Wednesday, December 28, 2011

Seandainya Allah mengizinkan , walau sejauh mana kita terpisah , walau selama mana kita menyepi , walau sejauh mana kita lari , insyAllah kita akan disatukan jua .

assalamualaikum,

terasa lamanya tak menaip coretan aku..eceh!.hihi..tapi,pagi ini terasa rajin pulak walaupun final exam akan menjelma Sabtu ini.tetibe nak berkongsi satu cerita dari kawan aku lah.dirahsiakan penamanya.sebab aku rasa ceritanya menyentuh hatiku.semalam lepas balik kelas Mandarin,sementara tunggu bas datang nak balik ke kolej,aku tetibe mulut gatal sket nak tanya kawan aku yang bertudung labuh ini.





aku:awak,camane tetibe awak boleh nak start pakai tudung labuh ini?maksud saya kan dulu masa sem dulu tak kan?awak pakai tudung bawal aje kan?
kawan:ohh,memang pun start dari Sem 3 saya pakai tudung ini.semuanya bermula dari ex saya.
aku:ex? pakwe ke?.
kawan:ye..




aku:aik?takkan masa sebab ex?camane boleh tetibe everything changes lepas clash?
kawan:sebab semua bermulanya dia kata dia nak berubah.kami putus sebab Allah.saya pun faham niatnya.so,saya kena support walaupun saya yang rasa lost masa tuh.

aku:memang pun take time jugak.ingat senang ke nak buat keputusan macam tuh.
kawan:haah,memang pun.sebab dia kata nak cari redha Allah dulu.dia nak betulkan apa yang selama ini salah saya dah buat semuanya.semuanya akan jadik zina hati walaupun kami takda pegang-pegang ke kan.dia takut,makin saya dengan dia,niat dia akan lari.dia pun dah terangkan apa yang salah antara kami.



aku:susah kan nak terima?.mesti awak terasa hati dengan dia,sebab menda ini kalau hidayah Allah sekejap aje,sangat drastik taw.tanpa boleh lengahkan,nanti ditarik semua.




kawan:macam saya cakap tadi,mulanya memang susahla,tapi saya yakin banyak sangat hikmah Allah beri.dulu saya doakan nak dia berubah lagi baik,tapi tak sangka dia jauh nak berubah lebih baik.katanya sekarang,dia dah jadik orang masjid dah skang kat kampung.berkopiah dah skang,saya pulak risau..haha.tapi,saya pun teringin nak berubah jugak,saya rasa ini jugak hikmahnya untuk saya.sekarang saya pula rasai ketenangan itu.kalau dulu kurang nak buat amalan sunat,sekarang solat sunat dhuha saya tak tinggal,bacaan yassin hampir setiap hari saya baca.alhamdullilah setakat ini.semoga istiqamah.


aku:awak masih mengharap kat dia ke?
kawan:hmmm..takpe saya serahkan pada Allah aje semua ini.lagipun kita kan masih belajar,panjang lagi perjalanan liku hidup kita kan?


aku:haah,betul.tapi,saya nak cakap satu benda aje taw.yang awak kena yakin tentang perubahan dia k.jangan ragu-ragu.awak dijalan yang betul.ingat! bila kita berkorban pada jalan Allah,dari segi masalah awak,awak dan dia berkorban hati dan perasaan untuk cari keredhaan Allah,insyallah! Allah akan menolong awak,tanpa perlu awak risau taw.
kawan:ye,betul sangat tuh..thanks la.




aku:so,awak ada contact dia lagi tak?
kawan:takde pun,kalau ada pun tak macam dulu..
aku:eh,takpe.awak pegang aje kata-kata ini,



Sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang itupun , tetap yang menyatukan kita ialah Allah ..

Seandainya Allah tidak mengizinkan , kita tetap tidak akan bersatu..

Seandainya Allah mengizinkan , walau 

sejauh mana kita terpisah , walau selama mana kita menyepi , walau 

sejauh mana kita lari , insyAllah kita akan disatukan jua .


kawan:yess.sangat menyentuh perasaan.
aku:so,yakin dengan janji Allah okei.Dia tak pernah kecewakan kita.yang penting teruskan berdoa,mengharap yang terbaik untuk kita ,itu yang terbaik.
kawan:betul tuh syafa.
aku:takkan lari gunung dikejar,hati dia Allah jaga kan,so kita mintak aje dengan Allah k.







ye,kalau aku ditempat pakwe dia pun,memang sukar kan.tapi,takpe,demi raih cinta ALLAH kita kena korbankan semua ini.aku pun pernah merasainya.huhu..aku buat semua ini sebab aku sayangkan dia kerana Allah,aku taknak dia dapat dosa kering sebab aku,even aku rasa aku yang LOST takde dia..hmm,tapi,macam aku cakap kat kawan aku tuh,yakin pada Allah.Dia sentiasa ada.ye,sentiasa ada dan dekat dengan kita.


kalau rindu pun kita adu pada Allah..=)

bila dijalan ini aku pilih,aku perlu kuat lah kan.walaupun takde siawak lagi..sebab misi aku,aku nak betulkan diri aku,aku nak belajar mana yang selama ini aku kurang,tak lengkap.aku nak kukuhkan ilmu fardhu ain aku dulu(ilmu tauhid,feqah,akhlak).Doakan semoga aku istiqamah pada jalan ini.walaupun mungkin siawak terasa dengan apa aku buat ini,aku memang mintak maaf sangat-sangat.aku buat semua ini kerana Allah.bukan sebab lain.







"Dalam diam aku mempersiapkan diri untuk dirinya insyaALLAH...Jika tidak untuknya, ku mohon yg selayaknya dgn ku..Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang."






nota aku:
semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk awak.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

Schajar McFlurry said...

so sweet....! ^_^

reenapple said...

yakin dengan janji Allah... =)

Layyinul Harir said...

ye betol.=)
peraturan Allah adalah yg terhebat.=)