Monday, April 25, 2011

oh Anjing!

*aku menaip dalam keadaan mengantuk!

lupa nak taip tentang anjing semalam..hoho!sini kan banyak sangat anjing,boleh dikatakan setiap rumah mesti ada seekor anjing! termasuk rumah aku ini.anjing rumah ini comel..hihi.

nak dijadikan cerita,macam biasalah waktu petang,aku dan Mass akan pergi jogging kat taman permainan area rumah ini.tetibe semalam,tengah jogging.lalu kawasan rumah yang tak pernah kitaorang lalu.so,anjing akan menghidu sesuatu yang luar biasa kot!..yang ada 1 rumah yang aku lalu,2 ekor,kuat gila menyalak..nasib dia dalam pagar.pagar tinggi.masa tuh,aku dah nak menangis la.aih!seram aku..macam tak sanggup nak teruskan perjalanan nak pergi jogging area tanah lapang pulak.


sampai satu depan rumah siapa entah,ada anjing gemuk dia menyalak kuat taw sambil kaki dia pegang pagar!..pagar rumah dia pendek.silap hari bulan anjing tuh boleh loncat keluar.aku menjerit sepenuh hati la,dan lari la.tapi,anjing tuh tak loncat pun,aku aje yang over.kali ini hampir terkeluar jugak la air mata aku.Mass dibelakang aku.Mass okey lagi berbanding aku.dalam hati aku ini,mengucap panjang aje.


aih!..menggigil tangan aku.sampai kat tanah lapang tuh,aku baring aje kat bangku panjang tengok langit..hoho.jantung ni tak habis lagi berdenyut.Mass aje senaman sorang-sorang.aku dah hilang mood taw.
dalam dekat 8.10pm,kitaorang pulang la,sebab dah masuk Maghrib.

sampai bilik terketar-ketar lagi aku.on lappy aku.tengok kawan aku tuh online,apa lagi terus la mengadu dengan penuh perasaan nie.aih!boleh pulak dia gelak.aku geram jugak taw.dia pesan suh rilex-rilex,minum air,bagi tenang.lepas tuh,ok sket.aku pergi solat Maghrib,mengaji bagi tenang jiwa aku ini.

lepas tuh,sambung online lagi ,aku cari tentang kematian melibatkan anjing.eh!banyak aje kes orang mati disebabkan kena gigitan anjing.satu kes aku terbaca,pelancong ada jugak mati,sebab kena gigitan anjing.pada fahaman aku la,anjing ini tak boleh bau benda yang baru dan luar biasa,itusebab dia boleh gigit pelancong yang sedang bersiar-siar.tak pasal-pasal tuan punya anjing masuk kes mahkamah atas sebab tak jaga anjing peliharaannya dengan baik.

yang aku pelik,kenapa orang gelakkan kat aku.lawak ke cerita aku?..waa!(T__T)..hari ini,tak keluar jogging,jog dalam bilik aje.muahaha!!..


Nota Pengukir:
esok mahu keluar jalan-jalan..^_^
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

1 comment:

padlie said...

anjing ni lagi suka bila orang takut ngan dia..
dia kejar sampai tak cukup tanah la kalau dia tau kita takut..

mati kena gigit anjing memang banyak.. tiap2 ari ada.. Doakan supaya kita tak jadi sebahagian statistik.. :)