Tuesday, May 10, 2011

TALAPIA MASAK LAPRIK

gambar dari SINI.

peliknya tajuk itu.haha.aku sakit perut la,2 hari dah ni,tak baik lagi.sebabnya,aku ada masak ikan talapia.hoho.percubaan pertama aku memasak ikan air tawar ini sendiri.aku pandai dah cuci ikan.sebab ingat masa umi ajar zaman dahulu kala.masa mula-mula belajar dulu,memang hancur ikan selayang rumah aku,tapi,itu dulu..haha.sekarang sejak dah nak berumah tangga,tiang ini kenala belajar..eh!!hehe.

sebabnya 3 hari lepas,teringin nak merasa ikan talapia.baru rasa macam duk Malaysia sket.beli aje dulu.cara masak usha dalam internet.hehe.so,beli 3 ekor la.dengan semangat aku usha dari internet.terjumpalah satu resepi TALAPIA MASAK LAPRIK..bukan paprik taw!aku terus pergi buat.hoho.

masa makan itu,aku rasa macam okey la.sebab sedap.tapi,pedas satu hal!..terlebih masam mungkin.sebab masakan itu kena perah asam limau.huhu.eksaited kot!terlebih perahan asam limau..agaga!

sampai kesaat ini aku masih rasakan sakit ini.hoho.tapi,sedap jugak tau!.pergilah usha resepi itu.kalau nak buat lagi,aku cuba kurangkan perahan air asam limau.aih!..hihi.gambar aku takda ambil,sebab eksaited nak makan.haha.

BAHAN-BAHAN:
  1. Ikan talapia
  2. minyak
  3. bawang putih (ditumbuk halus)
  4. cili boh
  5. bawang besar(dimayang sebab aku takda blender)
  6. bawang goreng
  7. limau nipis
  8. garam
  9. gula
  10. sedikit air untuk bagi berkuah.

CARA MEMBUATNYA:

untuk ikan:

basuhkan ikan sampai bersih dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam dan goreng.asingkan

untuk kuah:
  1. masukkan minyak 
  2. tumiskan dulu cili boh sampai naik bau
  3. masukkan bawang putih,bawang besar
  4. masukkan gula
  5. masukkan perahan air asam limau
  6. masukkan garam 
  7. sedikit air
lepas siap semuanya bagi rasa pun dah sedap.boleh la tuangkan kuah  tadi keatas ikan talapia yang sudah digoreng.nak lebih sedap,tarukkan bawang goreng dan daun sup yang telah dipotong.tabur atas ikan itu.

resepi asalnya lain,ada aku ubahnya sebab aku takda taruk cili padi.sebab cili boh dah pedas.kalau nak buat macam aku pun boleh.ikot korangla,kita kan kena kreatif..hihi.tapi,kalau nak buat jangan jadik macam aku,terlebih masam.hihi.resepi asal dekat SINI.

Nota Pengukir:
awak!!kita rindu awak..(T____T)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

4 comments:

Lulu caldina said...

sedapnya........

CT NoArIzAh ArIs said...

Kat mexico pun leh jumpa talapia ??

syAfA said...

kak arizah:
haah!itu yang macam pelik.tapi,beli aje la..hihi.memnag talapia,nama dia pun sama.rupa sama.so,sebab itu berani beli.

Anonymous said...

sedappppp tp masam sikit..nnt u kurangkan masam tau..kang x manis da muka i ni.. ahaksssss