Sunday, March 20, 2011

pengalaman sekolah masa 5 tahun

aku ingat lagi masa aku lima tahun,umi ayah hantar aku kesekolah PASTI(pusat asuhan tadika islam).so,tadika tuh dekat umah aje.hujung kat simpang jalan rumah aje.jadi,balik boleh la sorang-sorang.kalau korang nak tahu,PASTI ini pakaian rasminya berjubah hijau dan bertudung.wah!.memang aku suka sangat nak bersekolah ini,dari umur 4 tahun,memang teringin sangat nak masuk sekolah.kalau nampak kakak aku g sekolah mesti jeles.kalau umi duk kat sinki dapur,aku datang sebelah umi.dengan ketinggian aku masa tuh separuh pinggang umi..hehe

"umi,bila sopa boleh pergi sekolah macam aida?"
"tahun depan la,sekolah tuh start 5 tahun"

tapi,bila dah 5 tahun.malas pulak jadiknya..hehe..biasalah!..maklumlah rumah kan dekat dengan sekolah.bangun lambat la.hehe.yang paling best,bila dengar bunyi motorsikal lalu,aku cam yang itu bunyi motorsikal arwah ayah aku.selalu aje bangun,pastu bagitahu orang..

"ayah saya lalu!!"

wah!happy bukan main nampak arwah ayah lalu.padahalnya,macamlah ayah nampak aku.kan aku kecik sangat.haha.kat sekolah ini jugakla bermulanya aku belajar cara solat.cara makan dalam dulang cara sunnah nabi.yela,tadika ini islamik sket.hehe.

yang paling aku tak lupa,masa mula-mula cikgu ajar cara solat.mula-mula okay lagi.masa part duduk tahiyyat akhir.kaki aku xbetol.aku lenguh.maklumlah mula-mula belajar.cikgu masa tuh,tengah duk betolkan kedudukan kaki kawan-kawan aku yang lain cara kaki kanan,kiri cara nak duduk.aku ini manala tahan.sakit.aku pun duduk berSILA..haha!!..pastu cikgu cakap..

"syafawati!!betulkan semula kaki awak!..
"sakit lah cikgu!..T_T
"mana boleh kata sakit,tengok kawan-kawan awak duduk okay aje"

lebih kurang macam itulah dialognya.huhu.apa lagi,menahan kaki duduk tahiyyat akhir.haha!..sampai sekarang,alhamdullilah la dapat duduk tahiyyat tanpa sakit lagi..haha.dari mulanya kita belajar memang perit,untuk kebaikan akan datang.

masa tuh,takda lagi telekung solat sendiri.kena guna yang kakak aku punya.tapi,masa tahun 1998.arwah ayah nampak aku mula macam suka solat kot!..hehe.

kebetulan pulak waktu sekolah untuk darjah 2,ialah waktu petang pukul 2 sampai 6 petang.so,balik sekolah petang itu,kakak aku kata ayah ada belikan telekung solat kat aku!..terus berlari ambil dalam bilik.wah!.suka sangat.yela,memang xpernah sangka ada kepunyaan sendiri akhirnya.

nak dijadikan cerita,punya la suka ada telekung solat baru sampaikan tak mau buang plastik telekung tuh.ala-yang ada pelekat tu la..asal lepas solat,suka masukkan semula dalam plastik.padahalnya,kalau lipat aje letak atas almari kan boleh.itu lah aku.eksaited sangat dapat telekung solat..hehe.

alhamdullilah la,semakin matang ini,menjadikan aku rasakan solat itu wajib ditunaikan.selain itu,menjadikan solat sunat dhuha sebagai tambahan wajib kalau kelapangan waktu pagi,disamping solat hajat.

mula-mula dulu,nak solat dhuha malas giler.biasalah jiwa remaja.pastu,umi aku kata la satu hari tuh.kalau kelapangan waktu pagi,apa salahnya tunaikan solat sunat dhuha 2 rakaat aje.rezeki pun murah.itu rahsianya kalau nak rezeki murah,senang masuk.tambahan pula ,boleh macam tampung mana ibadat wajib yang terkurang tu.oo!.baru aku mengerti.

sekian..sekadar perkongsian..^.^
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

bunga said...

betul..insyAllah rezeki xputus-putus jika buat solat dhuha.dengan izin-NYA..

bunga pom nak berusaha supaya dapat buat hari2 solat tu..hehe..

kira kekuri said...

hahaa lawak den :DD
dulu pun orang cam tuh jga..bnyak la songeh wktu mula-mula blajar solat :DD