Saturday, March 19, 2011

sejak bila korang mula bertudung?

kalau korang ini perempuan, masih ingat tak sejak bila korang mula bertudung?yela,tetibe rasa macam nak bercerita.aku dulu,masa kecik zaman tadika pakai la tudung sebab tadika tu wajib kena pakai tudung.wah!.rasa macam comel sangat..tudung takda jadik sangat pun dah rasa comel..tak macam sekarang,asal x jadik aje,nak jugak baiki,tiup tudung bagi jadi.sampaikan depan skype pun rasa nak baiki tudung..haha..sampaikan si awak tuh cakap "saya bukan cermin,maafla xdapat tiru gaya awak"..haha!!.geram ase kat si awak nie..huhu.

lepas tuh,bila dah masuk darjah satu.umi tak bagi aku bertudung kat sekolah.ala,nak jugak!..ecece.sebab umi kata aku makan tumpah,takot kotor tudung..so,xpelah.tak pakai la tudung.g sekolah free hair lagi.yela,masa kecik-kecik kan.sekolah rendah aku diwajibkan bertudung untuk tahap 2.Tahap 1 takpe lagi.asal aku tanya lagi umi,umi kata x boleh.sebab aku ini makan tumpah!!..alololo.nak aje jahit sendiri.T_T

arwah ayah takda komen apa.kakak aku ain dah betudung,kan dia darjah 4.jeles jugak la..waa!..nak buat macamne.sabar aje la.so,bila dah x bagi pakai tudung ni,hari-hari nak pergi sekolah,kena suh umi ataupun pembantu umah aku ikatkan.manala reti kan?..kata nak nampak kemas.hihi.

so,bila nak masuk tahun 2000 aku darjah 4.suka sangat.aku ingat lagi satu malam tuh,umi pulang dengan bawak balik tudung dah siap dijahit.umi tempah dengan kawannya kalau xsilap.wah!!sukanya.maklumlah kan nak masuk sekolah dah januari 2000..sukeenya..yela,nanti dah boleh sama dengan kakak-kakak aku la.kakak aku yang 2 orang tu,kemas sikit dari aku.aku nie,entah la.macam x terurus aje.tapi,otak pandai..muahaha~~~

hari pertama pergi sekolah darjah 4,boleh pulak berbangga dengan tudung.walaupun tudung xtau jadik ke tak.rasa macam bahagia aje hidup..yela,ingat senang ke umi aku nak bagi aku pakai tudung kesekolah..haha.
tapi,masa tuh x istiqamah lagi bertudung.balik sekolah elok aje buang kalau kemana-mana.huhu..masa tuh jugak la darjah 4 dah masuk kelas agama semua.baru sikit-sikit tahu tentang bertudung ini.

semakin meningkat usia,semakin matang la katakan.tudung menjadi kewajipan aku sebagai perempuan islam.sehinggalah,masuk sekolah agama tingkatan 1 semua sampai sekarang.tak rasa lagi la untuk bukak untuk khalayak.macam x best aje.best ke bukak tudung ni?aku xtau la.aku takda perli orang.sekadar perkongsian.

xsangka bila datang sini,ramai jugak tanya.tak panas ke?rambut macamne?rambut kat dalam tudung,x rosak ke?memang sekali pun xley bukak ke? rambut warna apa?x boleh ke nak warna? ~ayoyoyo!..macam--macam seyh!.ada pulak masa aku g pasar dengan Mass,pakcik penjual sayur kata,kat Mexico boleh aje bukak,xpayah pakai baju tutup semua ini.aku cakap x boleh.agama saya mewajibkan semua ini.lagipun ,kami x panas pun macam ini.harap pakcik tuh paham la..kalau catat semua soalan yang ditanya berkaitan tudung ini,mahu esok xhabis..haha.

itulah dunia sini.kelihatan pelik bila kami bertudung.kadang tuh,kalau nak lintas jalan,semua kereta slow,sebab tengok aku & mass..haha!!..glemer jap!..bagi diorang 1 keunikan..haha.entahla,kadang tuh,nak tergelak pun ada.ada pulak,kalau yang berminat,datang kat kitaorang bergambar sekali..kalau masuk pasaraya ke,semua duk tengok.macamlah aku ni pencuri.sampaikan aku geram semua duk perhatikan aku,aku amik spek hitam aku pakai.haha!kaver muka.yela,kalau kat malaysia,xda orang nak tengok pun.tapi,yang best.kena puji,diorang kata cantik..hihi..

sekadar berkongsi cerita.biasalah bila mood datang semuanya nak taip kan.semoga kita sentiasa diampuni dosa-dosa yang lalu..amin.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

9 comments:

manueng said...

mmg xde langsung org islam ke kat sane?

Adinda Amy Sensei said...

seingat saya...masa mula darjah satu dah pakai tudung dah...

masa tadika tu..tak pakai lg..time tu ingat lagi simpan rambut panjang2...tocang2...selalu ada budak laki tu tarik rambut saya..isshhh tak sukee betul..

Layyinul Harir said...

manueng:huhu..xda.kalo ada pun teramat sedikit.ramai kristian dan katholik..

amy:haha..oh!..haha..kenagn manis tuh kena tarik rambut..hehe

manueng said...

kalau kene sambut raye kat sane mesti sadis...huhu...tp pengalaman yg menarik;)

Layyinul Harir said...

taw xpe..hehe..tapi,xsempat ngn raya saya dah balik..lega!.

manueng said...

same la kite...naseb bek xsempat raye di perantauan...huhu

najwa's said...

hehe teringat plak darjah 5, cikgu wajibkan suh pakai tudung g skolah. pastu, ada sorang kawan ni, dtg lmbt, pastu dia leh cakap kat cikgu, dia terlupa plak nak pkai tudung skolah. LOL. :P

mamawana said...

Assalam,

First time mamawana visit sini. Nice blog.

Layyinul Harir said...

najwa:
haha..mmg pun.kawan syafa pun ada jugak g2..hehe