Friday, May 18, 2012

Apa ertinya saya menganut ISLAM?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Pada malam rabu yang lepas,aku berkesempatan menghadiri kuliah kecil dibilik kuliah pusat islam,untuk mendengar sesi kuliah yang terakhir bagi kupasan kitab " Apa ertinya saya  menganut islam".ini kerana,sem depan akan bermula kupasan untuk kitab lain pula.lagipun,kami semua bakal menduduki final exam.so,kuliah kecil  ini akan tamat untuk semester ini.haa,kuliah ini disampaikan oleh ustaz Yusnaidi.



kitab ini,ummi punya.aku bawak hari tuh.so,bila ustaz wat kupasan,aku prefer untuk pergi.sebab kalau baca sendiri,kadangkala susah nak faham..hehe..so,pada malam itu.ustaz ada bercerita tentang dakwah itu wajib.beramal untuk islam itu satu kewajipan bagi orang muslim.setiap pagi pastikan bisik pada hati:

"APA YANG PERLU AKU BUAT HARI INI UNTUK BANTU ISLAM?"


pernah tak ada persoalan macam ini? jangan pentingkan diri kita aje,fikirkan juga saudara kita yang lain.bukankah islam itu suka kita hidup dalam kelompok jemaah? islam itu bersatu padu.kalau semua faham akan konsep islam dan mengamalkannya,maka tidak akan berlakulah kekacauan. bila kita faham islam,maka dimana-mana kita dicampakkan,kita akan buat untuk islam.



contohnya macam aku ini,dah nama pun student islam,so,contohnya,one day aku dicampakkan ke dalam golongan yang tak suka solat.so, tugas sebagai muslim aku perlulah menyeru dan mengajak orang lain kearah kebaikan.bukannya membiarkan sahaja.bukankah islam itu agama menasihati?..


My Photo

bila kita dapat bina individu diri sebagai muslim sejati,musuh islam akan takut pada kita.contohnya: sebagai pelajar islam,kena belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran,buat untuk islam.so,orang bukan muslim akan nampak orang islam ini hebat.bukankah ini jugak sesuatu untuk kita bantu kita,agama islam kita? 


bagi aku,memegang tugas dakwah bukan sesuatu yang mudah dan senang.ianya perlu perubahan dari diri sendiri,seterusnya kepada orang sekeliling kita.ajak orang lain jugak kepada kebaikan.jadikan diri kita sebagai contoh tauladan.sebagai fardhu muslim.Imam Hassan Al-Banna ada mengatakan bahawa,jihad terbahagi kepada 3 iaitu peperangan,fikirkan untuk islam dan bersungguh-sungguh dalam membuat kebaikan.






As Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorg muslim yang benar-benar beramal dengan Islam

1) Salimul aqidah [ akidah yang sejahtera ]
2) Sahihul ibadah [ ibadah yang sahih ]
3) Mantinnul khuluq [ akhlak yang mantap ]
4) Qadirun ‘alal kasbi [ mampu berdikari ]
5) Mussaqaful fikri [ luas pengetahuan ]
6) Qawiyul jism [ sihat tubuh badan ]
7) Mujahidun li nafsi [ melawan nafsu ]
8) Munadzam fi syu’unihi [ tersusun jadualnya ]
9) Haritsun ‘ala waqtihi [ sangat menjaga masa ]
10) Nafi’un li ghairihi [ bermanfaat untuk orang lain ]





selain itu,ustaz ada ceritakan jugak,bahawa kita orang islam tak boleh berseorangan.kena bersatu!!..jalan akan menjadi ranjau bila kita hidup sendiri. macam takda life.dan akan membuatkan kita menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri.so,belajarlah hidup berjemaah. maksudnya,hadirilah majlis ilmu,solat berjemaah dimasjid,disitu dapat membentuk diri kita supaya lebih berilmu dalam segala hal. pergi majlis ilmu penting untuk diri kita,jangan duk fikir bayaran lah,sijil lah, whatsoever,yang penting niat kerana nak tambah ilmu dan ingin mengenal Allah.



dengan join usrah,sebenarnya dapat memahirkan kita dalam segala hal.pertamanya,dapat membawa kita lebih mengenal islam yang sebenarnya.selain itu,dapat melatih komunikasi secara berkesan,berkongsi ilmu yang bermanfaat.bukankah ini satu perkara yang menguntungkan?kesimpulannya,alhamdullilah aku pun sangat setuju dengan apa yang ustaz kongsikan.sebab dengan usrah lah aku dapat kuatkan hati ,kuatkan jiwa aku yang ingin berhijrah kearah lebih baik.kalau seseorang,aku takkan kuat.berkat bimbingan sahabat sekeliling aku,alhamdullilah,dapat aku istiqamah.insyallah!..


dengan usrah dapat berkongsi segala masalah.sahabat usrah aku sentiasa mengajar kami bersangka baik dalam segala hal.even sesuatu itu menyakitkan hati.dan segala puji bagi Allah,semua itu mengajar aku untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja walaupun disaat ada yang membenci diri ini.takpe,aku tawakal pada Allah.bukankah dengan ujian ini dapat merapatkan lagi hubungan kita dengan ALLAH!..adu pada-Nya dengan titisan air mata.DIA Maha Mendengar apa sahaja doa kita asalkan doa kita baik-baik...=)

Abu Hurairah menceritakan:

Bahawa ada seorang lelaki berkata "Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku mempunyai kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya,saya berbuat baik kepada meraka,tetapi mereka berbuat jahat kepada saya,saya berlemah-lembut kepada mereka,tetapi mereka berkeras dengan saya"..Lalu baginda bersabda : "Jika sekiranya engkau berbuat seperti engkau katakan tadi,seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian."




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

Anonymous said...

insyaallahuakbar, dalam mencari rezeki yg paling boleh kita dekati dgn allah.
>>http://bit.ly/12knUae