Thursday, May 24, 2012

Gagal dengan Permainan Facebook


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,


actually,i dont know what i feel..hmm,feel nothing!..then,maybe feel be a lot of sins...T.T..i'm so frustrated with myself because fail to "mujahadah"...

"Mujahadah itu pahit,sebab syurga itu manis"

then,i texted to my members usrah.i need some advise from them.seriously, i need them..after that,i got so many message,make me feel better.i asked them,about ikhtilat alam maya ini,so hard to me to control chatting,comment,stalk wall anyone,gosip-gosip.ahh! i'm feel blurrred~T.T.


"Apabila buat sesuatu macam komen,or chat niatkan kerana Allah,bila nak chat or komen,refresh kembali tujuan kita dalam ber facebook"



"dengan niat kita dalam ber facebook untuk kebaikan,untuk sebar dakwah,untuk kongsi keindahan islam..kita dapat didik diri supaya lebih berhati-hati dalam berfacebook.tanam dalam hati supaya kita buat nak dapat redha Allah"..

"kalau syafa rasa deactive facebook itu terbaik,teruskan,tapi,apa kata just syafa kurangkan komen-komen yang tak sepatutnya.kalau ada nampak perbualan tersebut menjurus kepada menda-menda lagha hentikan cepat,tak semestinya,komen atau chatting perlu dibalas"



"cepat-cepat muhasabah! renung kembali tujuan sebenar kita dalam berfacebook.syaitan itu memang licik.jadi,kena sentiasa benteng diri dengan zikrullah."

"tapi,kalau syafa rasa deactive facebook,buat syafa lagi tenang.teruskan aje.saya sokong syafa..terus dekatkan diri pada-Nya.insyallah! kalau kita selalu ingat DIA,kita takkan lupakan DIA.kuatkan semangat"

"insyallah! akak doakan adik.memang sukar nak istiqamah dalam mujahadah.yang penting kita terus berusaha untuk jadik hamba yang terbaik untuk-Nya."


Alhamdullilah! nasihat mereka yang memenuhi ruang inbox handphone aku.membuatku tersentuh.sungguh itu nasihat dari Allah melalui pengantaraan mereka.bukan bermaksud aku kecewa dengan kawan-kawan di facebook.tapi,aku kecewa dengan diri aku sendiri.yang gagal untuk mujahadah.betul,aku sendiri yang tak kuat..nafsu..oh!! susahnya nak kawal..T.T..izinkan aku berundur seketika,bermuhasabah,membetulkan segala apa yang aku tersasar dari landasan yang sebenar.doakan aku..T.T...




Langkah mujahadah langkah yang payah. Tetapi destinasinya sinar yang membahagiakan.Terbanglah! Walau sayap mujahadah itu hampir patah. Walau kaki terasa semakin goyah. Teruslah menguak kepak, jangan pernah berhenti, jangan biarkan angin yang menghanyutkan, teruslah terbang seupaya mungkin.Sesuatu yang didapati dengan susah payah, lebih manis, mahal, berharga, beerti dari sesuatu yang mudah-mudah untuk mendapatkannya.
Sesuatu yang sukar untuk ditinggalkan, apabila berjaya menempuhnya, ia adalah tara iman dan kemanisannya yang semakin bertambah. Kualiti kehambaan, produk khalifah dan ketulusan hati dan ilmu yang tinggi.Sempurnakanlah kehambaan dengan juang mujahadah ini. Kelak, jihad yang tinggi, agama yang perlu didaulati, dan kalimah ‘Allah’ yang perlu dirajai menuntut insan yang hatinya tabah. Dan berdoalah… agar kitalah orang itu.

Jangan memakaikan topeng halal kepada yang haram, atau ‘boleh’ kepada yang ‘tidak boleh’. Itu tanda mujahadah tidak ada makna lagi dalam diri. Hati sudah dihantui kegelapan, sudah terlalu rosak untuk diubati.




Ambillah masa untuk melihat perubahan itu. Berilah masa untuk melihat hakikat cinta Tuhan yang agung itu. Ajarlah hati untuk menyingkap rahsia hikmah Tuhan. Didiklah diri untuk menyantuni taubat, menyayanginya, membuatkan kita merindui untuk melakukannya berulang kali. Bukan kerana salah yang diulang-ulang, atau fasik yang datang, atau munafik yang merajai diri, tetapi kerana rindu merintih, cintakan pertemuan bersama-Nya.

Justeru, taubat dan pertemuan kasih dengan Tuhan ini, hendaknya dilakukan berkali-kali.Syukurlah hati ini masih tidak letih untuk merintih, masih gagah untuk menyerah, masih kuat untuk meluah.Kemana hilangnya Dia? Dia tidak kemana, cuma kita yang menghilangkan diri darinya. Hati kita yang kabur melihat-Nya. Sedangkan Dia sentiasa menunggu kita.Setapak kita mendekat, sejengkal Dia datang.Menyantuni mujahadah, merindui jannah sakinah.



Sekian.=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

5 comments:

reenapple said...

Saya dapat sesuatu dari sini. benda yag dah lama saya nak cari... I try to change into better person. Saya cuba untuk ubah hati saya yang jahat ini... =)

sid sienna said...

salam, 2 things;
1. saya pn addicted to fb. still trying to ignore all the comments and everything... ye, mmg sgt susah rasenye. InsyaAllah..
2. kwn2 usrah? bole share info x? syafa join usrah kt mane? :)

Layyinul Harir said...

@reenapple:

ye,saya doakan awak okey!..awak pun doakan saya jugak.saya jugak punya hati yang jahat..T.T

Layyinul Harir said...

@sid sienna:

1.ye,mmg susah.itu yg saya cuba mujahadah avoid sume ini.

2.ye,kawan usrah.info tentang ape ye?..usrah dalam UUM ini aje.dengan kawan-kawan..~=)

sabihatul shahira said...

syafa..aku mintak maaf xreply msg ko..aku betol2 xda kredit..cuma,apa yng aku ingin smpikan,da smpi kat ko...aku doakan semoga kawan aku ini dikurniakan kekuatan untuk terus mujahadah...
amin...