buat inti karipap,Mass buat doh karipap.
 wah!!kali ini main edit gambar.senang nak upload..so,sini aku nak share macamne cara nak buat inti karipap versi aku dan doh karipap versi Mass..hehe

untuk doh karipap(oleh Mass)
  1. Tepung gandum
  2. Majerin
  3. Garam
  4. Gula
  5. Sedikit air
semua itu diadun sekali.sementara Mass buat doh karipap.aku buat inti:

untuk inti karipap(oleh aku)
  1. ubi kentang(dipotong dadu) | nak lagi cepat lembut direbus dulu bagi empuk
  2. serbuk kari(ayam & daging ADABI)
  3. cili boh
  4. bawang besar (dipotong dadu)
  5. halia (ditumbuk halus)
  6. isi ketam
  7. garam
  8. gula
  9. sedikit air
  10. sedikit minyak
Cara membuatnya:
  1. panaskan sedikit minyak
  2. masukkan cili boh,kasi naik bau
  3. masukkan sedikit gula
  4. masukkan potongan bawang besar dan halia
  5. masukkan serbuk kari
  6. kacau sehingga naik bau
  7. masukkan ubi kentang yang dipotong dadu 
  8. kacau sehingga sebati,masukkan sedikit air
  9. masukkan isi ketam yang telah dihiris.
  10. masukkan garam
  11. kacau sehingga ubi empuk dan kering
  12. sejukkan dan boleh terus menguli karipap
 karipap yang lawa & cantik itu oleh Mass.yang cacat itu oleh aku..waaa!!sedey,percubaan kedua masih gagal.lepas siap uli karipap bolehlah digoreng dalam minyak yang sederhana panas.pastikan minyak tidak terlampau panas.
lepas siap digoreng,bolehla dimakan bersama-sama..yeay!alhamdullilah.apa yang penting rasanya sedap.kulit karipap yang lembut dan inti yang enak!eh..hehe..selamat mencuba~

Nota Pengukir;
kali pertama buat inti karipap..alhamdullilah jadik..=),masalahnya nak uli karipap gagal lagi.huhu

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

CT NoArIzAh ArIs said...

Mengoda sungguh karipap tu... jeless tul dgn student mexico ni rajin mcm duk kat tempat sendiri !!