Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

umi,engkaulah ratu hatiku..=)

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. 

cerita ini aku gabungkan sekali cerita bersama umi disaat pemergian arwah ayah.kenangan yang paling aku tak boleh lupa,masa saat-saat arwah ayah pergi meninggalkan kami.masa tuh,tahun 2003.aku baru tingkatan 1.siapa sangka kan,perjalanan ayah mengantar aku ke sekolah asrama di kuala terengganu itulah yang terakhir.siapa sangka perjalanan yang pada awalnya gembira,berakhir dengan kesedihan.aku tak sangka!..serius!.perjalanan aku bersama,umi,ainuddin,adibah dan pok Bar(pak sedara).kebetulan,mahu menghantar pak sedara aku jugak.

awalnya,perjalanan kami dari Dungun hanya biasa-biasa sahaja.tapi,dipertengahan jalan itu,tiba-tiba hujan turun lebat sangat.tau-tau aje,aircond rosak.so,xleh nak bukak tingkap kereta lak.macam pengudaraan terhad la.masa tuh,ayah dah start batuk-batuk.aku ingatkan batuk biasa aje.aku ni kat seat belakang,tengok ayah.sayu aje.

ketika dalam perjalanan itu,ayah suruh pak sedara aku,yang kebetulan belajar di IPG Batu Rakit,Kuala Terengganu.menggantikan tempat pemandu.ayah masa tuh batuk-batuk.then,ayah kata kat aku.

"masuk lambat sikit asrama xpe kan?.

aku iyekan aje.ayah makin batuk-batuk.umi suruh terus kehospital kuala terengganu.ayah tak nak.dia kata nak pergi rumah sepupunya.sampai aje,kat umah sepupu ayah aku di Gong Kiat,K
uala Terengganu ayah diusung masuk.ayah dah xlarat nak jalan.aku sebagai anak macam xtau nak buat ape.semua orang dah kelam kabut.Ayah bersandar kat kerusi sofa.

masa tuh,umi masuk bilik untuk solat asar.aku baring kat katil sambil tengok ayah dari sudut bilik.aku macam tak tahu la nak buat apa.lepas solat asar,umi x cakap apa-apa kat aku.aku pun senyap aje la..lepas tuh,umi g kat ayah,ajar ayah mengucap.sambil kaki kanan diurut oleh pak Bar,dan kaki kiri diurut oleh aku.

dipendekkan cerita.(nanti aku nangis lak tengah taip)!...ayah pergi petang itu jugak pukul 7.15pm,3 mei 2003.hari sabtu.

sejurus selepas ayah pergi.baru umi bagitahu aku yang sebenarnya,umi dah agak ayah akan pergi,sebab nampak macam lain macam aje ayah masa tuh,mata semua dah lain,naik turun nafasnya.tapi umi xsanggup nak bagitahu,takot aku & adik-adik aku sedih.satu lagi,umi pun sebak nak cakap.

itulah umi aku.pengalaman sebagai seorang jururawat yang terbiasa berdepan dengan cara kematian membuatkan umi tahu petanda itu semua.asal aku macam bodoh aje masa tuh?aku pun tak tahu!.aku redha pemergian arwah ayah.

semangat umi membesarkan kami seramai 9 orang yang masih belajar.masa tuh,abang sulong aku 18 tahun adik bongsu aku 3 tahun.sangat aku kagumi.seorang diri membesarkan anaknya.kuatkan umi aku?.tabahkan jiwanya?begitu kuat jiwanya.kesusahan membesarkan anaknya siapa tahu kan?mungkin kesusahan membesarkan sendirian,hanya ALLAH SAHAJA MAMPU MEMBALASNYA!

sekarang,umi sudah bersara.umi mintak bersara awal.katanya,mahu mendalami ilmu agama.itulah umi aku.Kini,umur abang sulong aku pun sudah 26 tahun dan adik bongsu aku 11 tahun.semoga dengan kejayaan kami 9 orang dapat membuatkan jasa umi membesarkan seorang diri kami ini berbaloi!..walaupun hampir 8 tahun ayah pergi.umi tetap kuat.menjadi ayah & umi,2 dalam 1 bagi kami.


 Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 

dua-dua..=)

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 

takkan sanggup!..umi seorang boleh besarkan kami 9 orang,takkan umi seorang takda orang yang sanggup jaga sendiri dari hantar kerumah orang tua.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka .

ini semua sebab dalam kepala asyik fikirkan harta sejak orang tua mereka masih hidup.dalam kepala,hanya harta yang melambak!..padahalnya, itu hanya semata-mata memenuhi kehendak nafsu yang tamak haloba.
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

7 comments:

Anonymous said...

shafa gdluck k...
hargai semua yg ader disekeliling anda k..
zila uum....:0p

manueng said...

sebak bace kisah ni...respect same ur mum ;)

syAfA said...

zila:thanks!!

manueng:saya pun turut sama respect..=)

qemaishak said...

umi anda sangat tabah..
sayangilah selagi hayat dikandung badan..

WaN aNa said...

syafa...sgt2 sedih okeh..! :-(
kisah cte kte nk sme..pe2 pn sgt2 syg sama my mom..

done follow...follow sy blk okeh :-)

mas saari said...

salam singgah n follow sini!

ibu memang sentiasa berkorban apa saja utk anaknya..

Diari-Selebriti-Mama said...

singgah dari segmen BA^^

sungguh tabah umi wan
sayang tak sempat nak join segmen ibu

jemputlah singgah
http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html