Friday, March 4, 2011

bila syafa keudara..haha

sebelum start! amek gambar jap!..haha

 assalamualaikum!..hehe..rasa macam nak lompat sampai Malaysia.haha..nak tau kenape?tadi kan,aku,mass dengan naim baru settle yang on air radio tadi..cuak giler..haha..sebelum tuh,aku & Mass bersungguh-sungguh cari maklumat sebagai maklumat tambahan tentang Malaysia.aku tetibe rajin search kat Wikipedia..haha

okey masuk aje konti radio tuh.....
aku starting!haha.aku yang kena jawab soalan first tuh!..dia tanya apa yang paling menarik tentang malaysia.soalan kedua aku jawab ialah tentang budaya masyarakat malaysia.soalan ketiga ialah,tentang rutin hidup aku sepanjang hari kalau di Malaysia.

soalan keempat,aku ditanya tentang macam mana perasaan masa mula sampai ke Mexico.culture shock!!..agaga~pastu,deejay tu suh aku sebut perkataan yang dalam melayu ke spanish!..haha..eksaited mengajar orang kat radio,sebut selamat pagi,selamat petang,selamat malam,selamat tinggal!..haha..ada tuh,dia tanya tentang ada masalah tak belajar dalam kelas.

yang paling aku x lupa,masa last before mengakhiri sesi selama 1 jam itu,aku cakap yang aku dah sukakan Colima..I FALL IN LOVE IN COLIMA!haha~sukenya..yang soalan lain banyak lagi,tapi kat sini aku cerita part aku aje la.Mass dengan Naim pun ada terima soalan lain macam muzik,makanan,tempat menarik di malaysia,cara hidup rakyat malaysia,rutin harian di mexico dan lain-lain

sambil tuh,diaorang buat selingan dengan lagu malaysia..ekasited jap.pastu,Deejay mintak translate maksud lagu yang disiarkan..lagu apa??rahsia..=)
suka giler dengar lagu malaysia disiarkan..selama ni,dengar Spanish aje..haha
Mass tengah prepare b4 on air..
 lepas settle semuanya.amek gambar dengan  diorang
 yang paling kanan nama dia Montse sebagai Deejay
yang paling kiri nama dia Pillar sebagai translator English ke Spanish
kitaorang dapat cenderahati  dari stesen radio iaitu album lagu mexico dengan pensel
 muka lega~haha..
aku sebenarnya cuak jugak mahu speaking memanjang ni.
tapi,syukur semuanya baik aje
ini pulak kami bersama orang yang jaga muzik kat dalam bilik kaca tuh..aku xtahu istilah apa nak sebut..
maafla..T_T

aku macam rasa mimpi aje semua ini.kat Malaysia,suara aku xpernah masuk radio pun.haha

pastu,sampai aje umah dalam 7.30 pm bukak ym,ada kawan aku disini nama Daniel kata macam nie:
aku amek yang ucapan pertama dia aje k..xlarat nak copy.

syafaaa congratulation.You were very great!! in the interview!!jejeje







 rupanya dia dengar radio tuh,dari mula disiarkan.terharu nie.pastu dia kata dia dengar yang aku sebut selamat pagi,selamat petang,selamat malam
dalam Spanish ialah 
buenos dias,buenos tardes,buenos noches

 pas chatting jap,terus g masak untuk makan malam kami bertiga iaitu tomyam udang..maklumlah barang dari Malaysia yang ummi kirim dah sampai..hehe..alhamdullilah.
sekian,mekaseh..^_^




-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

3 comments:

nadiem sharmz said...

wah best nyer.....=)

Adinda Amy Sensei said...

mantap aaaa syafa...hehe

padlie said...

waalaikummussalam..
Sempat posing lg tuh dalam konti..
paham, memang cuak first time nak on air..
mana diorang dapat lagu Malaysia yer?