Saturday, April 30, 2011

teringin nak labuhkan tudung...........

 aku segan  tengok gambar  yang ini..(T___T)
aku bersama mereka iaitu sahabat masa di SMA Sultan Ismail Dungun..ini gambar ketika di Tingkatan 5..

Nota Pengukir:
teringin nak labuhkan tudung semula....................................................(T_____T)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Friday, April 29, 2011

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)

Kongsi-kongsi.. jgn simpan sorang sebab dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
 4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.
Wallahualam..

#sumber FB..

Nota Pengukir:
sesibuk mana pun kita sebagai manusia dalam 1 hari,janganlah lupa membaca al-Quran,paling kurang 1 muka satu hari pun takpe.lagi banyak lagi bagus.semoga kita tergolong dalam golongan yang membaca al-Quran dan memahami maksudnya,mengamalkannya sekali untuk panduan hidup kita..Amin..
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Rahsia disebalik rambut...

*copy paste!!

jom baca,pastu check rambut anda,hihihi

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8)RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-
macam mana nak kate ye….kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
tu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn……

Nota Pengukir:
aku suka no 4!!*WINK!...\(^_^)/
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

nasi lemak Mexico | alahai tempe

 sebenarnya ini masakan semalam.kitaorang buat Nasi Lemak,rasanya ini kali keempat kot.so,buat aje la.bukannya susah!eceh! wat yang simple-simple aje la,takda la nak sambal udang ke,sambal sotong ke,sambal bilis pun cukupla..ha,kalau nak tau,sambal bilis itu mestilah air tangan aku..hihi.nasi lemak itu air tangan Mass..sedap-sedap!!..i LIKE!..siap mesej adik aku,kata kitaorang masak nasi lemak hari ini.adik aku tanya:

"sedap ke?"
"air tangan i,semuanya sedap..muahaha!"dengan nada riak.saje jer!dah tau jap lagi,dia akan eksyen dengan nasi lemak umi x pasal-pasal meleleh air liur aku..hihi

okey!skang alih topik..itu cerita Nasi Lemak.cerita tentang tempe, 2 hari lepas Skype dengan Nojie,my roomate sem lepas.lama giler sembang,sampai aku tak tido malam maklumlah dah lama tak bertanya khabar.so,kitaorang bergosip sepuas hati!haha.satu lagi sebab waktu berbeza kalau aku malam,sana petang.boleh pulak dia cerita tentang makanan aku suka makan iaitu tempe.katanya:

"sya,kau nak tau x,kat lego skang macam-macam jenis tempe tau ada jual,kau ingat x kedai yang sebelah nasi lemak,nasi ayam,ha,tempe dia ada jual yang kecik-kecik macam keropok,ada itu pulak dah lain,bukan yang macam sambal,ada macam berkuah-kuah..bla...bla..bla....bla...bla"

telan air liur aje lah aku.merajuk la kalau dia cakap tempe lagi!..sem depan,hari-hari aku pergi lego makan tempe,x cukup dengan makan situ,aku tapau lagi.ha,satu lagi tempe kat DPP Tradewind..pun best!!!..tempe DPP Proton,takda selazat mereka..muahaha!

Nota Pengukir:
asyik cerita pasal makan aje aku ini.patutla kena perli dengan abang aku..muahaha!..cuti 2 minggu hampir kepenghujungnya .kelas akan bermula isnin ini.x sabarnya.takda terperap lagi aku depan laptop..hoho.berita menggembirakan jugak,adik aku Najwa berjaya masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.TAHNIAH!!..aku sangat gembira dan bersyukur.alhamdullilah.

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, April 25, 2011

oh Anjing!

*aku menaip dalam keadaan mengantuk!

lupa nak taip tentang anjing semalam..hoho!sini kan banyak sangat anjing,boleh dikatakan setiap rumah mesti ada seekor anjing! termasuk rumah aku ini.anjing rumah ini comel..hihi.

nak dijadikan cerita,macam biasalah waktu petang,aku dan Mass akan pergi jogging kat taman permainan area rumah ini.tetibe semalam,tengah jogging.lalu kawasan rumah yang tak pernah kitaorang lalu.so,anjing akan menghidu sesuatu yang luar biasa kot!..yang ada 1 rumah yang aku lalu,2 ekor,kuat gila menyalak..nasib dia dalam pagar.pagar tinggi.masa tuh,aku dah nak menangis la.aih!seram aku..macam tak sanggup nak teruskan perjalanan nak pergi jogging area tanah lapang pulak.


sampai satu depan rumah siapa entah,ada anjing gemuk dia menyalak kuat taw sambil kaki dia pegang pagar!..pagar rumah dia pendek.silap hari bulan anjing tuh boleh loncat keluar.aku menjerit sepenuh hati la,dan lari la.tapi,anjing tuh tak loncat pun,aku aje yang over.kali ini hampir terkeluar jugak la air mata aku.Mass dibelakang aku.Mass okey lagi berbanding aku.dalam hati aku ini,mengucap panjang aje.


aih!..menggigil tangan aku.sampai kat tanah lapang tuh,aku baring aje kat bangku panjang tengok langit..hoho.jantung ni tak habis lagi berdenyut.Mass aje senaman sorang-sorang.aku dah hilang mood taw.
dalam dekat 8.10pm,kitaorang pulang la,sebab dah masuk Maghrib.

sampai bilik terketar-ketar lagi aku.on lappy aku.tengok kawan aku tuh online,apa lagi terus la mengadu dengan penuh perasaan nie.aih!boleh pulak dia gelak.aku geram jugak taw.dia pesan suh rilex-rilex,minum air,bagi tenang.lepas tuh,ok sket.aku pergi solat Maghrib,mengaji bagi tenang jiwa aku ini.

lepas tuh,sambung online lagi ,aku cari tentang kematian melibatkan anjing.eh!banyak aje kes orang mati disebabkan kena gigitan anjing.satu kes aku terbaca,pelancong ada jugak mati,sebab kena gigitan anjing.pada fahaman aku la,anjing ini tak boleh bau benda yang baru dan luar biasa,itusebab dia boleh gigit pelancong yang sedang bersiar-siar.tak pasal-pasal tuan punya anjing masuk kes mahkamah atas sebab tak jaga anjing peliharaannya dengan baik.

yang aku pelik,kenapa orang gelakkan kat aku.lawak ke cerita aku?..waa!(T__T)..hari ini,tak keluar jogging,jog dalam bilik aje.muahaha!!..


Nota Pengukir:
esok mahu keluar jalan-jalan..^_^
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 24, 2011

Tomyam

gambar tak lawa,x bermakna tomyam ini tak sedap taw~
dulu masa zaman matrik kalau pergi umah mak angkat aku kat Arau pernahla memasak kat umah dia.kena puji jap masa tuh..rasa macam kembang seminit!haha~berbalik kepada yang asal,Mak angkat aku ini ajar benda baru bagi aku masa tuh.letak susu pekat dalam tomyam.mulanya macam,ANEH! rasa macam tak percaya.sampaikan mak cik cakap macam nie "syafa tunggu siap dulu,nanti rasa la macame". memang sedapla,lain dari yang biasa,.rasa berlemak sket.alah,kalo tomyam kat kolej Petronas UUM yang orang kata best tu,dia taruk susu pekat! aku dah check masa aku pergi sem lepas.hoho.Makcik cakap,ini cara orang siam masak tomyam.betol la kot!.try la kalo tak caye.lepas tuh,perah asam limau,kasi masam sket.meleleh..hihi

sampai macam tuh sekali mak cik cakap.haha.yang aku ingat  masa tuh,aku buat sayur kangkung goreng belacan.tapi kan.bagi aku mak cik ni sangat terer la dia,kadang aku belajar serba sedikit dari dia la.ada dia cakap "kita orang perempuan kalau masak,kena cepat" .maksudnya,kalau tengah masak jangan slow-slow.kena PANTAS!..mantap gitu mak angkat aku.rupanya dia pernah bekerja sebagai tukang masak kat Istana Arau.serba serbi dia tau masak.aku pun takda rasa semua lagi masakan dia.hoho.kena qadar la.
 inilah beliau mak angkat aku..mak cik Lela..sangat baik..eh! zizie pulak ada sebok kat sebelah.cancel la!
syafa & makcik lela
taraaaa! baru jadik! cun kan anak angkat mak cik ini?muahaha!angkat bakul taw.haha.nanti sem depan ingat nak pergi rumah makcik lagi,barang aku banyak kat sana,aku menumpang ruang rumahnya dengan barang aku.hoho.kebetulan pulak,aku dapat masuk UUM.so,senang la nak menziarahi makcik.tapi kan,sejak duk sini,anak mak cik nama Bella,selalu jugak chat dengan aku..dia kata "kak syafa!ibu kirim salam,ibu kata rindu kak syafa"  waaaa!..nak nanges boleh tak?...kiranya aku tak lost contact lagi la dengan keluarga makcik.semoga mak cik.pakcik,Bella sihat-sihat disana taw.

Nota Pengukir:
aku ada 2 keluarga angkat sejak belajar di Utara Semenanjung Malaysia.satu keluarga di Arau.satu keluarga di Alor Star.yang Alor Star itu,aku cerita lain kali..okei.sekian.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, April 23, 2011

tanya ALLAh,Dia lebih mengetahui.

kadang kita rasakan apa yang kita buat,apa yang kita pilih kita rasa dah betul.walaupun tanpa kita ketahui hikmahnya..

bila aku tanya kakak aku dia kata:

Tanya Allah,dia lebih mengetahui.buat istikharah!..

bila mesej ada adik aku,dia kata:

pasti ke kali ini,takkan menyesal dah ke?memang dah fikir sebaiknya?

sudah kutanya Allah.Allah gerakkan hati aku.mungkin takkan tersilap kali ini.insyallah.mudah-mudahan.

aku menerima kerana hati aku menerima kenyataan itu....
aku menerima kerana hati aku telah terbuka untuk itu...
aku menerima kerana hati aku telah terasa sudah sampai masanya....
aku menerima kerana hati aku tidak di paksa....
aku menerima sekiranya benar ALLAH telah bukakan pintu hati y tertutup dulu....

Nota Pengukir:
so,memang dah konpem amek 7 subjek!..sekian..


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, April 20, 2011

:: kawan itu bukan hanya diperlukan waktu susah ::

lumrah hidup manusia.perlukan seorang kawan,teman,sahabat untuk meneruskan hidup.memang kawan itu berguna.orang kata,bila ada kawan.ianya dapat menolong kita semasa susah.yes!itu memang fungsinya.kawan yang baik itu,pendengar yang setia untuk kawannya,pemberi nasihat yang dirasakan terbaik untuk mengembirakan hati kawannya.

tetapi,perlu diingat.kawan ini jugak punya hati dan perasaan.tidak semestinya dirasakan waktu susah,baru kita tercari-cari kawan.untuk mendengar masalah kita.pernah tak kita terfikir,dalam hidup ini pernah kita sakitkan hati kawan kita sebegitu rupa?

sebenarnya,kawan ini ingin berkongsi setiap kegembiraan jua,bukan hanya mahu berkongsi masalah,kesedihan semata-mata.sayangilah kawan kita seadanya.sebabnya ia mungkin akan terluka dengan sikap kawannya seperti itu.

Nota Pengukir:
bila bahagia mula tercipta untuknya,kawan itu pergi meninggalkan kawannya disini keseorangan.tapi,kawan disini pasti,ia akan datang satu hari nanti,bersama masalah baru.bukan kawan disini mengungkit,tak pernah rasa ingin mengungkit,tetapi,hati kawan disini,teringin jugak berkongsi kebahagiaan yang baru terbina untuk kawannya itu.izinkan kawan ini menumpang kebahagiaan itu dari kejauhan.ok.maafkan aku,aku menaip post ini dalam keadaan sedih.hanya orang yang mengerti, akan memahaminya.sekian.(T___T)...

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Award dari kak Ariezah..^_^

1) Post linking back to the person that gave you the reward.. 
-Done-mekaseh akak!..=) 
nak tengok blog kak Ariezah boleh KLIK sini. 

2)Share 7 random thing about yourself.
-aku ini seorang yang teramat garang.eh!!silap.seorang yang tak reti nak garang!..uh~ pandai kawal emosi.muahaha~
-aku seorang budak yang berusia 21 tahun,merupakan anak ke 5 dari 9
-seorang yang suka menyanyi di bilik mandi..bajet suara sedap!..muahaha~~
-seorang yang suka dengar masalah orang,walaupun kekadang itu,aku pun bermasalah.tapi,tak kesah!.=D
-suka memasak! ini tak tipu..haha.walaupun rekaan.tapi,kelemahan aku,mengupas kulit,potong sayur.dalam proses belajar benda asas ini..macamne mahu ngadap bakal mak mentua ni..eh!!hihi.
-seorang yang peramah kot!boleh la.~banyak cakap jugak.tapi,sejak duk Mexico,aku pendiam sket berbanding kat Malaysia.sebab x reti nak speaking!~~muahaha!
-keunikan aku skang,suka guna laptop,panggil glove!..tak tahu la,jari aku macam dah alah dengan keyboard skang!~~orang lain tak pernah buat kot!.

3)Tag 15 orang
aduyai ramainya~~camane nie kak..@-@
sape yang selalu datang blog aku dijemput ambil award nie.=)


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Selamat datang kedunia untuk Khairil Ziyad Iman bin Khairul Hisyam

 baby boy ini,selamat dilahirkan semalam.bertambah sudah anak kepada sepupu aku.aku jadik Mak Sepupu..eh! betol la kot..seberat 2.98 kg..lahir 19 April 2011..di Hospital Kemaman.pada jam 8.45 pagi waktu Malaysia.

dengan ini,aku kena cari barang baby la untuk baby boy ini.
muahahaha!
Dina bersama adik barunya
jangan jeles-jeles taw dengan adik baru ..
^_^

berbalik kepada cerita aku pulak,dulu aku tak suka baby,nak pegang pun kekok.
sebab macam lembik kan badan dia..huhu.takot terkasar aku pegang.
tapi,bila dah semakin dewasa,macam makin suka pulak..
apakah petanda itu?@-@ *gatal jap!haha
dah reti pegang baby..tak caye tengok bawah: =P
 ini baby jugak..sepupu aku..sakit leher aku dia tarik.haha
baby Faqihah..dah besar dia ni,darjah 2..tapi,memang panggil dia baby..
rindu sangat kat baby nie..=(

 terbukti akan sifat keibuanku..muahaha!!
yang ini kidnap anak jiran aku..
nama baby ini Iqbal..
 hoho.posing lagi!..baru okey sket.tapi,dia gerak-gerak..
aduyai! gambar ini dah lama.tapi,kalau skang pegang baby,konpem baby suka aku..haha!

 Nota Pengukir:
pinjam baby orang dulu untuk posing..baby sendiri,akan datang..*blushing!
kalau tak silap aku,aku pernah send MMS kat Si awak tuh.2 pun,kalo dia simpan lagi la.
konpem takda kot!..hoho..jap! gambar awak pegang baby itu,saya simpan lagi tau.
kalau tak caye,nanti awak check ok.haha!!=D


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Tuesday, April 19, 2011

selamat ulang tahun zizie yang ke 21

 apasal muka kitaorang betiga kena letak?haha.ha,sempena hari lahir zizie pasal,kitaorang bertiga Skype guna conference call..muahahaha!macam meeting besar aje.penat ready pukul 11 pagi waktu sini,konon nak sama dengan waktu Malaysia 19 April 2011 .
suara aku pun dah habis,sebab nyanyi kat zizie punya pasal.yang lawaknya zakwan, punyala malas nak nyanyi lagu birthday,dia kata "line sangkut"!.hampeh..haha.yang paling best,ada budak tuh nyanyi kan zizie 2 buah lagu.tetibe zizie sebak!..aku pun tak sangka zakwan nak nyanyi.
apasal suara kau sedap pulak aku dengar?haha.hadiah aku dari jauh untuk zizie,aku nyanyikan 2 buah  lagu touching pulak aku rasa..waaa.lastly,kena stop la,aku pun nak masak tengahari.haha.
aku bukan apa,zizie itu ,sedih sangat sebab her "encik N" dia busy..pandai kan aku & zakwan pujuk.
anyway,untuk kau Nur Haziqah Yusop..aku ucapkan selamat hari lahir yang ke 21.aku sayang giler kat kau!.
rindu kau..apa lagi ek?dahla,penat aku nak wish banyak-banyak kat kau.haha!!
selamat menempuh final exam,selamat berbahagia la bersama yang tersayang.nanti nak kahwin,
jangan lupa jemput.sedar tak sedar,dah hampir 3 tahun jugak la kita kawan kan..
zizie ini roomate aku masa zaman matrik kebetulan dapat satu UUM dengan aku.walaupun berlainan kos,berlainan kolej.kitaorang tetap saling sayang-menyangi..eh! ada kaitan ke?@-@

Nota Pengukir:
birthday si awak pun tak kurang lagi satu bulan.tapi,aku tau aku bukan orang pertama boleh wish birthday dia.sebab aku dah tengok waktu,aku ada kelas masa tu.macamne nak mesej.takpela,kali ini saya kalah jap!jadik orang terakhir la..=(

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Monday, April 18, 2011

telur bungkus


 salam.ini merupakan percubaan pertama aku menghasilkan telur bungkus.susah jugakla nak bungkus-bungkus ini.ha,taw pun.selama ini,suka main order aje.muahaha!! aih,rasanya kena banyakkan latihan membungkus telur lepas ini.anyway,macam biasa,masakan suka main letak aje.so,layan gambar bawah ok.

 untuk isi membungkus nanti.aku tarukkan udang,sebab nak habiskan stok udang dalam peti.yang pasti,aku buang kulit udang,bagi licin udang.lepas tu potong ,masukkan sayur yang aku rasakan sesuai iaitu tomato,lobak merah,sayur kobis,paste tomyam,cili boh dan sebagainya.kalau berminat nak tahu,boleh tanya ok.tak larat nak taip ini..hihi.

 hoho..kemain aku..susah kot!..nak kasi kuah tuh tak tembus bawah!..tapi,semangat memasak aku kan masih ada.so,aku teruskan jugak..tapi,aku masih tak puas hati dengan bentuk dia..uhuk!!



dahla,malu aku.gambar terpaksa EXTRA SMALL..hehe.balutannya tak jadi sangat.anyone help me! macamane ek,nak kasi kemas balutannya? ke kena letak gam UHU..haha~aku macam tak puas hati jugak,tapi Mass pujuk aku,dia kata yang penting rasanya,bukan bentuknya.tapi,bentuknya pun kena menarik,sebab nak tangkap gambar..haha~yela-yela.tak muncung dah mulut aku,lepas itu makan la kami bertiga.aku buat 3 telur bungkus.tiga-tiga tak kemas taw!..tapi, aku tak mengalah.hari lain,aku kasi cun.dan baru aku EXTRA LARGER kan gambar telur bungkus..hihi.

Nota Pengukir:
mengantuk sangat hari ini,rasanya macam nak tidur awal malam ini.aih!aku sebenarnya masih merajuk dengan abang aku.dia online,aku INVISIBLE.biar la,nak merajuk lama-lama gitu.yela,dia perli blog aku,dia kata muak tengok masakan aku..waaa!!!macamlah blog dia cun,blog dia itu asyik formal aje.takda makanan macam blog aku.hehehe..korang nak tengok blog dia,boleh tengok SINI. padahal dia jeles kan?hihi.eleh,dulu masa nak buat blog tanya aku gak!..yela-yela,tak baik mengungkit..Umi tak ajar.eceh!.baik pulak.hehe.entah aku sensitif tetibe.muahaha!padahalnya dia bergurau aje.nasib baik adik aku backup aku.sayang lebih adik-adik aku.haha.satu lagi,lagu blog aku ubah sementara waktu,macam best aje lagu ini.okie la.sekian~

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

buat Adam yang mencari cinta Hawa..buat Hawa yang menanti cinta Adam

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Nota Pengukir:
apasal aku sebak baca benda ini.hmm..aku share dari FB..

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 17, 2011

epal celup asam jawa + serbuk cili

 inilah rupanya.aku lupa nama istilah yang betulnya.ini pun ada student marketing jual.aku pun beli satu,Mass satu.13 peso sebijik..sebesar sebijik epal.diaorang kata buatnya guna epal,celup dalam asam jawa then,gaul dengan serbuk cili..lepas dah bayar itu,budak itu kata,nak tak sos cili tambahan.aku kata tak mau.yela,tengok cili yang berbalut kat epal itu,dah cukup pedas aku tengok.haha
apsal muka aku makin cerah ek?pelik aku~haha
 hoho.muka tahan masam.tapi,lepas dapat gigi epal tuh best plak.manis..cuma kat luar aje masam.
aih! orang sini suka masam-masam..aduyai!..cari mayonis pun,mesti ada limon semuanya.kalau beli kacang pun,masam jugak rasanya.perasa limon.semuanya masam-masam campur cili..aku pun dah jadik terikut sama.
adik saya!!
iklan jap!..aku baru perasan budak ini hensem jugak!selama ini takda aku ambik tau sangat.kejam punya kakak.patotla ramai peminat..haha!!!aku copy kat FB dia..
anyway,semoga kamu lulus dalam temuduga TESL tuh..

Nota pengukir;
mungkin si awak bukan yang pertama,tapi saya nak awak yang terakhir..percayalahhhhhhh!..=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Crispy Potato Wedges | sambal telur goreng

salam.bangun pagi,dengan keadaan yang amat seronok.sebab mimpi indah.muahaha.
solat subuh.then,macam biasa blogwalking.tertengok kat list tepi ini yang "pengukir wajib baca"
ada resepi yang aku berminat iaitu dari blog kak Ariezah.klik SINI.
terus cuba untuk lunch.mekaseh akak!..sedap la.
tapi,aku rebus kentang itu sekejap sangat.so,macam separa lembut..hik3!

 so,takkan nak makan kentang aje kan tengahari.so,buat sambal la.sambal ini lain sket dari biasa..hehe.aku masukkan sebiji tomato,aku hancurkan dalam periuk dan tambah paste tomyam sket..

so,ini lah makanan tengahari tadi yang mampu aku sediakan.hik.hik.simple aje.sekadar mengisi perut kami bertiga.syukur apa adanya
 lupa nak cakap.Crispy Potato Wedges tuh.kitaorang cicah dengan Mayonis.

Nota Pengukir:
Mass tak sihat.aku harap dia cepat sembuh.sedih la aku kalau dia tak sihat.=(..cuti ini amat membosankan.uh!.untuk marks Third Partial masih x tau apa yang akan dibuat.kalau tau,boleh la aku hafal mana patut.ini arahan tidak jelas.kalau UUM,boleh jugak tahu apa silibus akan masuk next test.aku merasa sangat tensyen..update blog lagi baik..hihi.lain bebenor konsepnya..aduyai.kena edit report untuk subjek Marketing Research,walaupun dalam Spanish.terpaksa gunakan google translate..ok.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, April 16, 2011

Resepi sotong masak cili brokoli

salam!! pertama sekali,aku segan giler bila akak Ariezah minta aku share kan resepi ini..rasa macam nak sorokkan muka bawah katil..haha.yela,kadang aku masak ikot suka tangan aku nak taruk apa..haha~okeyla,jadik tak salah kot nak share dengan kak Ariezah ini.sebenarnya,aku kena ingat balik apa yang aku tarukkan..haha~so,untuk akak Ariezah,jom layan resepi budak-budak ini..hihi..

Bahan-bahan:
  1. Sotong
  2. Sayur brokoli
  3. Bawang besar + bawang putih + Halia (lumat)
  4. Bawang besar dipotong bulat
  5. kicap
  6. Cili padi dikisar + tomato (sebenarnya ini pencicah Tortados makanan Mexico)
  7. Gula
  8. Garam
  9. Minyak


Cara membuatnya:
  1. Baca bismillah..semoga masakan ini jadik..haha..ok,tarukkan minyak la sedikit macam biasa
  2. Bila dah panas minyak tuh,masukkan bahan no 3.kasi naik bau..waaa~~
  3. Masukkan sotong,dipotong cincin.
  4. lepas tuh,goreng sekali..sampai naik bau..sementara air sotong turun.
  5. Masukkan kicap..
  6. Masukkan bahan no 6.kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan garam + gula secukup rasa
  8. Masukkan brokoli..
  9. Akhir sekali,masukkan bawang besar dipotong bulat.
Nota pengukir:
akak! syafa segan giler nie..waaa!!harap-harap jadikla..ini masakan reka-reka aje kak..selamat mencuba..yang pizza telur itu,try la buat kak..=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Wednesday, April 13, 2011

sotong masak cili brokoli | udang masak merah

 salam.memandangkan sekarang aku dah melewati jam 1.30 pagi waktu Mexico.so,sebelum aku tidur.aku nak update lagi pasal masakan yang aku masak.tertangguh tau!..exam punya pasal.ini masakan hari minggu baru ini.ha,pertama sekali tentang sotong aku masak style lain plak.sebab aku tarukkan sambal cili dengan brokoli.tak sangka,boleh tahan la rasanya.itu kata responden aku iaitu Mass.kalau tanya Naim ,uh! jangan harap dia nak puji.muahaha.lelaki memang susah ek nak puji-puji?..entah!.berbalik kepada yang asal.layan gambar sotong dulu okey!.

 inilah sotong masak brokoli bercili.alahai,ini namanya pun aku reka.tak tau nak bagi nama.haha~entah apa-apa aje aku ini.ini pengaruh Mat Gebu.hik.hik.jangan marah yerp!

yang kedua pulak,udang masak merah.huhu.sedap kot yang ini.tapi,yang ini la pedas giler!!..tak tipu.aku terlebih letak cili kot.sampai berpeluh-peluh responden aku.haha!tapi,Mass kata pedas-pedas la best!.aku yang tukang masak ini pun,tak sanggup nak teruskan.haha.kalau kat rumah aku masak macamnie,habislah aku kena dengan adik-adik aku.sebabnya,kalau masakan rumah jarang masak pedas-pedas.aku aje yang over sket!muahaha~

nota pengukir:
esok kelas New Product Development batal!.so,automatik takda kelas esok satu hari.so,ingat nak siapkan case study yang tak habis-habis mengunjungi aku.lepas tuh,plan nak g Wal Mart.beli barang individu.hehe.nak beli cendawan!!nak masukkan dalam maggi.nak beli susu..aih!.banyak ini nak list!..mentang-mentang lah dekat.hihi.pergi jalan kaki,balik dengan teksi kalau barang banyak.tambang 15 peso biasanya.boleh tahanla.lagi pulak,esok nak kena jogging lagi,nak menari lagi..eh! sejak bila lak aku pandai menari.haha.okei.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Pizza Telur Udang

 salam..nampak best tak gambar ini?haha~ini namanya rekaan aku.sebab aku rajin,aku nak share step by step resepi ini.sesuai untuk orang bujang macam aku diperantauan.hehe
 mula-mula,aku guna 3 biji telur,mayonis,potong bawang,cili hijau,serbuk lada hitam,serbuk lada sulah,garam dan yang penting udang.idea ini datang sendiri.aku tak tiru mana-mana resepi.
 kacau-kacau telur tadi yang dalam mangkuk.then,letak dalam kuali yang minyak panas.

 disebabkan susah nak terbalikkan atas faktor saiz kuali.aku macam biasalah,lipat!..cantik gak kan?kasi lama,bagi udang masak sepenuhnya.

 hoho.pastu,aku potong macam ini siap-siap dalam kuali.senang,sebab kami kan bertiga.hehe.satu sorang!.
 sekian sahaja,nampak tebal kan? makan dengan nasi pun best!.ini masakan aku hari isnin baru ini.makan pizza telur udang bersama tomyam!..hehe..kenyang~alhamdullilah.

nota pengukir:
aku main taruk aje nama,aku tak tahu nak bagi nama apa.sesuai kan?.
aku lega sebab daftar kursus untuk semester depan dapat dilakukan dengan baik.aku nekad!sem depan amik 22 jam.hoho! jangan harap aku nak main-main lagi lepas ini.hoho.bakal roomate saya,sila percaye k!.=P

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Sunday, April 10, 2011

kelebihan teh hijau | untuk tatapan kakak-kakak aku.=)

sekadar nak berkongsi,sebab mood rajin.okeyh.aku nak share tentang teh hijau.sebelum ni,aku pernah tengok kakak aku,Ain selalu aje beli dan minum.kadang tuh,dia bancuh pagi-pagi dan bawa ke tempat kerjanya.aku pernah la tanya,dia kata kawan sekerjanya bagitahu yang kelebihannya dapat kurangkan kolestrol dalam badan,ada Ain sebut berapa kalori akan turun setiap kali minum.aku lupa dah.aku nak cuba satu,dia macam taknak bagi.uh!..dia kata pergi beli kat Nirvana(pasaraya kat Dungun,terengganu)

tapi,Ain kata lagi,kalau nak lebih berkesan,minum teh hijau setiap pagi tanpa letak gula dan perahkan limau nipis.masa tuh,aku iyekan aje.yela,aku malas nak layan benda macamnie.tak minat nak kurus.aku malas seyh!.kalau tengah malam tuh,ajak pulak aerobik.aku?habuk tak layan.penat kot kakak-kakak aku ajak.tak mau!..muahaha~~

hasilnya,kakak aku Ain & Aida itu,dah kurus la sket dari aku.mesti kakak-kakak aku kembang seminit baca ni.haha.aku?masih lagi macamnie.muahaha~tapi,aku dah rajin la sejak duk sini,bukan setakat aerobik tau,jogging,minum ais dah kurang,banyakkan berjalan kaki,banyakkan minum air masak,rajin makan sayur,buahan.lepas ini kalau aku timbang sama gak,aku baling mesin penimbang tuh! haha~moga dapat kurus!! betol ni,tak tipu kali ini,tak main-main dah ..hehe.tengok gambar bawah:

ehem!!! macam kenal aje meja ini..muahaha~~aku dah beli taw teh hijau ini. 
 Te Verde kat kotak maksudnya teh hijau.sebutannya macam ini "tea berde" 
so,kepada kakak-kakak aku kita banding ye nanti siapa paling kurus..muahaha~~=)

p/s;
kata nak kurus,tapi masakan tetap bergoreng..hehe.
takpe,dimaafkan sebab badan perlukan jugak kolestrol.
tapi,bila melebihi yang itulah bahaya.kan.kan.kan.
^_^



-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

ada kentang ? | masakan mudah tengah ngantok + lapar

pertama sekali kena ada Fries dan goreng
 ha,ini masakan tengah malam buta,dekat pukul 1 pagi malam tadi.rasa lapar,tapi ngantuk.tetibe rasa rajin,nak masak kentang ala-ala Naim.dia selalu buat.kali ini aku nak mencuba sendiri.Naim kata namanya Omelet.entah! betol kot.aku tak kisah namanya,yang penting rasanya best!..muahaha!
lepas tuh,goreng telur dan gaulkan dengan kentang goreng tadi.gambar tidak berkualiti.sebab tengah mengantuk tengah masak.hihi
yang ketiga,angkat semuanya tadi letak dalam pinggan warna biru.kalau pinggan tak warna biru,tak boleh! haha.takdala,mana-mana aje boleh asalkan pinggan okeyh!?hehe. masa inilah,masukkan mayonis untuk gaulkan sekali.

ini hasilnya,walaupun nampak macam comot.ianya sangat sedap taw.biasanya Naim makan kentang ini diapit bersama roti.tapi,malam tuh,aku malas,so aku ratah aje la macam ini.tapi,aku tambah dengan serbuk cili, bagi pedas sikit.tapi,ikotlah nak campur sos ke,lada sulah ke.mana-mana aje,asalkan sesuai dengan selera korang.

p/s:
sangat senang disediakan bagi orang yang bujang macam saya.
sekian.
^__^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

hot cakes/pancake | dimakan bersama madu & susu

hye!! ini tepungnya yang aku beli kat Wal Mart baru ni.pastu,rasa nak gedik nak buat kan.so,mula lah tak faham cara nak buat.fully step dalam spanish.guna google translate macam tak berapa nak jelas jugak.hehe.so,pergi kelas tanya budak kelas macamne cara nak buat.balik petangnya baru buat.so,layan aje
masa nak bancuh.guna sudip kayu pun salah.ikot suka aku la nak guna sudip mana pun yang penting hasilnya lazat..muahaha.


bancuh adunan tadi yang diletakkan telur,susu lembu.

lepas tuh,masukkan atas dapur gas.walaupun ini dapur elektrik..hehe
pastu masak sampai bagi masak la.angkat,pastu aku belah dua.rupanya,ala-ala apam balik.tak sabar nak makan.hehe.sebenarnya ini hidangan aku waktu petang baru ini.
 lastly,masa panas tuh enak disediakan bersama madu dan susu pekat.kalau nak taruk jem pun takpe.

 p/s:
nak bahasa senang panggil lempeng!..hik.hik.
^___^


-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Saturday, April 9, 2011

sotong masak kicap | masak untuk kali kedua atas pemintaan

tak masak lagi
ehem! alahai sotong lagi kan?kan selepas aku masak kat SINI baru ini.so,semalam Mass mintak aku masak kan lagi.sebab sedap kot!..muahaha~aku pun macam biasa la,masak aje la.sambil itu ambil gambar untuk tatapan korang yang datang blog aku la.hehe.

yang ini hampir masak.sebelum tutup api.aku potong bawang besar dan tarukkan sekali lagi
motif?
muahaha~entah,rasa nak letak,letak aje la..haha
kemudian,siap la.kami makan untuk makan malam semalam.

gambar ini selepas aku tuang semua kuah dalam pinggan..
baru sedap makan dengan nasik panas-panas.
bahan-bahannya letak bawang besar,bawang putih,halia,cili boh,garam,gula,kicap.
ikot sukatan yang sesuai la..ok! senang aje kan..=)
macam tak ikhlas aje kan?..haha.sebabnya aku ni malas sket nak taip step by step.
kalao tak faham boleh tanya k..
syafa tak makan orang,syafa makan nasik aje.hehe

p/s:
sekian.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

Thursday, April 7, 2011

sotong masak kicap | lama tak update tentang makanan

 ehem! hari ni kelas cancel.pensyarah tak sihat.so,in mind set! dah set bangun lambat la..muahaha~lepas tuh,untuk lunch masak lambat sket la.seronok!.idea datang untuk masak sotong masak kicap dengan sayur goreng simple aje.so,layan gambar seterusnya okey..

 ini gambar pinggan saya,dan saya makan untuk si awak sekali..hoho~~
si awak! saya dah makan untuk awak taw..muahaha~~=P
so,ini aje lah lauk untuk kami tengahari disini.
lauk orang bujang diperantauan katakan.
takda banyak pilihan macam Malaysia.
T____T

p/s;
sekian..
^_^

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-