Friday, May 6, 2011

Asal usul Hari Ibu | pendapat sahabat-sahabat FB tentang sambutan hari ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



********************************************************************************
okey!yang itu semua aku pun ada terbaca dari facebook.lepas itu,aku terbaca dekat komen-komen sahabat-sahabat lain tentang artikel ini.tentang sambutan hari ibu ini,aku pun nak kongsi kat sini:

*org islam takda hari2 ibu la, bapa la,..org islam ikut je alquran..taat pada kedua ibu bapa setiap hari setiap masa.

*'hari ibu tiap2 hari'..

*InsyaAllah boleh je sambut, yang penting niat untuk ibu kita yang melahirkan kita..tak salah satu hari tu kita luangkan masa dgn mereka sehari sehabis-habis masa yang ada disebabkan kita sentiasa busy dgn duniawi setiap masa..adakah kita sentiasa bersama ibu kita 24 jam sehari? so apasalahnya sehari tu kita spend kan masa bersama mereka..

*Sambutan hari IBU adalah HARAM krn asal dari Mother of God . Dimana org Kristian mengatakan Siti Mariam, Ibu kepada Nabi Isa ialah Isteri Tuhan..." -(Ustaz Azhar Idrus)... * hari2 adalah hari ibu..xperlu tnggu adanya hari ibu baru kita nk ucapkan 'selamat hari ibu"

*bukan niat sambut tu sebab nak ikut agama lain, sambut sbb meraikan ibu sahaja, manalah mungkin semua anak anak nak berkumpul sama sama 24/7 meraikan ibu sbb tuntutan realiti yakni kerja dan komitmen terhadap keluarga masing masing, so j...ika diperuntukkan satu hari semua anak beranak berkumpul dan meraikan ibu, tidaklah salah, malah harus. Niat menggembirakan hati ibu dan menjalinkan ukhwah adik beradik, itu saja. Wallahualam.

*setiap hari merupakan hari ibu pada umat Islam bukannya pd hari2 tertentu sahaja.. begitu juga hari bapa ..wallahualam ..

*Kita semua dikelirukan oleh mereka sejak dahulu lagi..tak payah la mengikut-ikut dakyah barat tu.Hiduplah berpandukan Al-Quran.Ingat lah ibu kita setiap hari,dan hormatinya.

*tidak salah nk smbut hari ibu..boleh utk mengigati jasa ibu n mgahrgai ibu pada satu tarikh...tp lebih baik bukan hari yg SAMA dgn org kristian..lebih baik kita CIPTA sndiri 1 hari khas n bersepakat ngn kluarga utk raikan hari ibu..klu hari yg sme ngn org kristian wlupun niat kita bukan utk ikut dieorg tp seolah kita mgiakan ape yg dieorg lakukan..wallahu'alam..

*walaupun niat utk mengembirakan ibu tetapi asal usul perayaan tersebut harus diambilkira.

*ikutlah ape yg alim ulama katakan...krn dia mengeluarkan 1 statement tu berdsarkan Al-Quran, Hadis n telah mgaji pelbagai kitab..kita ni?..

*Kita lupa yg sebenarnya setiap kali hari jadi kita adalah hari ibu. Tapi kita merayakan dgn org tersayang selain dari ibu kita. Sepatutnya pada hari kelahiran kita panggilan pertama adalah pada ibu yg telah melahirkan kita dengan susah paya...hnya. Tulah yg saya lakukan. Pada sya hari ibu buat saya adalah hari saya dilahirkan setelah 9 bulan ibu membawa saya kemana dia pergi. Memang setiap hari adalah hari ibu tapi hari kita dilahirkan adalah hari dimana ibu menyabung nyawa untuk kita.
*banyak pendapat yg bernas dan baik namun jgn lupa rujukan kita alquran dan sunnah,kemudian ijmak ulama..pandangan peribadi tidak selalunya benar 100%..adakalanya bercanggah samasekali dgn hukum syarak dan perlu kita tolak..harap maklum
 
*mengapa perlu ada hari tertentu utk menghargai ibu kita?... anak2 yg soleh n solehah sntiasa mendoakan ibu bapa setiap kali dlm solat... bukannya pd hari tertentu baru nk menunjukkan kasih sayang...jgn kita mengikut budaya luar yg tidak diajar oleh al Quran dan Sunnah..

*syukran ats ilmu mengingati...jauhkn dr tersasar dr islam.yg pntg nawaitu kita buat mak.berdoa untk kebaikan...dn untk hargai mak.bukn tuk hr ibu je.setiap masa adlah hari buat mak..

Nota Pengukir:
terima kasih aku ucapkan kepada setiap sahabat yang mengeluarkan pendapat itu.bagi aku pulak,hari hari,adalah hari ibu buat umi aku.walaupun takda ucapan,yang penting kita doakan untuk ibu,ayah kita setiap kali lepas solat.dan bagi aku jugak,kalau ada duit lebih ke walaupun kita ini masih belajar,beli la sesuatu untuk  ibu kita walaupun tak mahal,ianya sebagai tanda kasih sayang kita untuk ibu.konpem ibu gembira. semoga hidup kita sentiasa diberkati,kerana doa ibu bapa lah yang membawa kita kepada siapa kita sekarang..love u UMI!!~mMMuaah~~rindu umi..semoga umi dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik sentiasa..Amin..=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Dah jadi tebiat org2 kita suka sangat terikut-ikut sedangkan 20 tahun lalu takde pun ni semua tapi bagi2 anak2 yg igt jasa ibu mereka sentiasa berada bersama ibu setiap masa bukan time ibu byk duit dan sihat je..!!