Wednesday, May 29, 2013

Bergelar Puan




Alhamdullilah!
Sudah 6 hari bergelar Puan.=)

Dengan sekali lafaz, i became his wife..
^__^

Terima kasih atas doa..



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, May 19, 2013

4

assalamualaikum wbt,

saat akhir. ada sahaja berubah.
dari segi pelamin, doorgift, set bilik tudur.
everything changes.
Terima kasih Allah atas rezeki.=)

4 hari lagi,
doakan.
doakan kami!
Ahad terakhir bujang.!ngee
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, May 15, 2013

Sejujurnya..

Assalamualaikum wbt,

sejujurnya aku memang tak sangka aku nak kahwin dengan hassan..ngeee!=)
sejujurnya, aku rasa macam bersyukur dapat dia ..*setakat ini*.heh.
moga rasa ini berpanjangan.

satu hari ,aku tanya sendiri dekat hassan:

"awak rasa, saya ini kurang merajuk tak? pernah ke saya merajuk dengan awak?
"haah la, tak pernah pun setakat ini.haha"

"kan? heee. saya memang tak suka merajuk pun.lagipun, takde apa saya perlu merajuk dengan awak. saya dah kenal awak.dah lama.hee.. "
"haa,tau pun. kalau merajuk pun, saya takda masa nak layan..haha"
"gedik sungguh!."

"kita kahwin nanti, kita baru bercinta, bercinta lepas kahwin"
"okeyyy.Jom ..Ehhhh."


Allah, terima kasih!
Allah terima kasih!
I loveeee Allah!...=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, May 13, 2013

10 hari



Assalamualaikum,
busy,busy, busy.
siapkan report praktikum sampai rasa meleleh air mata..=(
bersihkan rumah, bilik sampai berair hidung..ehh! aku alah debu..uwaaa..

haaa, gambar tuh untuk hantaran.
tunjuk sket-sket aje.
tu nak taruk kek..insyallah!.
kek ada orang nak sponsor..yeay!! Alhamdullilah!..=))
yang lain tunggu makcik tengah buat..heee~
aku hanya mampu doakan semuanya dapat siap dengan baik dan proses gubahan berjalan dengan lancar.(^_^)

Doakan saya.
Doakan saya.
10 hari lagi.
dup..dap.dup..dap..

Terima kasih Allah atas segalanya..=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, May 5, 2013

orang kata

assalamualaikum wbt,

19 hari lagi,
sabar makin kurang,
entah mengapa..aihhhh..T.T
cepat aje nak marah,melenting,
kadang tuh,menda kecik pun jadik nak marah.
syaitan punya pasal la nie..ehhh!!@_@!
nak mengamuk pun ada..hihihihi~~

encik tunang pulak,
masih busy dengan kerjayanya,
dan aku disini masih cuba bertahan,
yeahh! bertahan.
orang kata banyak kena faham kerja dia...
ye, cuba faham la ni..=)))
yela, esok-esok pun banyak kali jugak kena tinggal..dah tau dah..=(((

orang kata,
aku tabah!
sebab boleh buat kerja tentang persiapan baju kawen, pelamin sorang-sorang..hihi.
coolll kan beb?
yelahhh, best pergi sorang-sorang, boleh layan perasaan..hihi~~

orang kata,
aku kuat!
sebab boleh hidup takde calling-calling, mesej hari-hari dengan tunang,
memang pun! aku dah biasa idop single dulu..ekekekeke~
kadang tuh,aku lupa aku dah bertunang..ehhhh!!..
haaa, so takdak masalah pongg..=)
cooll tak aku? ehh!

orang kata,
aku ini ganas, takda ayu bagai.
mereka risaukan aku, sebab bakal jadik bini Tok Imam patot sopan dan sebagainyeeee.
aku?
buat rilek aje.
sebab aku tau ,aku boleh sopan dengan automatikkkk,,ngeee!!
aku,masih cuba ingatkan hati tentang ini..heee..

orang kata,
aku ini bangun lambat lagi..
mereka risaukan aku takot terlajak tidur lepas nikah esok-esok..hahaha..
aku?
wat cool aje,menjawab aje tau..haha..
takpe, aku tau.. bakal suami konpem kejutkan aku..ngeh3!! =P
aku, masih cuba kuat untuk ini..T_T.

orang kata,
aku ini macam takde perasaan ke? tak pernah merajuk dengan tunang ke?
haaaa. inilah aku paling suke,
siyeslyy, aku tak pernah nak merajuk dengan encik tunang,
Alhamdullilah!..=)
yang ini aku paling suke.
yela, dah kata pun jarang contact.
so, takde sebab remeh nak merajuk..
yeayyy!!=))

perasaan sekarang,
ade jugak resah!
resah dengan reporttt praktikum.huhuhuhu..
aku bajet,nak siapkan before tamat pratikum,
sebab nanti dah berumah tangga, takot dah busyyy..hihihi~
takot dah takde masa nak taip report...
maklumlah, tanggungjawab dah makin besorrr.insyallah.huhu~

doakan saya ye!.
doakan saya dengan Hassan bin Harun..
doakan kami!...
moga hubungan kami berkekalan hingga kesyurga!..=)
Moga Allah memudahkan perjalanan majlis kami..Ameen..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, May 2, 2013

21 hari

Assalamualaikum,

tinggal 21 hari lagi bakal jadik bini orang.
tersangatlah penat..
sampai tak sihat dah hari ini.=(
cutiiii la hari ini.

stress dengan orang sekeliling,
okeylah.
Moga Allah permudahkan segala urusan.=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, April 23, 2013

Beza


Assalamualaikum wbt,

Actually, aku banyak sangat perbezaan dengan dia,
Aku banyak cakap, dia cakap sket.
Aku suka pot-pet, dia dengar aje,
Aku tak suka tengok tv, dia suka tengok tv.. (@_@)
Dia suka dengan zikir, aku suka dengar dikir..ehh! tipu ini.haha.
Yang pasti, dia sangat punctual, aku aje tak.. T.T..
Dia giler gajet, aku tak giler gajet.hehe.
Aku suka membazir duit, dia suka simpan duit..
Aku selalu tak pikir panjang, dia suka pikir panjang..=)
Aku suka gelak kuat-kuat, dia hanya senyum aje.

Kadangkala aku fikir, banyak hikmah jugak aku bertunang dengan mamat ni..ehh! =P
Tak lama dah nak kawenn…
Tinggal 31 hari lagi..wee~
Moga Allah mudahkan semuanya..Ameen.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 21, 2013

you are not dreaming now

assalamualaikum wbt,

semalam kad kahwin dah siap.. Alhamdullilah. Penantian berakhir..Tapi, macam tak percaya pulak yang kad kahwin tuh tertera nama aku..semua adik beradik aku gelak-gelak.. macam rasa, baru aje zaman kecik-kecik sama-sama..ehh! ..hee. tak tahu kenapa, sekejap aku macam tak kesah, sekejap aku macam eksaited. hakikatnya, makin lama, aku rasa macam tak sabar nak habiskan persiapan.. terutama persiapan bilik.. T.T.. seriously, malas giler nak kemas.. T.T

adik saya yang sedang masukkan kad dalam sampul..

lepas itu, mesej my BFF, haziqah. tell her that i masih tak cayeee yang kat kad itu ada nama aku ! so, she replied,

"come on babe, you are not dreaming now".

so, adik , kakak aku tolong lipatkan kad masuk dalam sampul. ( aku hanya tukang tengok sebab aku tak reti lipat..ehh!) insyallah, 500 keping kad bakal diedarkan..insyallah dalam minggu ini aku nak pos untuk kawan-kawan.untuk yang terdekat umi kata akan edarkan maybe akhir bulan ini ataupun lepas mengundi..=)

untuk kawan-kawan yang sedang baca ini, 
sila PM alamat dan nama penuh kat saya..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, April 20, 2013

salah paham

assalamulaikum,

salah faham sering terjadi.
apabila hilangnya sikap saling memahami,
tak kira dengan siapa.
dengan orang sekeliling pun akan ada terjadi.
sekian
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, April 19, 2013

kemas

assalamualaikum,

mahu buat kenduri bukan senang,
kena kemas rumah.
kena alih barang..T.T
tukar itu ini..
gotong -royong sama-sama

semuanya kerana nak sambut orang baru masuk umah.
terima kasih adik beradik yang sudi tolong kemas rumah.
aku ini aje yang pandai mengarah..haha...

sekian..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, April 18, 2013

Belek Diari

Assalamualaikum wbt.

Ada satu malam tuh, masa aku balik rumah kat Dungun bulan lepas. Aku belek diari aku yang tahun 2007.waktu itu, aku masih di Tingkatan 5. heee. aku boleh tulis kat sini, tapi aku tapis jugak la eh..hee.

yang bertarikh 13 Januari yang tertulis begini.

" hari ini, aku nampak dia. lalu depan kelas aku. tapi, tetibe aku rasa jantung aku berdegup kencang. adakah aku mulai jatuh cinta pada dia? oh!! no.no.no..

Bila baca benda ini sekarang, rasa nak menangis, terharu bagai..ehh!. sebab sidia tuh it my fiancee now..opsss! pecah rahsia satu sekolah..kehkeh.but for me, semua dah berubah. aku pun makin besar, dia makin sihat.ehh! =P

pendek cerita, aku pernah jugak la rapat dengan tunang aku ini zaman sekolah. bestfriends jugak la. pernah dia cerita pasal awek-awek dia, aku cerita tentang pakwe aku. alah,zaman sekolah kan? huhu. so, perangai dia yang serius tuh,aku boleh katakan yang itu tetap sama.hihi

Kuasa Allah,kalau Allah kata dia milik kiter, sidia tetap akan kembali.
akan ada cara menyatukan kita..=)



Permudahkan Jalan kami Ya Allah!.Amin.Mohon doa kalian juga.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, April 17, 2013

Tak Dengar kata

assalamualaikum wbt,

Pernahkan kita selami perasaan seorang ibu
anak yang dibelai, disayangi. 
tiba-tiba menjadi anak yang tak dengar kata.=_="

kecewa kan hati ibu ini?
sampai makannya tak selera..
kesian ibu itu.





i have my lovely mother.. i called "UMMI"
Hopefully i will be "Anak Solehah" walapun i will getting MARRIED .
i hope, my husband will bring me always ke rumah ummi..ehhh=))

Ingat! 
Jagalah kata-kata , jangan sampai ia mengguris perasaan ibumu!



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Rilek La..

assalamualaikum wbt,

aku selalu susah nak care perasaan orang.huhu.tak tahu kenapa.mungkin bagi aku, tak perlu nak caring lebih-lebih. nanti orang rimas. huhu. aku tak reti kot nak report bagai kat encik tunang aku apa yang aku buat, dimana aku pergi. bagi aku,mungkin dia tak kesah.

semalam, lepas balik kerja, aku pergi Pantai kelulut, makan ikan bakar ,kerang bakar,minum air kelapa. hehe.. sebabnya, aku nak teman housemate aku,Anah hantar kereta dia kat rumah, then,kami akan ikot Alia and her BF untuk balik kerumah sewa.. kiranya, semalam kami  pergi dengan 2 buah kereta dan balik dengan 1 kereta. dan BF Alia akan drive pulak.

masa tengah makan kat Pantai Kelulut, tetibe mereka tanya aku:

"syafa tak bagitahu tunang ke datang sini?"
"tak.bukan dia kesah pun. cuma saya SMS adik aje bagitau datang Marang ini"
" yela.at least awak bagitahu dia jugak.mesej ke sepatah"
"hmm..takpelah. dia x kesahla awak"

Lepas makan semua pergi rumah Anah, solat , makan lagi.ehh. then, drive untuk pulang ke Kerteh. Kebetulan pulak, on call dengan encik tunang. ( bincang tentang kawen coz mak dia ada datang rumah petang semalam)..mulanya macam okey aje.tetibe encik tunang kata:

"ada kat mana ni?"
"kat paka da on da way balik dari Marang"
"watpe g marang?"
"anta keta kawan"

pastu okey aje, tetibe si BF Alia bercakap dengan Alia kat depan. Mungkin, dia terdengar kot suara lelaki kan.huhu.

"eh, ada lelaki ke?"
"yela, kan anta keta kawan.pastu, balik dengan keta kawan. BF dia drive"

Aku terdengar dia mengucap panjang.

" awak marah?"
" tak marah"
"pastu, kenapa macam marah?"
"yela, at least beritahu la naik kereta dengan lelaki."
"maaf lah.tak mesej." (aku dah pelik)..huhu..
"hmm.takpelah. kalau awak beritahu pun sebelum pergi.saya takkan beri awak pergi"
"alahaiii.sori. nak wat camane. menda dah jadik.saya tolong teman kawan kan?"
"yela.yela. malam ini saya nak g KL..bla...bla...bla...."

Then, wish selamat pergi lah. sebab dia ada ceramah kat KL sane. dia pergi satu hari, malam ini balik. then, aku tetibe rasa rindu.ehh! padahal, macam lah duk satu rumah..hee.yang aku pelik, kenapa dia tak baginya ek?



owh! mungkin dia tak suka aku naik kereta dengan lelaki lain.. @-@.baru aku sedar, rupanya ada orang care kita sebenarnya.tapi,aku tak sangka kot. Encik Tunang begitu.aku bukan ape kan. aku taknak la gedik mengada-ngada report kat encik tunang bagai apa yang aku buat, pergi..huhu.dah perangai aku memang macamnie. 



baru aku terfikir bahawa aku sebenarnya, tak macam gaya orang nak nikah.haha. semua orang pelik..=_=" .. satu hari officemate kata:

"tak macam orang nak kawen pun syafa ni?"
"laa..rilek ar, dah tuh nak kena buat ape? "
"yela, biasa orang neves bagai"
"takdala..bese aje..hehe"

lepas tuh, aku ada cerita kat encik tunang..tentang kita yang rilek tak macam orang kawen..@_@.

"orang kata, saya ini tak macam orang nak kawen pun.kite kena buat apa sebenarnya?"
"laa.dah tuh,takkan nak kena jerit sana-sini cakap "aku nak kawen.aku nak kawen ke?"
"hahaha"
"takpe, kita rilek aje ehhh.jangan pening-pening"

so, aku wat rilek aje la..macam orang takda perasaan..haha~sekian.



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 14, 2013

Hadiah Lukisan



Assalamualaikum wbt,
Lukisan ini dilukis oleh adik saya. hehe.hadiah untuk kami.ehh! tetibe macam menjadik aje yang potret encik tunang tuh. tak sangka kan, Allah bagi jugak orang yang berspek mata...=)
Imej encik tunang lebih kurang macam tuh la.=P


Insyallah! Hingga ke syurga..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, April 11, 2013

Kawan TAK bertudung

assalamualaikum wbt,

kalau korang nak tahu, setiap khamis.mesti ada sesi tazkirah di department aku. so, macam biasa.aku memang suka lah hari khamis..hehe..kerana disitu akan timbul suara aku.haha.kalau nak harap hari biasa, aku macam senyap aje. aku malu sket..cehhh!.

so,pagi ini staff kata, giliran aku untuk bagi tazkirah.so,aku google mana yang sempat. terjumpa tentang spektrum warna alam dengan kualiti solat berserta tenaga yang hadir pada badan kita.Alhamdullilah.selesai dengan selamat. aku rindu kot nak jadi penyampai tazkirah. huhu.. walaupun aku ini jahil jugak. yela, suka berkongsi mana ada. disamping untuk peringatan diri ini jugak.=)

lagi satu, kali ini aku dapat kawan baru.tapi, dia free hair. dan hari-hari aku doakan dia supaya satu hari nanti dia bertudung. aku rasa dia sangat baik. sebab masa tazkirah, dia selalu memberi pandangan atas apa yang dibincangkan.teringin jugak nak tengok dia bertudung sebelum aku mengakhiri zaman praktikum.insyallah.doakan sama ea.

sehinggalah aku terbaca sesuatu dari SINI. mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia tak bertudung.dia seorang yang menjaga solatnya.itu yang aku kagum. dan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertudung.Ameen.





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Buka Kisah Baru.

assalamualaikum wbt.

hyeeee.lama kot tak update belog kesayangan!huhu.. maklumlah, busy..busy bakal pengantin..wee~
alhamdullilah... checklist untuk prosedur kawen.

hari tu masa 31 march, dah anta segala dokumen bagai kat pejabat agama dungun. cuma tunggu surat kebenaran nikah aje.insyallah siap pada 17 April .sebenarnya, aku pergi dengan encik tunang.aku siap mitak cuti kerja lagi.hihi. ditemani adik aku ,adibah. huhu.encik tunang ajak pergi sekali supaya dimudahkan urusan.sebab dia kan dah kerja pejabat agama kemaman.so, ada link la dengan pejabat agama dungun ni. member-member dia aje semua..Alhamdullilah.dimudahkan.. cuma bayaran RM5 kena bayaran untuk surat kebenaran nikah diproses.

aku serahkan surat permohonan nikah (cerewet giler isi),salinan ic aku, tunang, ic wali, ic saksi 2 orang, surat akuan bujang (yang aku amek dengan JKKK), dan juga salinan surat mati wali mujbir. (aku kan takda ayah..T.T), then, aku bagi jugak salinan surat beranak abang aku, (bukti seibu sebapa) dan jugak gambar ukuran passport aku dan encik tunang.

yang aku malu masa itu. ada sesetengah kawan opis tuh, dah kenal aku..takpelah, at least nampak dia serius kenalkan aku dengan kawan-kawan dia.so, finished bab tuh. then, sekarang design kad kahwin dah siap. Alhamdullilah! semua ditaja khas..ehh! dan jugak rezeki datang melimpah-limpah...=) tak sangka kan. insyallah! penambahan tetamu akan diadakan hingga 1000 orang, semua katering settle, doorgift aku tempah dengan Aisyhana Cookies . dah wat bayaran deposit Rm100. then, dia akan sampai 2 hari sebelum majlis.insyallah!...aku nak mudah aje, malas nak packing-packing dah. aku kan busy dengan praktikum sekarang..=)

tentang kad kahwin, aku anggarkan dalam bulan ini aku akan pos pada kawan-kawan.insyallah!. ( andai kawan saya ada baca sila PM alamat eh kat Fb or kat sini )..nak jugak create event kat Fb, insyallah awal bulan 5 nanti.

then, untuk persiapan rohani cuba aku tingkatkan bangun seawal jam 5 pagi...dan segala amalan lain.insyallah!.. dan aku ada jugak wat Facial Treatment.. cehhh! ..hihi..muka dah ada Vitamin dengan kologen.. (aku pun tak paham tetibe semangat datang untuk cantik..ngeee)... nanti insyallah seminggu sebelum nikah or dekat-dekat nak nikah nak g SPA la.. mandi susu, lulur ke, sauna dan bergantung kepada bajet jugeee..haha.pastu, taknak jumpa encik tunang dah. nanti tak rasa nikmat nikah..ehhh ( @_@) ... yela, kan darah kita sama-sama manis..hihi.

aku rasa syukur sangat dapat encik tunang.
takda nak ambil tahu 24 jam tentang aku.
takda nak jeles bagai.( tak tahulah dalam diam) hihi.

satu aje rahsia nak jaga hubungan dalam bertunang ialah rapatkan hubungan dengan Allah. kurangkan komunikasi dengan tunang.=)

Walaupun hati merinduuuuu, tapi kita sandarkan pada Allah. kerana DIA yang melahirkan rasa rindu ini. =)

Tak perlu ungkap,
Tak perlu lafaz,
Aku menunggu saat kau ungkapkan.

"Aku terima nikahnya ............"

Satu hari itu, aku tanya dia.

" awak, nanti saya nikah dengan awak kena pakai jilbab ke.yela,awak kan imam masjid saya ini macam nie je.? "
"takdelah, cuma pakai yang elok-elok sketlah"

"cuba tengok tudung saya ini, okey ke awak?"
"haaa, okeylah ini"
"entah betol entah tak. tapi kan awak nanti dah nikah ,awak belanja saya tudung labuh-labuh eh"..hehe..~

but, still rasa macam kurang. huhu. takpelah, dia kata asalkan menutup aurat. takdelah sampai aku kena berjubah , berjilbab semua. apa yang ada aku sekarang, dia dah kata okey.mudahanlah.


Pernah sekali aku bertanya.

" saya takda ilmu agama tinggi macam awak. ada ijazah pun, ijazah dunia.takpe ke awak , bakal isteri awak macam nie aje" - tetibe rasa sebak..ehh! T.T

"alaaa, takpe aje awak ni"

" nanti ajar kite eh.. saya ini jahil agama jugak.takde tahu semua."

"ye, insyallah!..jangan risau eh".....

Apa-apapun yang aku harapkan redha Allah.
Pernikahan itu satu perjanjian yang berat. satu amanah.
Moga dengan dia disisi, dapat membimbing aku kejalan Allah.
Terima Kasih Allah!
Kerana menemukan kami kembali..(^__^)

aku juga punya kisah tersendiri,
kau juga punya kisah tersendiri,
kita buang kisah lama kita,
kita buka kisah baru.
ye! KISAH KITA ..=)

Mohon sakinah, mawaddah warahmah menyinari alam pernikahan kami.
Moga dia terbaik.
Pelengkap hidup terbaik.

Permudahkan Ya Allah!..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, April 5, 2013

Doakan kami

Assalamualaikum wbt,


Mudahan dia terbaik,pelengkap hidup terbaik.
Itu doaku.
Berusaha semampu mungkin menjadi yang terbaik.
Berusaha semampu mungkin menjadi penyejuk matanya.



Doakan kami!



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, April 1, 2013

Hati Terguris

Assalamualaikum wbt,

kadangkala, kita dah rasa kita ini baik. tanpa kita sedar telah mengguris hati orang.
Jaga kata-kata,
jangan sampai ada manusia membenci kita kerana percakapan kita.

semua manusia melakukan kesilapan.
Tetapi,
kesilapan terbesar melukai hati ibu kita.

Sedarlah wahai anak.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, March 28, 2013

# 1: Kisah Dia


Assalamualaikum,

Dia tau betapa selekehnya saya .uh!
baju saya jarang nak iron, tudung saya jarang nak menjadi.
pendek kata, muka saya pun penuh jerawat!.Ngeee=)

Kuasa Allah membuatkan dia tertarik dengan diri yang hina ini.
Terima kasih Allah kerana memberi sesuatu yang tak ternilai harganya.
Moga aku menjadi orang yang bersyukur.

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.=)



Permudahkanlah Ya Allah jalan kami ..Ameen.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, March 24, 2013

#Nikah:Sederhana

Assalamualaikum wbt,

sejak 2,3 minggu ini i always share about prepare tentang persiapan nikah sebelum ini.huhu.so, same la untuk post ini.so,Jumaat baru ini aku with my housemates pergi Kuantan.cari barang kawen. Si zimah pun nak cari barang kawen jugak.so, memang tujuan same.Alhamdullilah! Kebetulan kat Kuantan Parade ada sale!.ada jugak aku beli untuk barang hantaran.

gambar pre-wedding..ehh!.@_@

Pergi cari baju melayu encik tunang, baju aku nanti untuk majlis sambut menantu.. ngee! Sumpah, kadangkala rasa nak nanges,sebab bukan senang semua ini.T.T.. Alhamdullilah, with my housemates with me, help me searching baju, jubah semua..thank Allah!=)

Actually, memang nak buat majlis sederhana. But, banyak benda kena fikir. Nak jaga hati keluarga, kawan-kawan, pihak belah lelaki. Takkan nak buat majlis main-main kan?So, sekarang baru aku faham. Kenapa belanja kawen boleh mencecah ribuan ringgit.huhu..=( But, aku cuba cut mana yang mampu.Insyallah!..

aku cut mana yang mampu.. contoh ambil pelamin yang murah, gubahan hantaran dibuat oleh makcik, kad kawen buat yang kertas aje, jangan buat kad..(kad mahal,cuba kali dengan 1000 tetamu)..ala,kad bukan orang simpan pun,dia buang aje..haha. baju pulak beli aje ( memang bajet tinggi sket,tapi boleh pakai terus untuk raya..haha), kalau untuk doorgift tetamu, tak perlu beri benda-benda merepek, bagi aje makanan, boleh jugak makan, tak payah bagi keychain ke, pen ke, mug je, bekas ke. ( sebab berapa kerat aje orang yang simpan)..ha, bunga telur pun tak payah buat banyak-banyak..orang buang jugak hiasan bunga tuh.

cuma aku serius sket untuk bab makan beradab.penting jugak bab ini. sebab kita nak rai keluarga belah lelaki.then, ummi ada tempahkan jugak untuk meja makan beradab nanti.

aku teringat pesan pak sedara aku:

"kita nak sambut tetamu belah lelaki, kena buat betul-betul.takleh main-main. kena jaga hati pihak sana"

Gulp!..

bila kita berada dalam situasi ini, baru kita faham,kenapa itu, kenapa begini.

Tapi,ingat! Jangan sampai membazir.Insyallah!..=)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 20, 2013

Pilihan Allah

assalamualaikum wbt,

alhamdullilah. Allah telah aturkan yang terbaik. kerana encik tunang dapat bertugas lagi dekat dengan tempat aku bakal kerja nanti.insyallah! ( insyallah! Teacher to be at Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh) . He as imam Masjid Jamek, Kerteh..sometimes, aku terfikir macam tak layak kot nak jadi isteri kepada seorang imam masjid, guru mengaji al-aquran, penceramah, ustaz ,penghafaz quran.(pakej lengkap Allah bagi). Alhamdullilah!.

aku selalu kata ,yang aku memang tak layak untuk dia. macam Allah kata dalam firman-Nya:

"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya"



Actually, dah lama he try approach me.uh! but, mase dulu aku kan nak orang lain..ngeee!.. adalah dalam 8 kali aku reject dia.aku pernah kata kat dia:

"saya bukan baik sangat, hanya hamba yang hina disisi Allah, tak layak untuk awak"

kata dia:

"saya bukan nak suruh awak jadi malaikat, tapi saya cuma nak ajak awak kenal apa itu erti kehidupan"

hmm.mase tuh aku reject jugak dia.ehh!..entah,macam takde feel aje.=P



ada jugak dia pernah kata:

"saya dah ada semua yang saya nak kecuali satu, pelengkap kepada rezeki saya. dan Allah akan lengkapkan rezeki itu bila saya dapat sesuatu"

aku kata :

"nikah?"

"ye.sudi awak jadi pelengkap hidup saya, pelengkap kepada rezeki saya?"

"saya tak layak.ada lagi perempuan berhak untuk dapat awak"

hmm.mase tuh aku reject jugak.hehe..dia ni tak bosan ke nak aku..ngeee~

so,many times i rejected him..maybe sebab masa itu aku suka kat orang lain.dan aku rasa perasaan itu hanya bertepuk sebelah tangan.so, sehinggalah aku buat keputusan, untuk berhenti berharap pada orang yang pernah aku suka. dan menerima orang yang tak kenal erti putus asa untuk dapat aku.



pada 3 Januari 2013,aku buat solat hajat untuk Allah bukakan pintu aku pada encik tunang sekarang ini.. satu lagi,aku pernah beritahu dia,yang aku nak orang lain..hehe.so,mase aku kata aku boleh terima dia,dia terkejut jugak.so,masa 6 Januari 2013 ( masa tuh kitorang sibuk dengan final exam.hehe) aku mesej encik tunang beritahu.yang aku dah ready terima dia. then,dia pulak kata:

"bukan ke awak kata ada orang lain?"

"lebih baik terima orang yang tak pernah putus asa tunggu kita"

"okey.terima kasih. tunggu saya datang dengan keluarga saya nanti."

dan alhamdullilah! 2 minggu selepas itu , aku ditunangkan dengan dia.=)



Tanpa cinta masa itu, aku terima dia.
but, i trust Allah!..
if Allah dah aturkan ini jalannya.aku terima.
aku tak pernah salahkan Allah kerana aku tak dapat someone yang aku nak.
sebab aku tahu Allah mahu berikan yang lagi baik.




Encik tunang,
Terima kasih!..=)
Walaupun awak tak sweet,
Walaupun awak tak caring,
Walaupun awak tak kata " I LOVE YOU"
Walaupun awak tak kata "I MISS YOU"



Saya Yakin Awak yang terbaik.
Kite sweet-sweet lepas nikah ehh!.-P

Dia pilihan Allah untuk saya.Insyallah!.Moga dipermudahkan jalan kami..Ameen.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, March 16, 2013

# Nikah : Baju

assalamualaikum wbt,

hari ini, pergi uruskan tentang pernikahan. Alhamdullilah, siap tempah pelamin, baju untuk majlis sambut menantu, veil dan bla-bla.. baju nikah aku dah beli pun.beli sebab nak buat kenangan dikemudian hari..ngee. Insyallah, kaler krim. Dan alhamdullilah, Allah hadirkan seseorang untuk bantu gubahan barang hantaran. syukur sangat!!..=)

nak sharing sebab murah sangat.. korang bayangkan ye barang yang aku sewa ialah:
  1. Pelamin Simple.
  2. Set bilik tidur
  3. Baju majlis sambut menantu.
  4. Bekas Par 7
  5. Bakul 2 biji untuk isi doorgift
  6. Bantal akad nikah 2 biji
  7. Bunga Tangan untuk pengantin perempuan..ehh!=p
  8. Veil 3 helai
Semuanya RM 380. ulang lagi RM380 !!..=)



ada lagi yang tak settle, baju untuk encik tunang.mak dia cakap kat aku yang he wants me choose for him. okey.dia kate tak kesah. asalkan ikot warna tema. purple & gold..(^_^) ..haa, tadi jugak, dah pergi settlekan surat pengesahan bujang dengan JKKK ,almaklumlah aku tak kerja lagi still praktikum,kena minta dengan JKKK la,kalau dah kerja mintak dengan majikan.oh.macam-macam aku belajar bab selok belok nikah..

tapi,satu hal aku masih masalah ialah berat badan makin naik.ape hal entah.aku pun tak paham.mungkin terlalu bahagia,ngeee!... semua orang pesan suruh kurus.aku pun tak tahu mana datang lemak degil kat badan nie.haha.tak lama dah, lebih kurang 69 hari lagi..Ya Allah! Kuatkan hatiku ini menahan nafsu makan..=(

Ini sahaja yang mampu dicoretkan. yang lain simpan dalam hati aje.ehh!...Sekian

Doakan semuanya berjalan lancar. Ameen..






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum bakal mentua

assalamualaikum wbt,

percaya atau tidak.setiap pasangan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain.setiap kekurangan kita, akan di tampung oleh kelebihan pasangan kita.aku juga begitu. seorang yang mudah merajuk..uh!..mudah terasa,,ngeee!..satu lagi,mudah tacing.@-@.

but, aku sebenarnya tak tahu sangat aku punya encik tunang tu macamane. kadang tuh,aku rasa dia tegas..huhu.. so, nak tahu perangai dia, aku kol la bakal mak mentua.berani tak? ngee!!=).

mulanya,aku segan jugak nak kol.but,lepas dinasihati housemate aku, aku mencuba. dan alhamdullilah!. perbualan agak panjang berlangsung selama 30 minit..hee.(rasa macam gayut dengan ummi aje).yela, bila lagi nak menawan hati mentua kita. ye tak?macam-macam aku tanya.tapi, ada lagi yang aku nak tanya..lepas-lepas nie. la..hehe..nanti takde modal dah.aku rasa bakal mak terkejut jugak kot aku kol.hehe..tapi, okey aje.mudah-mudahan dapatla pupuk kemesraan lepas nie hingga keakhirnya.=)

okeyla tu kot. nak gayut dengan encik tunang rasa macam mustahil aje. so,aku ambil langkah yang mudah lagi berkat kol mak dia. best ape. takpelah, aku simpan dulu sweet-sweet ,caring, loving aku nie.Bagi meletup lepas nikah..ngeee..=).. 

disamping itu,boleh juga ambil hati bakal mentua kan?..=) ..pernikahan itu bukan setakat terima suami sahaja tetapi lebih dari itu,dengan terima seluruh keluarganya..Mudah-mudahan dipermudahkan..Ameen.nak bagi tips,aku tak terer sangat.tapi, cuba setakat mana yang mampu ajelah..





Panduan/Tips menjadi menantu kesayangan

1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.



8. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

9. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Petua Seharian.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, March 8, 2013

# Nikah : Perasaan

assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah! Allah bagi lagi peluang untuk bernafas hingga kesaat ini.=).. tadi, dah shopping barang kahwin..eh! rasa janggal sekali..weee..beli mana yang patut, yang dapat beli dulu. yela,aku kan tengah praktikum, balik sekali sekala hujung minggu..so,bila ada masa terluang, beli yang mana boleh dulu.okey. macam tuh. maklumlah, aku nak yang simple-simple aje. pasal itu tak banyak benda kena wat..eh!

kononnya lah kan. semua barang hantaran aku tak beli hape pun lagi.setakat usha itu adalah. unik tak? ngee! pastu, orang kiri kanan semua dah risau dengan aku. apasal boleh rilek semacam..@_@ ..aku pun tak tahu. bagi aku, ala, kawen ajelah apa susah..haha.

kerana yang paling utama ialah katering, kanopi semua dah tempah, tukang mekap dah ada, tempat makan beradab dah ada.. kira okey la tuh kot..sebab  yang barang hantaran itu, beli bulan 4 nanti pun boleh. bukan susah pun.kad kenduri semua aku suruh encik tunang settlekan. alhamdullilah.

ada orang tanya nama tunang aku. aku taknak cakap. nanti tak surprise..!
ada orang nak tengok gambar tunang aku.aku tak tunjuk. nanti tak surprise!

alaaa, kami takde sweet muwittt pong!.biasa-biasa aje.=)  .mesej pun jarang, kol apatah lagi..@_@

kadangkala rasa curiga, tapi aku percaya kerana syaitan suka bagi golongan darah manis ini rasa sangsi..=)
alhamdullilah!..moga Allah kekalkan rasa SETIA dihatiku dan dihatinya..=)

sekarang ini,
niat dihati nak khatam quran sebelum 24 Mei nanti.
nak expert masak gulai, kari dan seangkatan dengannya..=)
nak belajar cakap lemah lembut.
nak tingkat ilmu rumahtangga dan seangkatan dengannya.

Moga kekal hingga akhirnya.
Nikah kerana Allah.

Yang aku perlu ingatkan diri bahawa banyak cabaran hidup lepas kahwin, lagi dengan keluarga belah bakal suami. Dia anak sulong, adiknya ada 7 orang..kena belajar ambil hati ayah, mak mertua,adik ipar semua. sedara mara lagi.. Insyallah! Aku cuba..=)
kerana aku tahu aku menantu sulong,
akan jadi perhatian,
akan jadi kesayangan..*orang kata macamtuh lah..=)

wahhhh!!=)
setakat ini alhamdullilah, bakal mak/ayah memang baik.islamik sangat. lemah lembut.
aku pun jadik sopan santun bagai depan bakal mak/ayah.
yang jadik peliknya, aku sikit pun tak nervous.
cuma cara gelak aku tak boleh kaver..haha.

ummi pun pesan macam-macam, nanti dah kahwin anggap mak/ayah mentua macam mak ayah kita..
uwaaa!
sedih rasa nak jauh dengan ummi pasnie..T.T
takpelah,
nak buat macamana,
tempat isteri kan disisi suami..ngee!=)

Anyway,
doakan semuanya dipermudahkan.
Insyallah!.
Ameen.


Kuasa Allah.
Sampai kesekarang, aku masih tak sangka bahawa aku akan bernikah dengan orang yang aku pernah benci..weeeeeee=)

Kuasa Allah.
Tetibe rasa sayang , rindu..
Sampaikan dihatinya..=)
Moga Allah melindugi dia..^_^





-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wordless Again



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, March 6, 2013

#Wordless Wednesday




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, February 28, 2013

# 2: Internship



assalamualaikum wbt,

alhamdullilah,hampir sebulan aku menjalani latihan praktikum. dan selama itu jugakla, so many things happen. oh! banyak sangat pelajaran yang aku terima setakat ini. tapi,apa yang aku lalui ini kebanyakkan perkara yang tidak aku gemari iaitu matematik, IT, fizik, kimia, bidang enginering.

Tapi,itulah hakikat yang aku kena belajar sekarang dalam manage planning gas. uh! produk bukan lagi produk yang aku jual-jual dulu zaman study marketing.my boss said " you kena improve dari bidang IT" .insyallah!. aku pun masih merangkak.boss kata, bila aku dah expert semua ini. satu kelebihan untuk aku, sebab lagi cun kalau budak marketing pandai IT. yela, dulu mana aku belajar microsoft Excel more details. setakat masuk nombor tuh tau la. yang lain aku tak tau dah..T.T .Alhamdullilah, semua staff baik sangat . banyak beri tunjuk ajar. takda yang garang, semuanya berhemah.


secara kesimpulannya, semuanya memang relate dengan marketing dari segi service marketing, supply chain management, salesmanship .alhamdullilah, basic marketing concept still same. cuma dari segi aliran gas semua , kapasiti gas, tangki, permintaan gas dari pelanggan, penerimaan produk dari offshore. so, many things i learned dan macam-macam lagi.itu belum lagi dari segi compressor untuk compress fluid. macam-macam.rasa dah jadi chemical engineer pun ada jugak.cuba bayangkan produk itu adalah gas..huhu. bukan jenis produk yang seketul,ketul.. tetibe dah belajar sket tentang isipadu gas bagai.

sesuatu yang aku tak pernah belajar,
sesuatu yang tak pernah aku tahu,
sesuatu yang tak pernah aku suka,

kini,
mulai bertatih meminati semuanya.kerana alam praktikum satu pengalaman yang amat berharga. lagi pulak, bila rezeki Allah memilih aku disini .=)



Lihat,
Alam ini luas.
Rahmat Allah sangat luas,
Ilmu Allah sangat luas.
Makin banyak yang kita belajar,
Semakin terasa diri ini begitu kerdil sekali.

Belajar kerana Allah.
Bismillahirahmanirahim,
Terima Kasih kerana memilih aku! =)



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, February 25, 2013

Perlu ada GIVE & TAKE not REQUEST!..=)



assalamulaikum wbt,

hari ini 25 Februari 2013. it means genap sebulan usia pertunangan..@_@  .bajet macam setahun aje kan? ekeke. alhamdullilah.Insyallah!  masa yang berbaki hampir 3 bulan sahaja lagi tinggal untuk aku dan encik tunang diijabkabulkan .

Moga ALLAH memudahkan urusan kita semua..=)


Makin hari, ada sahaja orang sekeliling datang memberi ilmu rumahtangga.. Alhamdullilah!.Yang penting, jangan kekok atau segan bertanya pada orang yang sudah "makan garam" dengan alam rumahtangga. .ngeee..=)

Perlu ada GIVE & TAKE not REQUEST!..=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, February 24, 2013

Sedikit pesanan buat Muslim & Muslimah di luar sana


Duhai saudara muslimahku sayang,


Jagalah aurat kita di dalam apa jenis majlis pun. Kenapa menurut saja kata mak andam dan orang tua? Bukankah menurut kata Allah itu lebih utama? Sedih hati ini bila melihat aurat mereka yang terkenal dirakam di dalam akhbar, dilihat berjuta orang, dipuja dipuji, kemudian dicontohi pula oleh orang lain. Kasihan tapi apakan daya, diri ini tidak mampu menegur atau menyampaikan kebenaran.



Duhai lelaki,


Jangan jadi dayus! Jadilah lelaki yang sebenar. Pastikan pasangan pengantin mu menjaga auratnya dengan baik, pergaulannya dan akhlaknya. Awal sebuah perkahwinan yang menjaga adab-adab Islam (BUKAN adab-adab Melayu) insyaallah akan membuahkan perkahwinan yang diberkati Allah.




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, February 23, 2013

Rancangan-Nya




assalamualaikum wbt,

dalam kita merancang, ada yang lagi hebat rancangnya.iaitu dari Yang Maha Perancang!.=)

mulanya, merancang untuk akad nikah 29 mei, kenduri perempuan 30 mei, kenduri belah lelaki 31 mei..

tetibe, ada segala hal membuatkan pernikahan ini diawalkan seminggu..

Alhamdullilah!.=)

Insyallah! Pada 24 Mei 2013 dan 25 Mei 2013 nanti..

Maybe nak ambil cuti awal 2 hari dan tamatkan praktikum terus..Supervisor dah benarkan..
Insyallah! Mohon yang terbaik..=)



korang tau ape perasaan nak nikah..aihh!macam-macam. eksaited pun ada, segan pun  ada.. berdebar pun ada.hee.banyak yang kena jaga sekarang.oh!.bakal pengantin banyak pantang larang rupanya..baru aku tau.

pesanan orang sekelliling patut aku dengar jugak antaranya,jangan minum ais, jangan makan nasi malam, amalkan solat sunat dhuha, mathurat, tahajjud, solat sunat hajat, amalkan mengaji al-quran, puasa sunat.banyakkan makan sayur, latihkan diri bersabar, latihkan diri lembut dalam percakapan.=P

mahunya kalau aku LISTkan banyak sangat .sampai x larat taip.ehh!.. anyway, yang pentingkan tingkatkan ilmu rumahtangga sebanyak mungkin terutamanya ilmu kerohanian.bukan setakat plan yang terbaik untuk majlis kenduri sahaja. malah lebih dari itu.kerana pernikahan itu bukan untuk sehari tetapi untuk jangka masa yang lama insyallah.

Mohon Redha Allah!.
Moga ada keberkatan dari -Nya nanti.


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, February 20, 2013

#Wordless Wednesday




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, February 19, 2013

Manisnya ♥



Lelaki yang beragama akan terus melamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^_^,

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke SYURGA.


♥ Hadiah yang indah bagi seorang wanita, bukan coklat atau teddy. Tapi.....

Hadiah masuk meminang dari seorang lelaki ! Hadiah menjadikan dia serikandi. Bukan sekadar hiasan yang dibawa kesana kemari (,^^)(^^,) ~

Insyallah. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.=)

Terima kasih kerana tak pernah ungkapkan rindu pada saya.
Terima kasih kerana tak seromantik tunang orang lain yang sweet-sweet.
Terima kasih kerana tiada mesej-mesej melalaikan hati nurani ini.

saya tak kecik hati pon..=_="

Alhamdullilah! Moga Allah melindungi hati kita sebelum adanya Akad Nikah..=))

Semoga ada manisnya nanti saat awak melafazkan

"Aku Terima Nikahnya "






-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, February 17, 2013

# 1 : Internship



assalamualaikum,

alhamdullilah, sekarang dah masuk minggu ke-3 aku menjalani latihan praktikal di Petronas Gas Berhad , Kerteh. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan baik.insyallah.mudahan hingga keakhirnya.



actually, ini kawan-kawan baru kat sini. tapi, kami berjumpa 2 hari aje. then, terus terpisah kerana dihantar ke department masing-masing. aku ditempatkan di Production Planning Department..Dulu zaman duk kampus, susah gila aku nak bangun pagi. sekarang, alhamdullilah. dapat bangun awal..^_^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-